Thursday, November 7, 2013

haila budak-budak zaman sekarang

hebat betol budak-budak sekarang ni.. bila bercerita mengalahkan dewasa..
kalau sebelum ni aku selalu dengar cerita budak-budak lain dan pantau adik-adik aku.. bukan mengongkong, cuma takut diorang terjebak dengna masalah yang tak sepatutnya selagi belum masa... biar diorang faham kepentingan pelajaran sebelum benarkan diorang untuk buat benda lain.. walau tak mampu menjadi yang terbijak pun sekurang-kurangnya mampu buat mama dan ayah lega dengan kemampuan diorang..

tapi...
beberapa hari lepas.. time mama kemas bilik fikri and kimi.. mama terjumpa something.. On the spot mama ketuk pintu bilik aku yang hanya bersebelahan dengan bilik diorang.. aku plak time tu ngan syok iron baju-baju sekolah diorang sambil sumbat telinga dengan earphone dan dengar lagu dari MP3..
bila aku bukak pintu, aku tengok mama tersengeh-sengeh macam orang baru lepas tengok maharaja lawak mega.. mama hulur aku something.. macam surat..
"ce ko baca ni kak"
"apa ni?"... then aku pun baca.. slow.. slow.. sambil dalam hati cakap.. ni mesti surat fikri..
tapi sampai je separuh surat aku terbaca ayat yang ada nama hakimi.. ehhhhh... ni surat kimi la.. adik bongsua aku yang baru lepas UPSR tu...
time ni aku dah start nak gelak... tak boleh jadi ni.. aku ulang balik baca dari mula.. hikhikhik... alahai budak-budak ni...

actually.. jalan cerita surat tu..
ada junior kimi ni.. emmm.. not sure darjah berapa coz tanya kimi pun dia takmo bagitau.. yang pasti bukan darjah 6 la.. budak tu bagi surat kat sorang kakak senior which is clasmate kimi.. dia cakap dia mintak maaf coz dia sedar dia tak layak untuk suka dan tak layak untuk dapatkan cinta kat kimi.. hahahahaha.. why? because dia tahu  dia tak cantik dan tak comel macam girl A, yang juga admire kimi.. serius aku gelak besar time baca ni.. dia cakap lagi, dia doakan semoga kimi dan A bahagia dan biarlah dia merana.. hahahahahah... alahai budak-budak ni..

lepas baca tu aku tak terus serang kimi.. aku jumpa dia.. aku duduk depan dia and taku tenung muka dia lama-lama.. sambil gelak-gelak.. hihihihihi.. jahat tak? hahaha..
actually aku tahu kimi tu jenis camne.. dia tu malu dengan perempuan.. so thats why la aku gelak.. hihihi..
and bila aku bisik kat dia.. "Sape A?".. terus merah muka dia.. hahahahaha

bila berdua baru la aku berpeluang nak tanya direct dengan dia pasal surat tu..
dia ckap dia baru tau ada orang admire kat dia.. tu pun sebab kawan dia bagi dia surat tu.. kononnye nak tunjuk bukti ada orang suka kat adik aku.. hikhikhikhik... tak sangka adik tu ramai peminat.. sampai la arini bila aku tenung muka dia aku mesti cakap.. "dalam hati ada banjir camni ni pun ada orang minat"...hikhikhik.. coz kimi ni jenis kuat nangis sebab tu dalam famly kitorang suka usik dia dalam hati ada banjir, silap sikit banjir semuanya.. huhuhu ..

penatnye mengajar..

As we know, sekarang ni bulan exam untuk murid yang amik SPM.. dan murid tu termasuk la adik aku.. kami 1 famly sangat risaukan dia.. coz dia still under therapy, tak boleh terlampau aktif dan tak boleh terlampau stress.. lepas kejadian haritu memang dia terus tak pergi sekolah sampai la hari exam.. ada la 2 minggu lebih jugak.. tapi nasib baik cikgu tusyen dia faham dan sudi untuk buat kelas personal untuk dia.. tu tak termasuk kelas dengan aku plak kat rumah.. hopefully dia dapat buat yang terbaik la.. aku tak kesah la penat cikit coz sometimes terpaksa tidur lambat temankan dia asalkan dia dapat jawab exam dengan baik.. 

sambil tu jugak ada anak buah ayah mintak aku jadi tutor dia.. ntah camne dia boleh terfikir nak suruh aku mengajar dia pun aku tak tahu.. dah la duk Shah Alam.. jauh beno cari tutor sampai ke banting.. cerita bermula time aku nak pergi interview eksekutif kat HQ Gas Malaysia haritu.. tapi tak dapat pun.. time tu ayah yang hantar, dan sebelum tu ayah singgah kat IPK S.Alam coz ada urusan sikit.. abis aku kena interview dengan pakcik-pakcik abang-abang kat sana.. tetibe ada sorang abang ni.. tanya.. 'awak tau tak subject Management Accounting?'.. after disoal siasat sikit-sikit.. kesian pulak aku dengar cerita dia yang amik PJJ tuk degree in management.. katanya dah beberapa subjek dia drop dan terpaksa extend sebab tak faham dan takde masa nak study.. acane tu??? 

so berbekalkan niat nak tolong, aku tolong la ajar sikit-sikit mana yang aku tahu.. jenuh jugak la nak bukak buku-buku lama.. pasal costing, pasal investment.. nasib baik 3 paper je..  Alhamdulillah, after dekat 2bulan, dia cakap dia dah faham and dah dapat idea camne nak jawab bila exam nanti.. hopefully dia dapat score la.. 

disebabkan itu jadual harian aku memang pack la.. pagi sampai lewat petang hyper sibuk kat ofis.. balik je rumah rehat jap then spend time tuk fikri plak.. sebelum tidur check email tengok ada tak email dari abang shah tuk apa-apa yang dia tak faham or chapter yang dia tak tahu dan mintak aku ajar time dia datang banting nanti.. then review sikit-sikit..cukup pukul 12.. gud nyte dunia.. hukhukhuk.. 

**tadi meeting, bos cakap hujung tahun ni plan nak bawak semua staff pergi holiday.. even still new, but i was included coz aku menyumbang tenaga dalam 3 projek besar company.. ni yang tak sabar ni coz target destination pun sounds interesting.. hukhukhuk..

demam terukkkkkkk

Assalamualaikum.. syukur masih dipanjangkan umur walaupun kesihatan tak berapa nak baik..

minggu lepas aku dilanda demam yang teruk..tapi hanya waktu malam..waktu siang ok-ok je.. tak seteruk malam yang aku rasa seram sejuk seluruh badan.. masuk tengah malam je dah tak larat nak bangun.. tapi bila bangun pagi.. ok je.. suhu badan pun menurun, even still panas tapi tetap boleh pergi keje macam biasa sampi la ke malam, demam kembali menyerang.. macam tu jelahh sepanjang minggu.. nak pergi hospital, takut doc inject.. coz last time pun macam tu.. kes yang sama gak.. demam malam.. bila pergi hosp doc amik darah coz suspek denggi.. ingat lagi time tu nurse pegang tangan nak amik darah.. dia cakap tangan aku sejuk dan menggigil..  wuwuwuw.. tamotamo.. i takut jarummmmm.. T_T

bila tak sihat ni.. time tu jugak la gestrik nak menyerang.. time tak sihat selera makan pun berkurang.. thats why gestrik berminat nak tumpang.. uhukuhuk.. sengsara sungguh..

Apapun Alhamdulillah.. minggu ni terasa beransur pulih jugak la.. tapi still sensitif dengan keadaan sejuk.. mesti terasa macam nak demam balik plus suara ella, batuk dan  selsema tak hilang lagi.. sepanjang 2 minggu ni, panadol, uphamol, milidon, breacol, strepsils, ubat gestrik memang sentiasa ad dalam beg termasuklah air masak sentiasa disisi.. dah mengalahkan beg first aid plak.. huhuhu.. tu belom lagi stok biskut untuk emergency lapar and gula-gula yang wajib ada.. kan dah macam beg doraemon.. :P

bila mengadu demam kat mama, as usual, ayat mama sememangnya penuh dengan perli dan jenaka..
kata mama.. 'tu la, eksaited dengan keje baru.. dah berjangkit dengan ayah la tu.. terlebih rajin.. selagi tak malam, selagi tu tak jumpa rumah'.. uhukuhuk.. sangat pedih ye hakikat tu.. terus rasa nak demam balik..