Tuesday, October 22, 2013

blog tak meriah

Assalamualaikum.. 
tetibe tergerak hati untuk view blog sendiri.. selama ni asyik view and skodeng blog orang je.. 
bila view blog sendiri baru aku perasan, blog aku langsung tak meriah macam blog orang lain.. huhuhu.. tak kalerful, takde gambar-gambar.. hukhukhuk.. sedih beno nengoknye.. 

kalau sebelum ni aku tak boh gambar sebab aku malas.. hikhik.. tak rajin nak snap pic then nak edit plak memane yang tak comey sebelum upload.. mengenangkan sekarang ni pun aku dah tak rajin nak bergambar.. apa lagi nak amik gambar.. nak harap orang lain amikkan gambar plak takde sape yang sudi jadi cameraman and camerawoman.. hukhuk.. acane? so, redha je la dengan rupa blog sendiri.. 

#yang penting aku rajin gak nak menaip.. ^_^

Sunday, October 20, 2013

happy sunday.. jom makan eskrem.. ^_^

Assalamualaikum..
kejap je dah hari ahad..
esok dah masuk keje balik.. aduhhh.. malasnye..
hurmmm.. hari ni aktiviti aku duduk rumah je..
and hari ni aku try 1 lagi resipi baru..
hehehe..
dari minggu lepas aku teringin nak makan eskrem.. and tengah hari tadi aku try buat homemade eskrem..
tapi eskrem tu still dalam fridge..
kejap lagi dah boleh makan.. nyummy..

resipi yang aku dapat dari sorang kawan kat FB.. hihihi... sangat simple and tak sampai 10minit pun aku dah dapat siapkan 2bekas besar eskrem.. 1 choc vanila flavour, and 1 lagi vanila oreo flavour (just imagine McFlurry Oreo coz its very look alike..huhuhu)..
tak sabar nak tunggu beku ni.. huhuhu


Thursday, October 17, 2013

Love U Mr.Arrogant

Asslamualaikum..
Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk terus bernafas hari ini.. hope masih diberi peluang yang sama esok.. insyaAllah.. 

sekarang ni, mana-mana pergi, semuanya akan bercerita pasal drama yang tengah hot kat tv.. apa lagi kalau bukan drama Love U Mr.Arrogant.. aku pun suka gak.. hihihi.. 
bagaikan dah jadi rutin plak.. malam-malam bukak tonton, tengok puas-puas.. nak tengok kat tv, asyik tertinggal je.. kalau sempat pun tengok sikit-sikit je.. mana best.. 

Love U Mr.Arrogant.. 
betul-betul buat aku teringat cerita lama.. time aku belajar dulu.. 
lebih kurang macam cerita tu jugak la.. tp aku takde la sampai kawin.. ishhhh.. 
cuma poyo dan berlagaknye tu memang serupa.. 
tu la Mr.K..

hurmmm... cerita bermula 7tahun lalu.. 
time aku mula-mula masuk kolej.. biasa la baru masuk kan.. semua saling tak kenal..  
satu hari dalam kelas pertama tuk subjek account information sistem.. kitorang terus dapat group projek.. dah la tak kenal.. kena buat group plak tu.. kalo tak silap aku 1 group kena ada 3 atau 4 orang.. 
aku baru dapat sorang, farah.. 
tetiba ada sorang mamat ni yang duduk depan meja aku cakap dia nak join group aku dan disebabkan nak cukupkan member group, aku terima je... and that guy is Mr.K..

start dari tu.. kitorang jadi rapat.. bukan hanya kami berdua oke.. tapi start dari tu kitorang jadi rapat untuk study.. and selalu study sama-sama dengan beberapa classmate yang lain.. 
dia seorang yang simple, poyo, sangat berlagak.. 
mungkin sebab dia anak orang kaya, ayah dia businessman dan mak dia manager company besar kat KL.. 
aku ingat lagi.. first time dia ajak aku keluar.. berdua.., katanya nak belanja tengok wayang sebab aku dah ajar dia account, time tu kitorang baru habis test 1.. time keluar tu dress up dia memang smart habis la, macam hero korea, sebab muka dia pun chinese look.. 

sampai je midvalley, aku pandang dia atas bawah..sebab aku pakai simple je.. time tu tak cakap pape lagi, kitorang pergi makan, dia bawak aku makan kat chilis'.. tu la first time aku masuk restoran mahal..
nak order apa pun aku tak tahu.. semua dia yang buatkan.. first time gak aku makan pakai pisau dan garpu.. tak reti nak guna, dia tolong potong-potongkan, aku tinggal makan je.. hihihi.. tapi semua tu, dengan gaya yang poyo ok, bukan gaya yang care ala-ala romantik.. memang langsung takde.. annoying sungguh! sebijik macam irham!
dan sampai la waktu maghrib.. lepas solat kat surau dalam mid tu.. aku tunggu dia pakai kasut, ikat tali kasut, repair rambut.. biasanya aku dengar lelaki yang tunggu perempuan.. ni terbalik plak.. 
time tu baru lah aku bersuara.. 

"ishhh..kita ni gi mid je pun..lain kali pakai selipar jepun je la"... lebih kurang macam tu la ayat aku tegur dia..

and u know what, start dari tu, memang betol-betol dia pakai selipar jepun, t-shirt dengan jeans lusuh.. terlebih selekeh la plak.. hahaha.. sampai aku pun berjangkit.. jalan-jalan kat pavilion pakai selipar jepun, gaya macam nk pergi pasar tapi masuk TGI Fridays.. huhu

tapi gaya poyo dan ego dia, memang sampai ujung persahabatan kitorang, ia tak hilang.. 

dia seorang yang bijak.. best student dalam batch aku.. dan aku memang respek cara dia.. belagak tapi bijak.. tapi ramai yang cakap salah aku.. sebab 'tinggalkan' dia di sem akhir.. diorang cakap aku buat dia kecewa dan menyebabkan dia tak dapat anugerah naib cancelor hanya kerana result dia drop time sem akhir tu.. tapi bila aku tanya, dia hanya nafikan.. 

2 tahun setengah, dia ajar aku banyak benda.. dia kenalkan aku dengan dunia baru.. yang buat aku tak rasa jakun dengan kehidupan manusia..
dan dia pernah cakap dengan aku.. tak pernah ada perempuan yang boleh tegur dia sampai dia rasa nak ikut cakap perempuan tu.. 
dan aku terasa sweet bila dia cakap .. "ko tau tak yang ko ni sangat annoying!".. bila aku ajak dia buat something yang dia tak suka or tak biasa.. tapi ikut jugak.. 

dan yang paling aku tak boleh lupa, Sem 4, time tu cerita kitorang ni dah jadi gosip.. even kitorang takde pape pun.. dalam kelas BEL.. lecturer bagi tajuk kat sume student untuk buat essay, dan aku dapat tajuk.. 'what if i can change Mr.K behaviour'... dan dia plak dapat tajuk 'Lisa'.. and then kitorang kena present dalam kelas.. hahahaha
time tu ayat dia bukan main sweet lagi, dia puji-puji aku, then baru la aku tau apa yang dia suka and tak suka pasal aku.. slumber je dia open cerita.. and turn aku plak, memang aku hantam dia cukup-cukup.. aku cakap pasal perangai dia, sikap dia, cara dia bergaul.. tengok tajuk la akan.. huhuhu.. sambil tu puji-puji la sikit.. 

penghujung sem 5, after lebih dua tahun kitorang rapat aku tekad untuk buat keputusan bila aku rasa aku dah mula sukakan dia..namun aku terpaksa buat pilihan.. tapi.. dia tetap dengan ego dia.. langsung tak mahu mengaku.. cuma dia pernah cakap, 'ada orang yang admire kat aku, dan orang tu sentiasa ada dengan aku, tapi jangan tanya siapa orang tu.'.
tiap hari aku tak putus berdoa, agar Allah tunjukkan adakah dia untuk aku.. tapi.. Allah maha mengetahui segala yang terbaik.. sem 6, ada rombakan kelas dan kitorang tak sama kelas, selepas dari tu, tak pernah sekali pun kitorang bertembung walaupun kitorang belajar sebumbung, kolej tu bukan besar pun, hanya 1 bangunan, student pun tak ramai mana.. masing-masing tak pernah mengelak, tapi Allah tetap lindung pandangan kitorang..aku jumpa je dengan semua kawan-kawan aku, kecuali dia.. dia pun cakap benda yang sama dekat housemate aku.. dan sampailah sekarang langsung tak pernah jumpa.. tanya khabar dari kawan-kawan je.. kitorang pun bukan jenis yang suka calling-calling.. sepanjang berkawan pun tak pernah sekali pun dia call aku untuk sembang-sembang melainkan call untuk bagitau yang dia dah sampai untuk pickup aku bila kitorang nak keluar.. mesej tu ada juga.. tapi lama makin kurang dan terus senyap.. 

dia sememangnya the only Mr.Arrogant yang pernah aku jumpa.. 
yang poyo tapi jiwang.. tak pernah orang bawak aku berkelah kat tepi jalan sebelah tasik putrajaya yang takde orang,tgk sunset, bawak bekal pizza dengan peelfresh oren lepas kitorang penat study dan habis exam.. 
seorang yang berlagak.. tapi sanggup angkat teddybear besar separas pinggang sampai depan umah sewa aku yang kat tingkat 3 untuk surprise birthday aku.. yang selalu marah-marah aku, sebab dia cakap aku terlalu lembut.. dulu je la.. sekarang dah kental dah.. huhuhuhu.. 

so, bila tengok cerita ni, memang straight je wat aku ingat kat dia.. hahaha.. apa khabar dia sekarang ek? dengar cerita dia sekarang handle business family dia.. hopefully dia terus sukses la..

hurmmm.. tak sabar nak tengok episod depan ni.. irham dengan zara nak pindah dah... hihihihi...
tapi geram plak tengok perangai kakak irham tu.. over bebeno.. haishhhh... 

Wednesday, October 16, 2013

salam aidiladha

Assalamualaikum..
rasanya masih belum terlambat untuk aku ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang membaca..

Hari raya aidiladha atau lebih sinonim dipanggil hari raya korban atau hari raya haji..
tahun ni aku sambut kat rumah wan je..
tak balik pun kampung ayah, even dekat je..
why? sebab tahun ni celebrate raya korban special sikit kat rumah wan..
and awal-awal lagi dan balik kampung ayah.. kononnye tuk ganti sebab tak balik raya haji nanti la..

sehari sebelum raya which is hari isnin, along and famly buat kenduri arwah, genap setahun adik Fariz meninggal.. sekejap je masa berlalu..
and haritu jugak aku kena keje.. tak dapat cuti...
start dari pagi mama dah berhempas pulas prepare kuah laksa and rendang sorang-sorang.. coz takde sape nak tolong.. nak harapkan adik-adik aku.. tau makan je.. by the way tahun ni rumah aku menu laksa.. wewewe..
lepas zohor fikri text aku bagitau semua dah gerak pergi rumah along plak.. tolong prepare tuk kenduri malam tu..

aku balik keje, sorang pun takde kat rumah.. semua pergi kenduri.. tinggal la aku sorang-sorang..

jenguk kat dapur, kuah laksa ngn rendang daging dah siap.. nyum-nyum..
tinggal nasi impit dengan kuah kacang je belom siap lagi..
ehem-ehem... so dari tak buat apa-apa kat umah sorang-sorang tu..
aku sambung buat semua yang tinggal.. alhamdulillah.. elehhh, kuah kacang ayam je pun..

tahun ni raya haji rumah wan special sikit, kami sedara mara berpakat untuk buat tahlil dan bbq famly..
perrgghhhh... memang makan besar la sepanjang hari tu.. macam-macam ada..
soto, laksa, spegetti bolognese n carbonara, nasi impit, rendang, buah-buahan, dan macam-macam menu bbq.. ikan, ayam, kerang, daging, udang, sosej.. pergghhhh...
dari pagi sampai malam makan je kerja aku.. hikhik..

macam biasa aktiviti wajib setiap tahun penduduk jalan semilang, taman sri putra..
gotong-royong mengerjakan ibadah korban.. 5ekor lembu telah dikorbankan.. murah rezeki orang-orang jalan semilang ni.. aku suka tengok sikap jiran-jiran aku.. walaupun tak ramai.. tapi semuanya sepakat.. bila ada apa-apa aktiviti, semuanya anak beranak akan turun padang membantu tanpa mengira pangkat darjat.. bagus-bagus.. huhuhu..

apapun seronok tu seronok juga, tapi jangan berlebihan sampai kita lupa tanggungjawab dan orang sekeliling..
kepada yang berpeluang mengerjakan ibadah haji tahun ni, semoga selamat pergi dan pulang dan mendapat haji yang mabrur..
salam aidiladha..

*perkara yang best of course lah mendengar takbir raya.. :)



Friday, October 4, 2013

Jemputan khas pergi London...

Assalamualaikum..
Salam hari jumaat, penghulu segala hari.. jumaat pertama dalam bulan ni untuk tahun ni..

hari ni aku nak cerita aku dapat jemputan khas untuk ke London..
actually dah lama dah dapat offer ni.. special tu..
tapi aku taknak sebab aku takde masa nak pergi bersuka ria ni..
dah la offer kat aku sorang je.. takkan nak pergi sorang-sorang? ishhhh...
yang orang tu plak tak berenti ajak aku.. sampai aku dah hafal nombor dia even aku tak save.. nightmare aku dibuatnye.. katanya bukan semua orang dapat peluang ni.. tu aku tau.. tapi aku tak nak... T_T

tapi silap aku jugak..
sape suruh gatal-gatal pergi accept tuk dapat treatment coupon kat London weight management tu?
sekarang ni tiap minggu orang tu call.. suruh datang.. coz aku dah banyak kali wat janji palsu dengan dia.. janji nak datang sekian date, tapi aku tak pergi pun..
nak buat camne, selagi aku tak janji selagi tu dia tak berenti suruh aku pilih tarikh..
puas aku pujuk suruh dia bagi je coupon tu kat orang lain.. dia takmo.. ishhhh..
bila aku cerita kat mama.. mama boleh bantai gelakkan aku..
baru minggu lepas aku cek BMI aku depan mama, resultnye..underweight.. hurmm sedihh..
tetibe minggu ni cerita pasal london weight management plak..kan jelas kontra kat situ..

new appointment aku ahad ni 6hb pkul 3ptg kat branch Bukit Tinggi.. ishhh..
sebersalah aku dibuatnye.. kalau tak pergi mesti minggu depan dia call lagi.. confirm punye..
tapi aku tak rasa nak pergi pun..
puas dah aku bagitau dengan si candy yang selalu incharge call aku tu yang aku takde masalah yang melayakkan aku untuk dapat coupon tu.. dia tak puas hati.. dia tanya tinggi dan berat aku.. bila aku bagitau dia terdiam kejap..
tapi dia tak cakap aku tak boleh cancel sebab coupon ni dah register atas nama aku..
time ni memang aku rasa menyesal sangat coz accept benda-benda yang tak sepatutnye ni..

dan untuk appoinment ahad ni..
aku isytiharkan yang aku sememangnye takkan pergi..
so tunggu je la si candy tu call lagi minggu depan.. hikhikhik..

~sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna...



Thursday, October 3, 2013

soalan dari andak..

Assalamualaikum.. 
satu petang.. aku pulang dari kerja.. fuhh.. penatnyeee.. dari luar rumah dah terbau pengat pisang.. yeaahhh.. hari ni mama buat pengat pisang.. 
aku pun buka pintu sambil bagi salam.. terdengar suara mama gelak-gelak.. mama tengah 'bergayut' kat enpon rupanya.. cepat-cepat naik ke bilik, buat apa yang patut.. 
after siap terus pergi kedapur.. tak nampak dah mama.. 
aku pun amik semangkuk kecik pengat pisang dan bawa ke depan rumah.. haa.. dah agak dah.. mama mesti kat sini punye.. 

sambil menikmati pengat pisang, aku bertanya.. 
"tadi mama call sape?"
"mama call andak, tanya pasal kenduri umah along.. nak ajak dia tidur umah along.. tapi tau la andak tu.. susah sangat"

aku hanya tersenyum.. mama sambung lagi.. 
"tadi andak tanya umo engko kak"
"umo??? nape plak?"
"andak tanye ko takde pakwe ke? takde rasa nak kawin ke?"
"haaa? andak tanya macam tu?"
"ye lah"
"hehe.. habis tu mama jawab pe?"
then mama pun bercerita... bla..bla..bla.. 

nasib baik minggu lepas along dah slow talk dengan mama.. fahamkan mama keadaan yang sebenar.. so mama dah tak cepat melatah dan terlalu push aku dengan macam-macam soalan.. stress weh.. 

andak siap susun lagi umo anak-anak sedara sedara dia termasuk anak sulung dia yang dah 23 tahun.. tak percaya katanya.. yang tak boleh tahan, aku pemenang carta.. hikhik

kalau sebelum ni aku agak risau jugak.. tapi sekarang redha dah.. lepas semua-semua-semua-semua tu... rasa penat dah.. baik fikir benda lain.. banyak lagi tanggung jawab yang lagi besar yang patut aku fikir selain dari yang satu tu... 

aku ingat lagi kata-kata mama yang aku tak faham kenapa mama cakap macam tu.. kata mama.. 
"kalau orang tau nikmatnya sebuah perkahwinan semua orang akan berlumba-lumba nak kawin, sebab berlumba nak kumpul pahala.. bayangkanlah.. setiap saat, semua perbuatan baik kita kat suami dan isteri, kita dapat pahala.. tapi kalau masanya belum tiba, tu bukan kehandak kita, tapi rugi sangat pada orang yang terdetik kat hati dia untuk tak mahu berkahwin"... sebak aku dengar kata-kata mama tu.. memang betul.. selama ni itu yang aku harapkan.. itu yang aku nantikan.. tapi, kalau masanya belom tiba, sememangnya itu bukan kehendak kita.. terasa sedikit sebak dan pedas bila ingat kata-kata mama.. tapi takpe la.. yang penting Allah tahu apa yang dalam hati aku.. 

This weekend kenduri wedding kazen aku.. 

sekarang dah bulan 10.. tak berapa lama lagi masuk 2014.. time tu umo aku pun dah masuk 26.. 26 tahun?
ini la sebenarnya yang andak maksudkan.. dia tak percaya umo aku dah nak masuk 26.. hurmmm.. elly sendiri pun tak percaya andak.. uhukuhuk.. rasa macam baru semalam celebrate beday yang ke 19.. hadiah yang dapat time tu pun comel lagi.. hadiah beday yang ke 20.. dah wasallam.. yang ke 21.. ada lagi, lunyai dah pun.. yang ke 22.. still pakai sampai sekarang (dah 3tahun???).. yang ke 23.. takde.. and last yang 24.. still nampak baru, tak tahan tu pricetag pun tak cabut lagi.. huhuhu... this year nampaknya kena beli hadiah untuk sendiri je la.. nak beli pe ek?? terasa macam nak belanja famly la plak.. nak create best moment sebagai present tuk diri sendiri.. sambil-sambil tu beli je la handbag ke, kasut ke kan.. hahaha.. ada jugak.. :P insyaAllah kalau dipanjangkan usia untuk sampai ke hari itu.. 

ishh.. terasa panjang bebeno dah menaip ni.. mata pun dah ngantuk.. jam dah pukul 11.28pm.. dah lewat dah ni.. time to sleep.. esok-esok sambung lagi..