Monday, September 30, 2013

:)

adakalanya kita perlukan masa untuk bersendiri dan mengenang sambil bermuhasabah, memikirkan semua yang telah berlaku dan semua yang telah kita lakukan, menyedari begitu banyak dosa yang kita baru sedar, dan selama ni kita tak pernah sedar pun semua tu..

dunia berputar, mungkin hari ini kita diatas, jangan terlalu bersenang lenang dengan keadaan diri, kerana mungkin esok kita akan terjatuh kebawah.. dan dikala kita berada diatas, jangan kita lupa pada mereka yang ketika itu berada dibawah.. kasih mengasihani sesama manusia, sepertimana Allah mengasihani kita.. jauhi sifat bongkak, sombong, riak, bakhil, zalim.. sesungguhnya mereka yang memiliki sifat itu hatinya takkan tenang..

bila lakukan semua kerja, niatkan 'LILLAHI TA'ALA'... dan bila lakukan kebaikan niatkan dalam hati, agar semua pahala yang diterima disedekahkan kepada kedua ibubapa kita.. letakkan mereka sebagai yang utama selepas Yang Esa dan Kekasihnya..

Mungkin aku tak bijak dalam berkata-kata, aku tak arif dalam bercerita soal agama, jauh sekali nak berkarakter yang baik-baik aja.. aku menjadi diri aku, iye, ini diri aku.. yang kadang kala tewas dengan dunia.. kerana aku manusia biasa yang Allah jadikan punya perasaan.. aku sedar aku sangat lemah.. dan aku sering menyesali akan kelemahan aku.. tapi aku juga punya kekuatan.. Allah kurniakan aku akal.. dan ia akan membantu aku untuk menjadi kuat.. ia akan membantu aku untuk terus senyum dan membahagiakan yang utama..

masih belum dapat membuat keputusan.. hurmmm.. masa terus berjalan.. hari bertukar tahun.. semua perkara nak dikejar.. cuba untuk tak jadi tamak.. tapi membuat keputusan yang dapat memuaskn hati semua orang..

** welcome October.. being nice to me pleaseeee.. ^_^

Sunday, September 29, 2013

esok nak buat apa?

sekejap je masa berlalu..
esok dh hari isnin..
esok dah kena keje..
esok nak pakai tudung kaler pe? hurmmm...
esok la baru iron baju..
esok nak kena buat apa je ek?
esok nak breakfast apa ek?
esok lunch nak balik ke tak?
esok nak kuar beli barang la.. haaa..
esok pun nak kena pergi bank jugak..
esok nak pergi watson la..
esok nak balik awal ke balik lambat?
esok petang macam nak pergi joging taman jap..
esok jangan lupa bawa bekal air..
esok jangan tertinggal enpon lagi..
esok dah janji dengan kak yanie nak makan eskrem!
hurmmm...
esok la fikir lagi.. dah ngntuk  +,+"

happy weekend

Assalamualaikum..
tamat sudah another weekend yang awesome di rumah..
yang ni memang betul janji ditepati..
seronok dapat menunjuk bakat yang suam-suam kuku ni..
tapi yang penting.. family semua suka.. dan aku plak dapat menikmati kegemaranku dengan sepuasnya.. huahahahaha... time ni tolak tepi kejap soal lemak, kalori, diet, takut gemuk.. yang penting aku happy.. hohohohoho... gelak puas hati..

semalam aku dah mulakan projek..
actually hari jumaat lepas time balik keje aku pergi beli cream cheese..
niatnye nak buat blueberry cheese tart..
tapi balik je umah.. mama suggest tuk buat egg tart.. coz mama tak biasa makan cheese tart..
coz of that, aku terus decide tuk buat cheese cake minggu ni jugak.. hohohoho..

as the result,
hari sabtu aku sediakan almost 30 ketul egg tart saiz M for our teatime (yang jual kat kedai tu saiz L, aku buat kecik sikit)..
mama and fikri la yang makan paling banyak.. seronok plak tengok..
and petang tadi plak aku buat plain cheese cake yang pada aku sangat yummy... huhuhu.. yang ni favret aku, so of course la aku makan paling banyak.. sedar-sedar half dari loyang tu aku makan sorang.. ihik..
pasal cheese cake ni, this is my first attempt tuk plain cheese cake.. sebelum ni aku pernah buat oreo cheese.. tapi rasanya aku prefer yang plain lagi.. Alhamdulillah.. menjadi sangat.. saling tak tumpah macam cheese cake kat JJ tu.. bangga aku.. thanks to owner recipe yang agak mudah tu..



ni untuk sape yang tak kenal egg tart.. ihsan dari uncle google..



here is plain cheese cake, this one just look like mine.. but just a like.. nampak macam 'pucat tak bermaya je'.. pinjam jap ayat mama tadi.. huhuhu.. tapi bila potong... lembap-lembap gitu..  bangga tahap riak coz i'm the maker.. huhuhu.. thanks again to uncle google..

niat dihati nak upload original pic masuk dalam ni.. tapi gadget yang de tak cukup canggih plak.. uhukuhuk.. takpe la.. yang penting aku dah share story weekend aku.. ^_^

Friday, September 27, 2013

Mudahnya menyebar fitnah

salah satu tanda kiamat adalah fitnah berleluasa..
adakalanya kita tak sedar bahawa kita juga ada dan mungkin pernah menyumbang kepada berleluasanya fitnah.. Nauzubillah..
zaman sekarang fitnah tidak hanya tersebar dengan kata-kata.. malah tanpa bersuara pun manusia mampu menaip dan menyampaikan sesuatu yang belom tentu sahih..

aku suka surf tenet.. almost everyday aku akan buka tenet dan baca apa-apa cerita yang baru..
adakalanya rasa penat nak membaca dan mendengar cerita-cerita yang pada aku ntah apa-apa..
cukuplah dengan post 1 ayat mukadimah cerita.. tak sampai setengah jam.. mesti ada lebih kurang 20 yang reply.. dengan macam-macam versi.. dan dalam 20 versi tu mungkin hanya ada 3 atau 4 je yang betol.. yang lain tu.. Wallahualam..

baru-baru ni.. tersebar 1 lagi fitnah.. hanya dari 1 musibah, manusia ubah ia jadi fitnah.. aku baca pun sebab tengok ada beberapa yang orang duk post cerita tu kat fb.. bila aku buka dan baca.. Ya Allah.. sampainya hati diorang buat dan sebarkan  cerita macam tu.. ada tu siap nak bergaduh comment lagi sebab tak puas hati sebab ada kawan dia comment ingatkan supaya jangan suka sebarkan sesuatu yang tak jelas..

dalam hidup aku.. aku paling tak suka dengar orang mengumpat dan bercerita pasal orang lain..  kerana aku pun manusia biasa.. aku tak suka orang bercerita dan sebar-sebarkan cerita bukan-bukan pasal aku.. so that, aku seboleh mampunya elak buat benda yang sama.. kalau ada yang cerita pun aku dengar dan senyum je.. huhuhu..

sentiasalah beringat.. jika harini kita buka aib orang.. jangan kita tanya kenapa jika esok Allah buka aib kita.. mungkin bukan esok, tapi lusa ke tahun depan ke.. mungkin juga bukan aib kita yang tebuka tapi ahli keluarga atau mungkin anak cucu kita nanti yang dapat balasannya.. kalaupun kita terlupa dan tak sengaja cepat-cepatlah stop dan beristighfar.. atau apa kata sebelum kita nak main teka-teka cerita orang.. kita tanya je direct dengan si empunya diri tu semua-semua yang kita nak tahu.. tak perlu nak pass-pass baton cerita.. buat tambah dosa kering je.. dan lebih teruk plak jika kita bercakap dan memfitnah tentang orang kita tak kenal..

**dari sebarkan ceritakan pasal orang lain baik fikir macam mana nak perbaiki diri sendiri..
**menaip sambil mengingatkan diri sendiri.. ^_^


MasyaAllah Cantiknya.. ^_____^

Assalamualaikum...
sejak beberapa hari lepas dunia artis dikejutkan dengan pernikahan Fiza dengan Adam AF..
dah start dahhhh cite gosipppp... huhuhuhu..
aku tak tahu apa-apa pun pasal diorang ni.. yang aku tau sekarang diorang dah nikah.. Alhamdulillah.. ^_^
At first aku tengok gambar diorang ni kat FB aku dah tertarik.. kenapa?
sebab aku teringin sangat one day if my turn's come, aku nak pakai dress jubah macam ni sekali dengan purdah yang macam ni jugak.. and memang dari dulu lagi aku berangan style ni.. like puteri arab kan? huhuhuhu.. (dah berkepul-kepul awan kat atas kepala ni :P ).. berangan tak salah.. hihihi.. ewah-ewah, lisa ni... calon pun takde dah berangan jauh-jauh.. hohoho..


KETIKA ISTERI MULA MENANGIS, dekatilah dan peluklah dia, makan akan hilanglah segala beban masalah & hilang segala duka dihatinya...

**btw semoga mereka pernikahan berdua bahagia diberkati dan bahagia till jannah.. Aminnn.. :)

Thursday, September 26, 2013

mimpi pelik-pelik

Assalamualaikum..
Salam hari khamis..
hurmm lately aku asyik dilanda sindrom kepenatan.. waktu tido pun dah bertukar.. kalau dulu aku suka tido lambat.. sekarang jangan harap la.. pukul 11 tu dah kira lewat sangat.. mata pun dah bukak separuh je.. huhuhu.

semalam aku dapat mimpi yang sangat pelik..
siap terjaga.. then tido balik.. dapat mimpi yang lebih kurang sama tapi tak serupa..

aku mimpi aku tengok orang ramai sangat berkumpul dekat depan 1 rumah ni.. rasa nak tau sangat kenap diorang berkumpul macam tu? macam ada sesuatu kat rumah orang tu.. then aku pun pergi dekat..
dan dah dekat tu.. aku nampak ada sorang bayi menangis dan terbaring kat lantai.. aku tanya kat diorang..

"kenapa semua orang tengok je? kan baby tu nangis.. kesian dia"

tetiba ada orang membalas..

"eii, tak nak la.. baby tu ada penyakit."

"penyakit? penyakit apa?" aku tanya kat diorang..

"tak nampak badan dia ada putih-putih debu tu? sape yang pegang dia nanti berjangkit"

penyakit berjangkit?? aku mula tak faham.. dan aku nampak seorang lelaki duduk disebelah baby yang menangis tak berhenti tu.. mungkin itu bapa dia..
hati aku rasa sedih sangat tengok diorang buat baby tu macam tu.. then aku tanya kat lelaki disebelahnya..
lelaki tu pun bagitau aku yang baby tu ada penyakit.. badan dia mengeluarkan debu dan siapa yang sentuh dia akan berjangkit (aku tak pernah jumpa penyakit macam ni).. tapi mendengar cerita lelaki tu membuatkan aku menangis.. hanya kerana takutkan penyakit, diaorang semua sampai hati hanya tengok baby tu menangis dan terbaring kat lantai..
then aku mintak izin dari laki tu untuk dodoikan baby tu.. lelaki tu terkejut.. dia bagi aku kain batik sebagai alas untuk elak terkena kulit baby tu.. aku taknak.. biar la berjangkit sekali pun sebab aku tak sampai hati tengok dia menangis tak henti..
aku angkat baby tu, dan aku dodoi sampai dia senyap dan tidur baru aku letak dia kat atas katil.. time tu semua orang yang ramai-ramai tu dah balik dah..
dia jadikan cerita penyakit baby tu berjangkit kat aku.. muka dan tangan aku keluarkan debu-debu.. tapi aku buat tak tahu je.. macam redha je..
tiba-tiba aku terjaga.. time tu jam pukul 4.30pg..
cepat-cepat aku pergi toilet dan tengok cermin.. bila tengok semuanya ok beru la aku tau.. semua tu mimpi..
mata aku rasa mengantuk sangat.. kepala pun rasa pening-pening sebab bangun mengejut tadi..
tak semena aku masuk bilik dan sambung tido..

masuk plak mimpi yang baru..
kali ni starting yang lebih kurang sama macam mimpi yang sebelumnya..
orang ramai..
lebih kurang macam kenduri.. ada yang tengah makan dan ada yang bersembang..
tapi kali ni ada seekor kucing plak.. yang tadi bayi..
kucing tu mengiau-ngiau kelaparan (sebijik macam meong aku bila dia lapar).. tapi takde sorang pun bagi dia makanan..
bila aku tanya

"kenapa tak bagi dia makanan? kan dia lapar tu"

tiba-tiba ada suara yang bercakap..

"eii, geli la.. tak nampak darah-darah tu.. kucing tu dah sakit dah"

aku menjeling tajam pada suara yang aku rasa sangat tak de hati perut..
dan aku pun baru perasan perut kucing tu berdarah-darah.. tapi dia takde gaya macam menahan sakit (time ni teringat kat si'ibu' yang dah hilang @mungkin juga dah mati.. sebab sebelum hilang dulu si'ibu pun sakit jugak.. dan aku tiap malam jadi nurse berusaha sapukan gamat kat luka dia)..
aku ambil pinggan kertas yang tersedia.. dan aku masukkan sedikit nasi dan ikan bilis goreng (tak tahu mana datang ikan bilis tu.. maybe ada menu nasi lemak kot..huhu)... aku bawa pinggan tu keluar sambil panggil-panggil kucing tu.. semua orang duk elak-elak macam geli bila kucing tu lalu sebelah diorang..
aku letakkan pinggan tu dan dia makan dengan lahapnya.. memang dia sangat lapar..
sedih aku tengok badan dia berdarah-darah macam tu.. tak semena aku menangis..
then terus aku terjaga..
dah subuh rupanya.. huhuhu

itu la antara mimpi aku yang pelik..
sensitip beno aku ni rupanya.. ingatkan dah cukup kental.. ihik..
sekian~


Saturday, September 21, 2013

anak maklong dah nak kawin.. ^_^

last week, di suatu petang aku duduk dimeja makan.. untuk merehatkan diri..
tiba-tiba mama datang duduk depan aku..
dan mama buka cerita bagitau maklong ada datang rumah untuk jemput datang kenduri doa selamat anak dia nak kawin..
ermm.. anak maklong means kazen aku la.. awal bulan depan..
tu pun umur bawah aku tu... ishhh..
macam faham je apa yang mama nak cite lepas tu..

"tak ada apa-apa cerita ke kak?"

see... dah agak dah..
aku pun tak tahu nak cerita apa coz sememangnye tak de cerita..
huhuhu..
about 'dia'... hurmmm... camtu je la..
lately dia cakap dia busy sikit..
and aku pun rasa macam ok-ok je..
tak pe la.. kalau dia free nanti dia mesej la..
kalau takde.. takpe la..
tetibe mama cakap

"kamu tu jual mahal sangat.. banyak sangat tak kena.. asyik nak tunggu orang je"

haaa? pe yang tak kena?? pernah ke aku memilih? hurmmm.. aku plak yang terkena.. :(
takpe la demi mama ayah.. aku try send mesej kat dia..
wish nyte je..
tak sampai beberapa minit dia reply..
dia minta maaf sebab dia jarang contact and dia ckp dia tahu yang aku rasa terabai (tipu tipu.. aku tak rasa macam tu pun.. huhuhu).. but last word dia buat aku rasa terharu sikit..
"kalau rasa nak apa-apa bagitau je..i'll be there for u"..
its because aku teringat last week,
aku terasa macam nak pergi joging.. tapi last minute member fikri call plak.. then aku ajak kimi..
tetibe mama datang..
"kalau takde lelaki jangan nak pergi jugra.. bahaya.."
hurmmm...
then ntah dari mana datang idea tuk ajak dia..
on the spot aku mesej dia..
tapi dia reply dia cakap dia ada game frenly futsal plak ptg tu..
hurmmm... so memang tak jadi la nak pergi sebab tak de lelaki dewasa..
tapi tak sampai beberapa minit..
kereta dia ada depan rumah aku..
'eh, cakap ada game'
rupanya dia datang semata-mata nak jumpa aku..
kononnye takut aku frust tak dapat jumpa dia.. hahahaha.. sangat poyo..
lepas dia bawa aku round-round area taman rumah aku..
tak sampai pun 10 minit..
then dia pun pergi coz game dia dah nak start..

sejak dari tu aku sedar aku tak boleh simply-simply main ajak before check dia ada hal ke tak..
kang aku niat ajak-ajak ayam dia datang betul-betul plak.. huhuhuhu

beberapa hari lepas erin ada mesej bagitau yang mak dia tanya aku bila nak datang rumah lagi..
ishhhh... sebersalah aku dibuatnya..
coz aku bukan jenis yang suka nak datang rumah orang.. especially rumah kawan lelaki..
walaupun hanya kawan, atau bf, atau tunang.. sebolehnya elak.. melainkan mertua takpe la..
dan kelonggaran diberi time raya.. tapi pernah ke aku beraya rumah lelaki??? huhu

**tahniah kepada anak maklong @ kazen aku dolah (Abdullah) yang dah nak kawin tu.. diorang just buat kenduri doa selamat je sebab pak long dah berjanji takmo buat apa-apa majlis melainkan doa selamat sepanjang 2 tahun lepas adik fariz meninggal.. dan tengah bulan depan genap setahun arwah adik fariz meninggal...



kembali rajin ke dapur

see the title?? haaa.. actually belum kembali lagi.. tapi mahu kembali.. hihihihi.. 
kalau artis kira nak buat comeback la ni.. haha
dah lama aku tak baking-baking kat dapur..
last pun time raya haritu..
sekarang orang dah prepare tuk raya korban dah.. kira dah lama la tu.. 

petang tadi aku masuk dapur, tengok keadaan dapur yang dah lama tak jenguk.. 
biasa la bila weekdays mama yang masak, malam plak aku dah malas nak makan.. makan apa ada je.. 
weekend plak dah jarang masak sebab makan kat kenduri je.. so memang tak sempat la aku nak pegang sudip dan senduk kan.. huhu

dan petang tadi aku selongkar punya selongkar aku jumpa acuan tart yang belom buka lagi.. rasanya mama beli acuan tu sebelum raya.. beli dengan harapan aku akan buat egg tart, cheese tart, stoberi tart tuk mama.. lastnye aku mampu buat tat nenas gulung je.. tu pun tuk raya.. hihihihi.. 
then terpandang plak microwave yang ayah beli sebelum raya haritu.. yang tu pun aku yang request sebab yang ada tu kononnye tak cukup besar.. lastnye jadi hiasan je.. bestnye sticker brand kat dalam pun tak buka lagi.. nampak sangat tak pernah sentuh.. sedangkan time ayah beli tu ayah dah warning awal-awal.. 

"ni ayah dah beli, pasni makesure guna.. jangan bagi alasan takde microwave besar lagi"

ihikihikihik.. actually sejak raya aritu dah beberapa kali kena perli dengan ayah pasal microwave ni

so, rasa macam nak manfaatkan kedua-dua barang yang mama dan ayah beli tu.. 

As per request yang dah hampir expired.. aku niat nak buat egg tart dengan cheese tart la.. we'll see.. ^_^

besides that, tergerah hati nak buat cheese cake gak.. coz last week tetiba aku terasa teringin sangat nak makan cheese cake.. then terus singgah kedai kek yang dekat dengan ofis.. beli la 2 slices kek.. nak pergi secret recipe malas plak nak pusing-pusing.. so try je la yang paling dekat ni.. 

balik rumah terus makan, but then terasa sangat kecewa coz rasa dia tak best.. actually aku dah boleh agak dah rasa dia camtu.. coz sepanjang aku makan cheese cake, 2 jenis cheese cake je yang aku suka.. 1 new york cheese cake kat secret recipe and 1 lagi cheese cake yang jual kat kedai kek kat Jusco.. kalau tak silap aku nama kedai dia La'Bahome.. tempat lain.. frustrated..
bila mengadu kat mama, mama cakap

"kalau dah tahu tak sedap kenapa beli? len kali buat sendiri je.. puas makan"

kan?kan? so, nak buat la.. 
esok nak cari creamcheese.. nak cari creamcheese.. nak cari creamcheese.. ^_^

ishhh... ilang terus mood..

Assalamualaikum..

baru je minggu lepas chat dengan erin nak pinjam novel 'Love u Mr.Arrogant'
alih-alih petang tadi buka tv keluar iklan cerita baru adaptasi novel tu gantikan cerita cinta jannah.
dengan pantasnya aku terus chat erin

"Assalamualaikum erin, sory akk xjdla nk pnjam novel love u mr.arrogant tu"

tak sampai seminit chat berbalas

"nape kak? majuk ek erin tlupe nak bg smlm? huhu"

"ishhh.. xla.. kat tv bru kuar iklan cite tu.. start mggu dpn.. nk tgk kt tv je la.. ilang mood nk baca dh"

"serius?? haha"

"tapi yg lagi 1 tu akk nk tau.. hehe"

"ok nnt erin pass"

sebab ni la aku dah jarang sangat nak baca novel.. baru ingat nak kembali aktif baca.. that why sanggup nak pinjam kat orang tu.. huhuhu.. tapi bila dah iklan macam ni.. terus terbantut niat nak baca.. kan spoil je tu..

lately tv memang suka buat cerita adaptasi novel..
pada yang tak minat baca novel maybe la suka kot.. tapi pada aku.. tak best la..
kacau mood pencinta novel macam aku ni..

sekarang bila tengok novel je dalam kepala dah fikir
"tak lama lagi mesti keluar kat tv ni, malas la baca.."

start minggu depan nak follow la cerita tu.. tv3 kan.. mesti ada kt tonton punya..  boleh donlod sekali.. huhuhu


Wednesday, September 18, 2013

interview di HSBC

Assalamualaikum..
last saturday... eh, silap.. the other last saturday.. hurmmm.. betol ke ayat aku ni??? huhuhu..
tak kisah la.. yang penting aku nak cerita aku pergi interview kat HSBC Cyberjaya.. tuk jawatan Global Support Exec..
cerita bermula  bila awal pagi aku dah bangun.. buat apa yang patut agar dipermudahkan segalanya.. then terus bukak tenet.. why? sebab baru nak study the company background, study pasal position yang aku apply dan sume-sume la.. hahahahaha.. very last minute.. after salin and noted benda-benda yang aku rasa penting.. even sebenarnya aku tak clear sangat dengan apa yang aku baca.. tapi tak kesah la.. sape suruh baca last minute kan? huhuhu.. then, after siap-siap semua, baru aku perasan aku lom fill in borang lagi!!!!.. adushhhh..
tepat pukul 9 aku gerak dari umah.. ditemani oleh erry..

sampai je kat depan gate HSBC tu.. aku dh mula rasa eksaited.. terasa macam one of my biggest dream will come true la.. coz aku sememangnya teringin sangat nak kerja kat company yang establish macam tu..

bila sampai lobby aku terngok ada ramai orang berkumpul.. ramai la jugak.. dalam 30 orang.. owhhh.. rupanya mereka ni semuanya candidates macam aku.. tapi yang wat aku rasa kecik sangat.. aku pakai baju kurung pahang dan bertudung bawal AidiJuma.. but most of them.. phewww~..yang laki,  ada tu dengan kasut berkilat, rambut berminyak sikat keras ke kebelakang, pakai kot siap dengan briefcase lagi.. yang perempuan masing-masing pakai heels.. aku plak cuma pkai comfort shoe crocodile je.. pastu muka masing-masing nak muka serius je.. terasa macam aku ni nak pergi interview jawatan CEO plak.. ihik.. kebanyakan candidates bangsa cina dan india buatkan aku terasa makin tercabar.. mana tak nye.. asal company besar je mesti cina dengan india yang conquer..

mula-mula pegawai kat situ devidekan kitorang yang ramai tu kepada 3 group.. 1 group lebih kurang 10 orang.. then, kitorang diberitahu yang interview session ni ada 3 stage.. 1st grammar test, after that, sape yang pass akan move to the next which is 1st interview.. then akan ditapis lagi di 2nd interview before dipilih..

sebelum grammar test, kitorang dibawa pusing-pusing 1 company tu.. ala-ala macam minggu induksi kat kolej dulu.. group by group dibawa round-round, tunjuk kat mana office, kat mana toilet, kat mana cafe, sume-sume la.. environment nye sangat international.. time tu dah bayangkan aku dapat kerja kat situ.. perhhhh.. bestnye.. sampai la kat level 3.. pegawai tu tunjuk office yang bakal diduduk oleh mereka yang terpilih.. besarnyeee.. aku rasa lebih kurang 5kali ganda dari office aku sekarang..

tapi.. dalam best-best tu.. ada jugak yang tak bestnye.. biasa aku kalau kerja mesti kena ada lagu-lagu sikit..baru tak stress.. then handphone biasanya aku akan silent coz aku jenis yang tak suka nak terkejut-terkejut bila ada call masuk ni.. so that aku akan sentiasa alert dengan handphone coz aku tau dia takkan kuar bunyi.. huhuhu.. bila penat bole main pou.. ngeeee...
tapi.. dekat sini.. environment keje dia sangat stress dan serius.. nak tengok diorang gelak-gelak dekat cafe dengan excess area je.. start masuk lift, semua jadi serius.. dalam office langsung takde music.. pastu nak masuk office kena sehelai sepinggang.. semua harta-harta kena tinggalkan dalam locker yang disediakan diluar office.. sebabnya kerja kat sini risiko tinggi.. sebab semuanya main nombor yang juta-juta lemon.. dan juta-juta lemon tu bukan ringgit.. semuanya overseas punya currency.. thats why la diorang buat macam tu.. sebab tak mau staff diorang buat mistake even 1 nombor pun..
bila fikir balik.. bole ke aku keje macam tu?? handphone kena tinggal dalam locker, kalau ada emergency call pasal family camne??

after round-round office, kitorang dibawa ke 1 dewan.. dan jawab test grammar.. 20 soalan untuk 30 minit. yang ni memang aku tak prepare apa-apa.. jawab ikut apa yang tahu je..
siap jawab test, diorang terus check on the spot..

then beberapa nama dipanggil.. ada la dalam 6 orang.. cuak sangat time tu bila fikir kenapa nama aku tak dipanggil?? then, nama-nama yang dipanggil tu disuruh ke tepi.. tinggal lah 4 orang dalam group aku..

after that datang sorang pegawai bawa kitorang berempat pergi ke 1 dewan.. rupanya dalam group aku hanya kitorang berempat yang pass.. fuhhh.. time tu lega sangat.. coz dah lepas first stage..

dalam dewan tu kitorang kena tunggu untuk di interview.. de 3 orang interviewer.. and untuk stage ni ada la lebih kurang berbelas orang jugak la yang pass test tadi.. so sorang-sorang dipanggil.. sampai la turn aku.. rasanya sape yang kenal aku mesti tau aku ni bukan jenis yang takut.. tapi sangat pemalu dan bercakap benda yang perlu je.. huhuhu.. yang interviewer ni plak suruh aku bercerita.. kanapa aku pilih untuk bekerja kat company ni?.. kenapa bukan bank lain?.. strength n weakness aku.. camne aku handle stress.. pasal MNC.. then maybe interviewer tu tak puas hati kot.. dia suruh aku bercerita pasal hobi dan tanggungjawab kerja.. lama aku diam.. fikir macam mana nak jawab.. then aku dapat idea untuk cerita pasal relationship keduanya.. main tibai je.. selesai interview session aku.. tapi tak lama lepas tu 2orang pegawai datang kat aku.. then tanya.. "do u know durian?".. dengan muka pelik aku menjawab sambil angguk "yes"..
"and do u like it?".. haaaa?? dah la terjah tiba-tiba camni, pastu tanya pasal durian plak..ermmm.. rasanya aku apply keje kat bank kan? adoiiiii~

untuk result interview ni.. dia bagi tempoh seminggu.. hanya yang berjaya akan dipanggil untuk 2nd interview.. malangnya aku tak berjaya.. uhukuhukuhuk..

*actually mata sudah ngantuk sangat-sangat.. jam sudah 1035pm.. time to sleep.. nunyte!

Sunday, September 15, 2013

entry penghujung hari ahad.. =,="

adakalanya aku rasa bersalah sangat.. 
hurmm.. 
aku sedar aku buat keputusan terlalu drastik..
bukan niat untuk sengaja mendiamkan diri.. 
jauh sekali untuk berlari dan menjauh..
tapi.. aku mahu menjaga hati sendiri..
siapa lagi nak jaga hati kita kalau bukan diri sendiri kan?

kadang kala rasa penat sangat..
sehingga terfikir.. cukuplah sampai sini.. 
better aku focus kejar impian sendiri..
senangkan mama dan ayah.. 
mereka kecintaan aku selepas Yang Esa dan Kekasihnya, 
mereka dunia akhirat aku, 

hurmmm... 
sekarang ni, aku banyak habiskan masa dengan family dan adik-adik aku..
sejak kimi habis exam ni, aku kerap spent time dengan dia..
baru je tadi pergi main bowling dengan dia.. 
saja layankan apa yang dia nak lepas ber'pulun' study sampai menangis-menangis haritu.. haha.. raja air mata sungguh! 
dan aku juga banyak habiskan masa berwhatsapp dengan kawan-kawan lama.. 
lama sangat tak contact dengan diorang.. rindu nak lepak kedai mamak sama-sama dan makan roti tisu lepas penat study ramai-ramai.. 
bestnye time study..  

sekarang ni balik kerja, kalau tak tengok tv, aku akan keluar joging..
lokasi of course la bukit jugra.. 
tenang sangat dapat sampai kat atas tu.. 

sometimes terasa juga rindu..
tapi.. aku hidup untuk masa depan.. 
bukan hanya untuk hari ini.. 
cukup lah dengan apa yang aku rasa.. 
kalau terus dilayan.. sampai bila-bila belum tentu habis.. 
susah bila berdepan dengan sesuatu yang bermain dengan perasaan..
takpe la.. biar Allah yang tentukan.. 
semua rahsia Allah hanya Dia yang tahu.. 
kita hanya mampu berdoa.. 
kalau dia yang kita mahukan.. mintak la.. 
tapi kalau tak dapat.. jangan dikesalkan.. 
tapi teruskan berdoa.. semoga sama-sama dapat bahagia.. tak kira dengan siapa pun.. kerana Allah mengetahui siapa yang terbaik untuk kita.. :)

**mood terasa nak sangat tengok cerita legenda budak hostel.. sebab terasa rindu sangat zaman sekolah.. 

entry hari ahad

Assalamualaikum..
semoga kita semua terus berada dibawah redha Allah dan keluarga..
lama tak mejenguk kesini..
terasa macam tak jumpa kekuatan untuk menaip dan biarkan hati terus berbicara..
aku pun lately busy sikit..

adakala terasa macam nak lari dari segalanya..
setiap yang aku buat terasa tak kena..
macam orang buat salah pun ada..
finally i choose to be silent and let go everything..
dan andai sesuatu tu memang ditakdirkan untuk kita.. tak perlu dikejar, tak perlu digenggam erat-erat, kerana sejauh mana pun ia pergi, dan sejauh mana kita berlari, takdirnya ia memang untuk kita, maka ia akan tetap untuk kita..

before this, like what's happen in the last entry,
then, aku tak tahu nak buat apa dah,
ibarat aku tak nampak jalan untuk esok, so that aku takut untuk melangkah..
that guy, nampak sangat ikhlas dengan aku, tapi aku plak yang rasa guilty semacam..

dia tahu apa yang jadi, namun dia sangat bijak memainkan watak..
berlakon macam takde pape yang jadi..
katanya "yang penting parents saya suka"
sama macam aku "family first"
but, family aku still no comment..
sebab aku rasa lom ready untuk kenalkan sape dia..
takut jadi harapan macam yang lepas-lepas.

last week first time aku jumpa dengan famly dia,
katanya nak ajak keluar untuk lebih kenal, rupanya ajak ke rumah,
dia macam tahu kelemahan aku, which is family.
bila dah jumpa family sememangnya aku kalah, kalah untuk mempertahankan ego aku,
yes, aku senang dengan family dia.
dan Alhamdulillah, family dia terima aku seadanya.

sampai je rumah dia, dia buat aku macam orang yang dia tak kenal,
dia tinggalkan aku macam tu je.. kebetulan kawan dia pun datang..
terus pergi sembang dengan kawan dia kat depan rumah..
nasib la aku ni jenis yang pandai bawak diri.. ececehhh..
siap ikut mak dia pergi beli barang dapur.. pastu disuruh masak untuk lunch.. amik kau.. kan dah kena masak.. siap pakai apron lagi tau..
nasib adik bongsu dia yang baru form3 nak tolong aku..
neves punye pasal, aku masak ikan keli goreng berlada yang super pedas punya..
lepas masak baru aku la aku tahu famly diorang tak kuat makan pedas..
sebersalah aku dibuatnya... hurmmm...
tapi time makan, aku tengok masing-masing berselera je.. that guy ngan ayah dia siap bertambah lagi..
hurmm.. maybe masakan aku not bad,  atau mungkin gak sebab dah lapar.. huhuhu

apa pun family dia sangat baik..
first time jumpa aku dah kamcing dengan adik bongsu dia..
hobi yang sama, suka novel, suka coklat, sama macam aku..
aku pun takde adik perempuan, dan adik dia pun takde kakak.. kira deal la tu..
mak dia pun sangat baik,
kira sporting la, buat aku langsung tak rasa kekok time bertandang kat rumah dia dari pagi sampai petang tu..

aku dengan dia?
macam tu je la..
lepas dari tu, kitorang just contact through whatsapp je..
jumpa pun jarang sekali,
time keje memang tak la.. nampak pun masing-masing buat tak kenal je.. huhuhu
buat masa ni aku prefer lagi busykan diri dengan segalanya..
banyak habiskan masa dengan adik-adik aku..
kimi, adik bongsu baru je selesai exam UPSR..
tak tahu la macam mana tu..
jawapan confident "senang je".. tapi wallahualam..
hope result dia nanti tak mengecewakan..

**until this word aku still tak jumpa tajuk yang sesuai untuk entry ni.. =,="

Wednesday, September 4, 2013

:)

Allah bukan bagi apa yang kita nak, 
tapi Allah bagi apa yang kita perlu, 

sepanjang hari ni aku bagi peluang hanya untuk dia, 
kerana dia mahukan peluang itu, 
Alhamdulillah, everything goes well, 
ibarat 1 kelas induksi jarak jauh walau hakikatnya hanya beza level je, 

andai sebelum ni aku pernah kecewa, 
andai sebelum ni harapan aku pernah ditepis, 
tak salah rasanya aku bagi peluang pada orang lain.. 
jika benar dia, terima dengan hati terbuka, 
jika tidak pun, terima kerana itu ketentuannya.
kerana aku tahu, Allah bagi apa yang kita perlu. 


eiii... nervous la macam ni!!!

Allah maha merancang,
dan perancangan itu Allah sangat indah,
sangat pantas tanpa sempat aku berfikir apa yang akan jadi seterusnya,
andai benar ini jalan untuk aku,
aku redha..

hanya itu yang mampu aku ucapkan,
jika sebelum ni aku rasakan sedikit kecewa dengan keadaan sekeliling yang selalu tak memihak pada aku,
tapi, bermula dengan episod minggu lalu,
disambung pula dengan semalam,
dan Allah memberi jalan malam tadi,
sehingga aku nampak segalanya hari ni..

kata mama,
'jangan terlalu keraskan hati, mama tau kamu serik, tapi kalau ada peluang tu cuba la..'
masih terngiang lagi..
aku tak kisah kalau orang lain yang berkata, sikit pun tak kisah,
tapi jangan mama dan ayah..
beratnya rasa hati waktu tu Allah je yang tahu..
ibarat terpikul 1 batu amanah dibahu..

mungkin aku terlalu memikirkannya,
sehingga termimpi-mimpi,
tiba-tiba aku tersedar, kenapa aku hendak menidakkan ketentuan Allah?
Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk aku,

dan hari ini tersusun 1 janji,
tinggal beberapa bulan je lagi untuk masuk ke 'tahun depan'
ermmmm...
betol ke apa yang aku dengar ni???
bila rasa dengan hati... aku rasa mungkin ini yang Allah rancang untuk aku.. coz aku nampak dia memang ikhlas..
tapi bila fikir balik... biar betol!!!!