Wednesday, August 28, 2013

terima kasih

aku duduk di satu tempat, tempat yang aku rasa sangat familiar..
dikelilingi orang-orang yang berjalan-jalan dan beriadah.
aku pula seorang diri, menikmati indahnya ciptaan Allah.
sedang asyik aku memandang gelagat orang-orang disekeliling, tiba-tiba ada yang menegur,

"jauhnya dia termenung.."

Aku terkejut,
lambat-lambat aku berpaling ke arah suara itu,
seperti tak percaya dengan apa yang nampak,
selama ni aku ditipu ke??
tapi kalau tak tipu, yang kat depan aku ni siapa??
dia hanya senyum melihat aku,
aku terpaku,
iyee, aku yakin memang dia,
topi dan spek hitam yang tergantung dikolar baju menjadi bukti,
aku membalas senyuman itu,
lalu dia mengambil tempat dan duduk disebelah aku.

"selama ni zam pergi mana?"

tiada jawapan,
hanya senyuman dia balas,
kecewa dengan respon yang dia bagi,
aku tunduk memandang ke tanah.

"kenapa ni? cerita lah.."

aku berpaling melihat wajah dia..
kutenung seketika..
dia mengangguk.

aku menarik nafas dalam-dalam
bagaikan faham maksud 'cerita' itu,
aku ceritakan semuanya, takde satu pun yang tertinggal,
aku luahkan segalanya diselang-seli dengan air mata tanpa sedikitpun memandang dia,
aku yakin dia tekun mendengar,
setelah segalanya terluah,
aku kembali memandang dia,
masih tersenyum

tiba-tiba handphone aku berbunyi,
ada mesej masuk,
dari zam???
aku kembali memandang dia,
bila dia taip mesej??
hurmmm... takpe lah..
aku buka inbox dan aku baca isi mesej tu.

eh,
'lisa, percaya pada diri, jujur dengan setiap kata-kata, ikhlaskan setiap perbuatan.. insyaAllah lisa akan bahagia..'

tiba-tiba aku tersedar..
terus aku mencari handphone cek kalau-kalau ada mesej yang aku baca tadi..
hurmmm..
Astaghfirullahala'zim
aku mimpi,
semua tu hanya mimpi,
aku lihat jam,
pukul 4 pagi..

aku duduk sebentar kat tepi katil,
dan cuba ingat kembali apa yang aku mimpikan sebentar tadi..
semuanya macam real,
dan aku rasa tenang sangat,
sebab aku dah pun luahkan segalanya.
terima kasih..

*percaya, jujur, dan ikhlas.. insyaaAllah..


Tuesday, August 27, 2013

lelaki idaman saya... ^_^

lelaki idaman saya adalah lelaki yang beriman
yang dapat mengajar apa yang saya tak tahu
yang dapat mengajak saya untuk solat tepat waktu
yang dapat menegur apa yang perlu
tapi kalau ada yang pun tak tahu/.. takpe..
kita belajar sama-sama tau!

lelaki idaman saya seorang yang penyabar
kerana saya paling takut kena marah
kerana pada saya ketampanan seorang lelaki terletak pada sifat dia yang penyabar
kalau dia nak marah juga?.. hurmm.. sila bagi 3 sebab kenapa dia nak marah..

lelaki idaman saya seorang yang tahu menghormati
yang tahu hormat dengan hak makhluk lain,
yang tahu hormat orang tua, orang muda, perempuan, lelaki, haiwan, tumbuhan.
kalau dia tak hormat jugak?.. hurmm.. kena amik kelas moral
lagipun bila seseorang itu tahu menghormati beerti dia seorang yang penyayang.

lelaki idaman saya seorang yang mencintai kekurangan
bukan hanya memandang kelebihan
tidak riak dengan harta dunia, mahupun ilmu didada
itu bukti dia seorang yang tahu bersyukur
dan saya juga akan bersyukur jika dapat bertemu seseorang yang bernama lelaki idaman saya
^_^

** just untuk suka-suka.. effect dari banyak sangat blogwalking.. huhuhuhu


Sunday, August 18, 2013

cerita rojak syawal

Assalamualaikum..
lamanya tak menjenguk ke sini..
Alhamdulillah semuanya masih kekal.. macam biasa.. cuma story yang mungkin makin bertambah..

kalau ikutkan setiap hari ingin menaip..
ada je sesuatu yang terlintas dihati..
ingin sahaja biar dia terus berbicara..
tapi nak buat camne, masa tu tak pernah ada..
nak buat notes pun tak sempat.. haihhh..
so, sesuatu yang terlintas, dibiarkan berlalu begitu sahaja..
nak refresh balik, tak dapek la..
sedangkan kenyataan dan kenangan dua benda yang berbeza..
kan?

tajuk entry
hahaha.. dah tak tahu nak tulis tajuk apa..
semua cerita aku nak selitkan
campur-campur macam rojak
dan sekarang kita di bulan syawal
so tadaaaa.. ihikihik

selamat hari minggu..
masih dalam mood raya
so, harap ucapan selamat hari raya dari aku masih diterima.. hihi
maafkan segala salah silap blog ni, andai ada entry yang melampaui batas perasaan, harap dimaafkan.

harini aku habiskan masa tengok tv.. cerita hindustan.. haha
aku perasan raya tahun ni ada banyak sangat cerita yang best.. dan sebab banyak sangat la aku tak dapat nak tengok semuanya..

open house,
semalam je ada 3 rumah,dan ramai gak bertanya, "tahun ni lisa tak buat open house ke?"
ermmm... jawapannya,
family aku tak pernah buat open house melainkan kenduri doa selamat.. huhuhu
lagipun sepanjang syawal ni rumah aku sentiasa open, just bagitau bila nak datang, ada la 'habuannya'..
kalau tak bagitau, mungkin 'close house' la yang korang dapat.. sebab famly aku jarang ada kat rumah.. hihihi

this evening, insyaaAllah aku akan pulang ke kampung yang dekat je tu..
huhuhu.. nak tolong-tolong apa yang patut kat rumah kazen aku..
next week insyaaAllah dia akan jadi isteri orang..
tinggal aku sorang-sorang nanti..
actually bestkazen childhood aku ada 2orang.. means kami ber3.. aida, isma dan aku..
aida dah pun berkahwin diawal usia 20 tahun.. sejak tu.. kitorang dah tak rapat dah..
nak buat apa-apa pun dah susah, sebab masing-masing dah ada kehidupan sendiri..

beberapa hari lepas aku sempat ber wechat dengan aida, kazen aku..

aida :  sbtu ni isma nikah, tggl ko je yg blom.. ble ni? anak aku nk geng nek bsikal ni.. :P

aku  :  hahaha.. xpe, aku kasi can korg jln dlu.. aku? dh siap kad nnt aku jemput.. ngeee

aida :  ko ni byk rhsia la.. ssh btol.. wei, aritu aku jmpe surat yg ko pnah bg kt aku dlu.. haha.. ko wat aku tringat ksah silam la..

aku :   surat?? aku de bg surat ke? sory xingat.. hahahaha.. kisah silam? dun ever ungkit ok..

here just part of chat aku ngn kazen..
actually aku just nak share yang aku eppy giler dapat chat camtu dengan dia... hihihihi sounds weird rite?
rindu kenangan meriah, nakal-nakal dengan dengan both bestkazen aku..
of course dunia sebelum dan selepas kawin itu berbeza dan disebabkan aku respek husband dia, so that aku cuba and perlu limitkan time aku untuk bergosipgirl dengan diorang..
see... kelihatan sangat lonely kan? hoho
but its ok.. as long as diorang happy dan bahagia dengan dunia baru diorang.. aku doakan ia kekal..

by the way, aku takde baju la untuk tema minggu depan.. hishhh... suka tau buat kaler yang takde dalam almari baju aku..

 

Tuesday, August 6, 2013

hari-hari terakhir

Assalamualaikum..
menuju penghujung ramadhan... hati jadi sayu.. terasa sangat singkat ramadhan kali ni.. even hakikatnya aku berpeluang bepuasa lebih dari tahun-tahun lepas.. hoyehhhh...
sepanjang ramadhan ni aku dah buat yang terbaik.. Alhamdulillah Allah permudahkan dan aku capai semua target aku sepanjang ramadhan ni.. namun adakalanya aku teringat kata-kata ustaz dlm tazkirah yang aku dengar di ikim.fm.. 'masih kuatkah iman didada untuk menempuh hari-hari selepas ramadhan ni?'... insyaAllah..