Saturday, July 20, 2013

RahsiaNya masih kekal rahsia..

lama tak menaip.. terasa takde idea plak..
hurmm..
pagi tadi time siapkan juadah untuk bersahur, mama ceritakan something kat aku.. sesuatu yang dah pun menjadi isu dalam rumah ni sejak beberapa hari lalu @ mungkin juga beberapa bulan..
buat aku terfikir bagaimana cara manusia berfikir dan bertindak..
terlalu berfikir negatif tentang tindakan orang lain..
Ahhh... Bosan... lagi bosan bila aku rasa mungkin juga aku punca semua ni jadi.. see, terlalu berfikir negatif tentang tindakan orang lain..
lagi-lagi bila mama tanye,

"ko tak nak kawin ke kak?? mungkin bila ko kawin, semua akan berubah"

terkejut,
tak semena air mata aku bergenang, sensitif sungguh aku bila mama buka topik ni..

"macam mana ma?? mama sendiri tahu kan?"

"habis tu ko taknak kawin?? jangan terlalu fikir, yang lain tu nanti mama boleh uruskan.. kita boleh bincang"

"ntah la ma.. malas nak fikir.. Elly taknak jadi macam dulu lagi"

mama hanya mampu mengeluh diam.. harap mama faham apa yang aku rasa, apa yang aku pendam..
aku faham keinginan mama,
dan juga keinginan aku... bukan usia yang dirisaukan, tapi keadaan dan penerimaan.. hurmmm.. susah nak puaskan hati yang utama.
tapi buat masa ni, biarlah masa yang menentukan.. serius aku malas nak fikir.. asalkan aku dapat bahagiakan orang lain.. itulah kebahagiaan aku..

rahsia Allah, masih kekal menjadi rahsia..
biarlah apa yang ada dihati.. Allah Maha Mengetahui,
Maha Mendengar dan Dia juga adalah sebaik-baik perancang.. dan aku redha..

Wednesday, July 10, 2013

hari kedua Ramadhan

Alhamdulillah... selesai mengerjakan hari pertama puasa pakej dengan tarawih sekali.. huhuhu..
dapat melawat bazaar kanchong tanpa beli apa-apa pun.. hahaha..
harini nak ajak fikri pergi bazaar banting la plak.. hehe

harini hari kedua..
dah mula terasa kepenatannya.. padahal baru masuk hari kedua.. hurmmm..
awal pagi lagi dah terasa mengantuk sangat..
kalau semalam after subuh aku tidur kejap.. harini baget hebat plak takmo tidur kan? lastnye.. amik ko..
awal lagi dah buat jahat.. ermm.. but before that, buat baik dulu.. after buat baik baru buat jahat, curi-curi tidur kat surau.. hahaha.. after almost half an hour baru rasa oke cikit...
now, time to work!!!! chaiyok2!!

semalam ada dapat email and SMS..
interview dari Maybank Bukit Jelutong tuk jawatan Cust Service Exec.. on this weekend.
hurmm.. berminat untuk Maybank and Exec... tapi.. Cust Service bukan bidang aku...
after check the description, rasa macam... tak confident plak.. takpe la.. maybe rezeki tu untuk orang lain..

Tuesday, July 9, 2013

:)

ada sebab kenapa kita mengenali seseorang dalam hidup kita,
samada kita perlu mengubah hidup dia atau dia yang bakal mengubah hidup kita,
dan ALLAH takkan hadirkan seseorang itu tanpa sebab.

^__^

welcome ya Ramadhan..

pejam celik pejam celik esok kita semua akan mula menunaikan ibadah puasa..
Alhamdulillah, sekali lagi diberi peluang bertemu Ramadhan..
harap-harap terus diberi peluang untuk bersama sampai ke hujung dan bertemu Syawal..
In Syaa Allah..

Malam ni permulaan Ramadhan..
harap takde halangan untuk menunaikan Tarawih yang pertama untuk Ramadhan kali ni..

macam -macam niat dah disusun..
harapkan dapat lakukan semuanya.. Aminnn..

start esok,
semua syaitan akan diikat, dikurung..
maknanya no more sifat malas.. ihikihik..
so, kenalah rajin-rajinkan diri bangun tengah malam
nak set dalam mind.. dalam setahun ada 1 je bulan Ramadhan..
ngeeee...

Salam Ramadhan untuk semua!!!!

Wednesday, July 3, 2013

should i?? :'(

esok aku ada exam.. 
tapi sampai saat ni sambil review little bit info yang patut aku tahu buat 'bekal' exam esok, aku still lagi fikir should i go and sit for this exam?? 
rasa guilty sangat-sangat ni..
sedih, sebersalah..
serba tak kena..

aku paling tak suka bila terpaksa susahkan orang lain..
tapi aku tak dapat 'tiket' untuk pergi sendiri, so how??
rasa macam tak mahu pergi je... boleh tak??
tapi mama really wanted me to take this exam...  
kata mama.. "ini peluang.. Allah bagi peluang jangan sia-sia kan, cuba je"
but... hurmmm..

ayah cakap.. pakcik aku yang akan hantarkan aku esok.. 
and thats the main point yang buat aku rasa serba tak kena..
esok exam dijalankan di MAEPS Serdang..
i know the place well tu pun sebab ini second time aku exam kat situ so aku tau keadaan tempat tu yang kosong dan takde pape..
then, tadi mama cakap pakcik aku tak tahu jalan ke sana.. 
fikri and kimi sekolah.. suruh diorang ponteng, masing-masing ada sukan.. 
maknanya memang aku kena jadi co-pilot la esok even aku pun sebenarnya tak berapa arif sangat pasal jalan ni.. coz last time aku just duduk belakang baca note without tengok jalan.. but takpe GPS ada.. 
tapi.. nanti time aku tengah exam dari pukul 9am -1230pm.. takkan pakcik aku nak tunggu je kat situ??
dah macam apa plak kan?
serius aku tak sampai hati.. 
kalau sebelum ni aku pergi dengan erry, and after hantar aku erry balik dulu and datang balik after aku dh habis exam.. 
hurmmm... macam mana ni???

dah 3 hari aku fikir pasal benda ni.. 
dan 3 hari gak aku moody pasal ni..
nak makan pun tak selera..
semua gara-gara exam ni.. 

kalau aku pergi, maknanya esok sepanjang hari aku akan rasa bersalah kat pakcik aku,
and kalau aku tak pergi, maknanya aku akan kecewakan mama yang nakkan aku amik exam ni,
so, what should i do??..

# jelas disini ayah still tak percayakan aku untuk drive sendiri without somebody beside me.. 
# apa yang patut aku buat esok?... (rasa nak nangis.... hate this feeling!!!!) :'(