Sunday, June 30, 2013

mood suam-suam in weekend..

bangun pagi terasa sakit-sakit badan,
ok, ini normal bila aku tido lama sangat dalam bas + semalam aku dilanda gestrik... hurmm.. tu pun normal juga coz this is not my first time..

semalam aku dapat berita fikri jatuh motor,
tengok keadaan dia.. hurmmm tangan, lutut ada luka-luka sikit.. paling teruk kat bahu la.. luka besar cikit..
aku pun tak faham macam mana dia jatuh sampai boleh dapat luka kat situ.. tapi Alhamdulillah la time tu dia tutup muka dia dengan visor and visor helmet dia pun kuat.. kalau tak mau kesian muka dia.. coz teruk gak 'cedera' helmet dia tu.. hope jadi pengajaran la and pasni dia tak bawa moto ala rempit lagi dah.. dia sendiri pun ngaku dia dah trauma.. huhuhu

so pagi ni aku tengok keadaan motor, nak tengok malam tadi tak nampak sangat...
hurmm.. oke memang teruk... sedih tengok motor sendiri..
kesian motor aku..

hari ni aku duduk rumah je.. menggodam lappy ni..
niat hati nak hantar pergi format sebab terasa macam ada yang tak kena plak dengan laptop ni..
lagi pun dah lama juga tak hantar pergi format ni..

time menyelongkar folder-folder yang ada, ku terjumpa 1  folder yang aku dah lama sangat sorok..
about a story.. maybe more to diary..
hurmm.. ada lagi nota tinggalan zaman batu rupanya.. bagaikan cerita hikayat plak.. hihihi
tiba-tiba terasa lamanya tak update cerita..

bila baca dan fikir balik,
semua yang jadi pasti ada hikmahnya..
ada banyak sebab kenapa Allah tak benarkan semua yang aku inginkan satu masa dahulu menjadi kenyataan , rindu sangat kenangan dulu.
yang tinggal.. gambar, video..
hurmmm.. simpan je la..

Andai tiada yang dulu, tak mungkin akan ada yang sekarang..
dan andai semua yang ada dahulu masih kekal, pastinya aku takkan bertemu dengan semua yang ada kini..
: )


Saturday, June 29, 2013

kota bharu

entry yang disalin semula dari note dalam bas..

duduk dalam bas Mahligai untuk pulang ke Selangor, my hometown!..
menanti bas untuk bergerak sambil dalam hati berdoa banyak-banyak agar aku selamat sampai kerumah..
Alhamdulillah tamat sudah journey aku di kota bharu ni.. tak tahu lagi bila nak datang sini..
tunggu la time rasa nak shopping lagi ke.. huhuhu.. tapi rasanya pasni nak pergi shopping kat tempat lain plak lah.. hahaha..

beberapa hari di kelantan mengingatkan aku pada semua kenangan-kenangan yang pernah jadi rutin aku disana... terasa rindu sangat..

teringat balik waktu sampai ke kota bharu hari rabu lepas.. jakun kejap bila dengar semua orang cakap loghat kelate.. hihihi.. tapi tu la yang paling aku rindu.. huhuhu... by the way, aku suka dengar bila orang cina dan budak-budak cakap loghat kelate.. nampak comel je.. hihihi

sampai je rumah kuning, semua ada, dan semuanya menyambut kedatangan aku macam YB masuk kampung... hahahaha... eksaited sungguh!
semua duk tanya.. "kak lisa, sihat tak? dari bandar naik apa tadi? kak lisa mesti penat kan?".. tak terjawab dibuatnya.. huhuhu.. tak terucap rasa terima kasih yang terlalu banyak ni.. very appreciated.

antara sebab kenapa aku ke kelantan ni.. firstly nak bercuti.. and the second reason, nak shopping sikit-sikit.. sebabnya, based on experience aku tinggal kat sini dulu, kelantan ni antara best place untuk shopping.. especially untuk perempuan yang suka baju kurung, kain pasang, tudung new design, macam-macam la.. dan aku perasan kebanyakkan trend yang menarik semuanya mula dari kelantan.. so, shopping sakan la aku!!..
sabar je ida, hawa, mimi and lisa (lisa junior) tengok barang yang beli.. and guess what, aku dah dapat sepasang baju raya!!.. yippi!! kaler biru muda.. tapi ada jugak yang cakap tu warna biru turquoise.. tak kisah la.. hurmm..  mood raya dah on.. terasa macam by time to time baju raya aku akan bertambah.. lalalala.. semangat sudah..

bila dikira, total damage aku sepanjang 3 hari ni adalah dekat RM700.. phewww~  tak pernah lagi aku berhabis banyak macam tu.. well, i'm not shopaholic tegar.. memang kena tutup mata la sepanjang bulan ni..

apapun sepanjang beberapa hari aku kat sana, terasa happy sangat.. even sepanjang aku kat sana, waktu malam asyik hujan je.. macam sengaja takmo bagi aku jalan-jalan malam.. but, semua yang aku nak, Alhamdulillah, aku dah dapat.. rindu nak makan nasi kukus kota bharu pun selamat.. baba eskrem pun dah selesai.. sekarang baba eskrem dah ada kat kb.. huhuhu.. tak payah susah-susah dah nak pergi rantau panjang semata-mata nak cari baba eskrem.. ishhh.. nape la time aku study dulu takde, kalau dari dulu ada memang aku jadi regular customer la.. aku suka tengok time pakcik tu sediakan eskrem tu.. macam-macam dia bubuh.. terasa berbaloi sangat dengan harga yang cuma RM 2..

tapi yang paling best of course la dapat jumpa dengan adik-adik yang dirindui.. kalau dulu diorang tu junior, sekarang dah jadi senior dah.. sepanjang aku kat sana, asyik bergosip je kerja kitorang.. ishhh..
dalam diam rupanya selalu gak member-member rumah aku dulu datang melawat diorang kat sini.. sambil-sambil tu terselit jugak la ayat-ayat diorang yang buat aku tersentuh... dalam diam ada yang rindu aku rupanya.. so touched..

malam sebelum aku balik, ada yang bertanya..

"kak lisa suka tak duduk kelantan?"

"suka je"

"kenapa? bukan lagi best ke duduk selangor? macam-macam ada, banyak tempat boleh pergi"

"kalau kita fikir macam tu, memang semua tempat jadi tak best.. yang penting enjoy the environment, and selalu bersyukur dengan apa yang ada kat sekeliling kita"

"bagus la kak lisa ni dah macam ahli kelab pencinta alam"

"haa??"

hahahaha... kelakar je bila ingat..
tapi betol apa... tak kenal maka tak cinta kan?
bila dah kenal, baru la tau, best ke tak..
kan?

Wednesday, June 26, 2013

aku hanya ingin yang sederhana

Aku hanyalah wanita biasa.
Aku bukanlah wanita berparas cantik jelita.
Aku juga bukanlah wanita yang punya segalanya.
Aku hanyalah seorang wanita yang ingin pasangan sederhana.
Aku tidak ingin menilai setampan apa rupanya.
Aku tidak ingin menilai sebanyak apa hartanya.
Aku tidak ingin menilai setinggi apa kedudukannya.
Pasangan yang berlandaskan ketakwaan-NYA.
Pasangan yang mengharapkan Surga-NYA.
Pasangan yang akan membawa keberkahan dan keridhaan-Nya.
Aku berharap kelak di sebuah perbatasan waktu.
Aku dipertemukan dengan pasangan pilihan-Nya.
Seseorang yang hatinya terpaut kepada-Nya.
Seseorang yang mengikuti sunnah Rasul-Nya.
Seseorang yang berpedoman pada Kitab-Nya.
Seseorang yang akan ikhlas menerima segala kekuranganku.
Yang akan mampu membimbing hidupku.
Yang akan mampu mengisi dan melengkapi hari-hariku.
Yang akan menahkodai bahtera rumah tanggaku.
Yang mencintaiku tanpa menuntut kesempurnaan dariku.
Aku ingin menyayanginya secara sederhana.
Aku harap dia juga menyayangiku secara sederhana.
Sesederhana aku dalam mencintainya.
Biarlah saat ini aku menyemai cinta bersama-Nya.
Menyemai kerinduan akan wajah-Nya.
Sebelum aku dipertemukan dengannya.
Aku bermimpi untuk membangun Istana Indah.
Walaupun istana itu hanyalah pondok kecil yang terbuat dari bambu.
Berpagarkan ketulusan cinta dan kasih sayang.
Akan kujadikan pondokku sebagai Surga bagi Suami dan anakku.
Hanya satu keinginanku.
Yaitu ingin menjadi seorang Isteri
Buah Hatiku Berbagi ilmu parenting islami, motivasi dan inspirasi keluarga Muslim
Semoga ada hal yang bermanfaat yang terdapat di dalamnya

*sumber dari fb* terasa dekat dihati

Monday, June 24, 2013

semangat nak raya..

hari raya semakin menghampiri..
semua orang dah semangat cari baju raya..
pergi je mana-mana.. pasti ada banyak baju-baju bergantungan yang sedia dipilih untuk dipakai hari raya ni..
dan aku still lom beli baju raya.. haissshhhh~~

bila semangat tu bekobar-kobar..
time tu la kerja banyak la..ada kursus la..
then ble free.. penat la, malas nak keluar..

bila bukak fb.. ada banyak je butik on9 yang ada..
cantik je baju-baju diorang.. rasa macam nak grab je sepasang dua..
tapi.. aku bukan jenis yang suka nak beli on9 ni..
seumur hidup.. aku cuma pernah beli buku on9 je..
nak beli baju... tak minat la..
aku lebih prefer beli apa yang ada depan mata.. baru puas hati..

tak pe la.. pasal baju tu.. reserve dulu..
raya pun lambat lagi..
kalau takde pun.. pakai je la baju tahun lepas.. hurmm.. dah habis pasrah la tu..

disamping baju raya..
aku dah semangat nak fikir biskut apa yang aku nak buat tahun ni..
biskut yang common untuk rumah aku..
semperit, tat nenas dan choc chip cookies.. memang wajib la..
kalau takde nanti menangis peminat-peminat biskut semperit rumah aku..
kang habis diorang selongkar dapur tak percaya yang kat rumah aku takde biskut semperit..
hahaha.. sangat hyperbola..

dan aku dah pun listkan beberapa jenis biskut yang aku rasa wajib dan interested nak buat..

semperit pelangi,
tat nenas... (favret ayah)
tat blueberry @ strawberry
tat choc..
choc chip cookies.. (favret nenek)
kuih gunting...(dah banyak tahun tak sempat nak buat)
biskut cornflakes coklat.. (favret kimi)

so, insyaAllah.. kalau umur panjang tahun ni dapat jumpa Ramadhan lagi.. sangat rindu suasana Ramadhan..
Ramadhan tahun ni kalau diizinkan dan takde keuzuran aku niat nak sama-sama penuhkan jemaah terawih di masjid.. insyaAllah..

lepas Ramadhan.. Syawal pulak... agak-agak tahun ni ada tak orang yang nak bagi aku duit raya lagi.. macam tahun lepas??... hahahahaha...


Sunday, June 23, 2013

suka baca blog Acik!

beberapa hari lepas aku sempat terbaca post dari blog Acik. tak dinafikan aku suka baca tulisan beliau yang penuh dengan input.. and sometimes mampu buat aku terfikir banyak kali tentang apa yang dia tulis itu.. bukan sebab tak percaya, tapi.. sebab teras dekat dihati..

setiap orang ada cerita mereka yang tersendiri.. disebalik gelak tawa dan sifat ceria.. pasti ada sesuatu yang disimpan dihati.. dan sesungguhnya orang yang ceria itu adalah orang yang bijak.. bijak menyembunyikan segala cerita yang mungkin sukar diluahkan dengan kata-kata.. betol tak? so that, jika kita merasakan kita ada masalah yang berat yang simpan dalam hati.. kita harus ingat bahawa ada orang lain yang mempunyai masalah yang lebih berat tapi mereka bijak menyembunyikan apa yang mereka rasa.. : )

sifat ego memakan diri? memang aku tak nafikan perkara tu..ego untuk mengaku atau meluahkan meluahkan sesuatu.. adakalanya kita tak dapat nak bezakan antara keperluan meluahkan, rasa malu untuk meluahkan,dan tak tau macam mana nak meluahkan, sampai satu masa, bila peluang tu dah tak ada, baru kita sedar yang kita sebenarnya ego!.. dan pada waktu tu sifat ego dah pun makan diri kita..

aku suka pada orang yang tahu hormat orang lain.. dan aku rasa tak perlu ada sebab kenapa kita perlukan ada sifat hormat-menghormati.. as long as kita tahu kita patut hormat hak individu sebagai seorang hamba Allah dah cukup dijadikan alasan untuk kita menghormati semua orang yang kira umur yang mungkin lebih muda, tak kira pangkat yang mungkin lebih rendah dan tak kira bangsa yang mungkin berlainan dari kita.. sebab kita harus ingat satu masa nanti kita semua akan berkumpul tanpa mengira darjat, pangkat atau siapa kita didunia ini.. : )

sekian~

# all that i write here are my general opinion based on my reading at Akupenghibur.com wicis blog acik.. chiao~



Saturday, June 22, 2013

semua ni ada hikmahnya..

hurmmm...
actually aku tak ingat aku ada story atau tak pasal exam tu kat blog ni.. malas plak nak selak entry lama..  so, continue je la.. 
last month aku ada sit on 1 exam under SPA.. 
exam apa??.. tunggu la kalau rezeki aku dipanjangkan nanti aku cerita..
cerita sekarang tak surprise la kan.. 
lagipun takmo la hebahkan benda yang tak pasti..
takut nanti takde rezeki.. aku plak yang kecewa sebab dah excited bercerita.. hihihi

malam tadi aku buka FB, 
then terbaca status kawan aku di kelantan..
walaupun dah jadi bos,  dia tetap nakkan kerja tu.. 
katanya "ma aku nak sangat aku masuk gomen"
but, finally, dia kecawa sebab dia gagal exam tu.. 
eh, result dah keluar ke??
tetiba rasa berdebar plak.. 
kenapa? coz kawan aku tu kira lebih hebat la dari aku.. 
then, kalau yang hebat pun boleh fail.. macam mana plak dengan aku??

kalau sebelum ni aku tak kisah sangat pasal kerja lain..
but, disebabkan hal yang jadi sepanjang minggu ni buat aku terasa sangat mengharap dengan exam ni.. 
rasa macam nak ambil balik exam ni.. buat betol-betol.. takmo kelam kabut macam haritu.. isk3

tak kisah la jawatan sama pun.. asalkan bukan tempat yang sama..
siapa suruh tak update kan..

dengan lafaz bismillah aku semak result aku..
......berdebarnye.....
...... masukkan nombor ic.....
dalam kepala hanya fikir... "takutnye... min dah fail, fakhzan pun dah fail, ntah-ntah aku pun fail jugak..isk3"
...............................................
...............................................

'tahniah! anda LULUS ujian yang telah diadakan pada 18/5/2013' 

......................................................
......................................................
terkedu sekejap... 
Alhamdulillah..
ada rezeki aku untuk tahap yang pertama ni.. 
sangat tak sangka... bila ingat macam mana aku menjawab exam haritu...

just berharap rezeki aku dipanjangkan sebab aku tahu semua ni ada hikmahnya..
pengambilan untuk jawatan ni guna kaedah profiling... so tak boleh terlalu confident la kan.. 
apapun ini dah cukup buat aku senyum sepanjang hari.. hehehe.. 

**demam semakin oke.. sebab aku rajin makan ubat ^_^
**dalam diam rupanya aku dah apply kerja baru kat 5 tempat.. betol-betol tekad ni..  

sabar je la..

terasa lama sangat tak 'berbicara' kat blog ni.. 
alhamdulillah.. selesai sudah 'berkampung' kat morib tu.. 
everything goes well.. but my mood spoil dipertengah jalan.. 
sampai hilang selera makan dan demam dibuatnya.. 
=,='
thanks for the person who tell me about all this..
tak sangka selama ni aku innocent je senyum keramahan bila jumpa dia rupanya terlalu banyak benda yang dia tak puas hati dengan aku.. tetiba rasa macam orang b****h plak.. 
pasal jawatan, pasal lelaki.. apa ni????
after mendengar segalanya, terus rasa macam tak sanggup nak terus berkhidmat kat situ.. 
hurmmm, sungguh i'm not strong enuf..

selama aku kat sini tak pernah tahu pun yang aku ni dituduh perampas.. 
apa yang aku rampas?
job ni?? dah ini rezeki aku, mana la aku tahu yang dia sebenarnya dari dulu nakkan job ni..
lagi pun dulu aku tak kenal pun siapa dia.. 
salah aku ke? 
selama ni aku ingat dia masam muka dengan aku hanya sebab that guy.. 
haaa... yang tu pun satu.. 
eiiiiiiii!!!!!!
kenapa la mesti aku terlibat dalam hal ni??

aduhhhh... 
that guy pun satu.. 
admire dia punya la cun.. kenapa dia cari aku?
dah puas bercakap baik.. takkan nak tunggu aku berkasar kot?
pastu saja je nak buat orang tu jeles, bagi aku coklat banyak-banyak..
apa motif?? 

ni la salah satu sebab yang buat aku fikir lagi baik aku macam ni. 
biar lah apa orang nak cakap.
sebab aku belum jumpa orang yang aku yakin dapat membuat aku terasa senang hati. 

Tuesday, June 11, 2013

hurmmmm...

terasa macam lama sangat tak update blog ni..
kemalasan melanda..
huhuhuhu...

hurmm..
lately aku terasa terbukak hati nak cari kerja baru..
even mama macam berat hati je.. coz takut aku dapat kerja jauh.. then again kena tinggalkan mama lagi..
but... aku terasa.. tak salah kot kalau dapat offer yang lagi better.. untuk future aku gak.. just make a try..

# offer yang best banyaknye kat sabah sarawak je.. camne ni??

Saturday, June 8, 2013

kembali masuk dapur.. :P

lama tak cuba resipi baru..
whip cream pun dah sedia dicairkan..
bahan-bahan lain pun dah check pagi tadi.. semua ada...
so, hari ni niat nak buat crepe la..
bahan untuk filling pun macam-macam ada..
coklat crepe, manggo crepe, oreo crepe..
hopefully sedap dan semua suka... aminnn~








#looks yummy rite!!..

kereta ayah kena langgar

awal pagi bumi dah disimbahi rahmat Allah.. 
Alhamdulillah, segar pokok-pokok disiram hujan pagi hari.. 
semoga kita juga segar dan ceria hari ni.. 

tapi aku, 
awal pagi dah on sad mood.. 
maybe sebab terlalu banyak mengeluh kot.. 
huhuhu.. 

semalam bumper belakang kereta ayah kemek kena langgar..
ayah mengeluh.. kereta lagi..
sebabnya kereta tu erry yang bawak.. huhuhu
setiap kali dia bawak kereta mesti ada je problem.. 
prob kereta dia tak setel lagi.. ni tambah plak kereta ayah..  
even aku tengok cikit je kemek tu.. tapi bila siap, melayang gak 600 lebih..
nasiblah erry.. huhu

thats why aku prefer lagi bawak motor.. 
biarlah orang nak cakap apa.. 
tak cekap bawak kereta ke.. apa ke.. 
malas nak fikir.. janji aku selamat nak pergi memana.. 
selagi belum mampu, diam-diam je.. 
cukup la apa yang ada.. 

even hakikatnya bukan aku tak boleh amik je kunci dan bawak je pergi memana aku suka.. 
bukannya orang lain.. 
tapi.. tak reti la nak buat macam tu.. 
pada aku, milik orang tetap milik orang.. kenalah respect harta orang kan..
tak kira la siapa.. walaupun famly.. 
maybe sebab pengalaman kena marah kot.. so aku jadi tak berani.. 
huhuhuhu.. 

hurmmm.. kenapa aku sensitif sangat hari ni.. 
cerita pun benda-benda taching je..  
sometimes orang tak faham kenapa kita buat sesuatu perkara tu.. 
coz mama selalu gak marah sebab aku tak suka nak bawak kereta, so, bila nak pergi mana-mana kena ajak ayah @ tunggu erry balik. .. 
takpe la.. tunggu la aku beli kereta nanti.. insyaAllah.. elly akan bawak mana je mama nak pergi.. : )


 

marahkan diri sendiri puas-puas

haa.. buat lagi..
mintak maaf then buat lagi..
hurmmm...
sebelum buat tak sedar..
dah buat baru nak menyesal!!

tapiii~~
Aduh, susahnya.. bila keinginan dan kemampuan tak seiring sejalan..
hati terlalu ingin, even tak mampu pun tetap nak jugak..
maybe i should put aside 'me' in this situation.. more think for others,
kalau tak mampu, cakap je tak mampu..
hurmmm..
baru sesekali nak fikirkan diri sendiri jadi camni plak.. hailaa~~
n now, rasa guilty giler.. hurmmm

Lisa.. Lisa..
jangan la fikir semua orang macam engkau..
don't be too positif..
now,dah banyak kali kot... still nak positif lagi??

mintak maaf memang la mudah..
tapi hati yang tersinggung sometimes susah gak nak ubat..

##  hurmmm... ok.. little bit emo here..
but, i'm just hated with all i have done..
hurmm.. tak mo la mesej dah.. nanti aku buat lagi.. :'(




Friday, June 7, 2013

keletihan melampau

tersedar pukul 3 pagi,
baru teringat... Ya Allah..
Lisa.. Lisa.. haishhh~
Mulalah nak marahkan diri sendiri..
memang patut pun..
padan muka Lisa!!

mula menyedari,
Lately terasa diri ini macam orang sakit pun ada... aku sakit ke??
dua tiga hari ni ofismate pun cakap muka aku nampak pucat..
dan aku pun kerap rasa keletihan.. tahap melampau..
padahal aku kerja ofis je.. tapi penat mengalahkan orang yang kerja bina KLCC..

terasa macam nak pergi jumpa doc..
tapi kalau jumpa doc pun nak cakap pe kat doc tu ek?
takkan nak cakap "doc, saya penat".. huhuhu

then aku terfikir untuk search dulu kat internet..
'keletihan melampau'.... loading sambil tunggu result yang keluar..
then tengok 3 article yang relate dengan problem aku..
ok...
ada beberapa amalan yang patut aku amalkan untuk mengekalkan tenaga.. huhuhu..
1.   sentiasa makan sarapan pagi - yang ni memang aku sangat ambil berat.
2.   makan sedikit tapi kerap - yang ni pun memang aku amalkan, setiap masa kalau boleh aku nak makan, hihihi.. sebabnya aku memang suka makan..
3.   bersenam - sedang berusaha untuk merajinkan diri bersenam.
4.   makan makanan tinggi tenaga - yang ni aku selalu ambil berat gak, selalu je aku beli susu, cheese cake lover, yogurt pun suka gak and aku gak selalu je makan ikan, ayam and semua sumber protein
5.   minum air - ermmmm... yang ni susah sikit.. tapi lately aku cuba untuk merajinkan minum banyak air.. paling banyak 1 hari pun 1 litre je mampu.. uhuk uhuk uhuk
6.   minum jus - yang ni aku suka.. bagi la jus apa sekali pun.. semuanya aku suka
7.   kurangkan pengambilan kefein - yang ni memang aku totally kurangkan..
8.   vitamin - ada je aku amik.. makan buah pun vitamin gak kan?

so, yang mana satu yang terkurang ni? sampai aku mengalami sindrom keletihan melampau ni??
maybe aku patut makan lebih sikit.. coz mama pun cakap camtu.. huhu

Monday, June 3, 2013

Jangan izinkan aku jatuh cinta andai masanya belum tiba

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.



Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu bersamanya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Aminn..

adakah itu dinamakan kesetiaan?

Ada orang mengatakan.. segala yang berlaku adalah 1 kesetiaan..
Betol ke setia?
Andai kesetiaan itu wujud.. tak mungkin akan ada pengganti..
Andai benar setia itu wujud..tak mungkin aku akan sakit lagi..

Jika satu masa dahulu, segala cerita dikongsi,
Suka duka.. segala masalah diluah lega..
Tangisku disembuh, tawaku disambut..
Rajukku ada yang pujuk, marahku ada yang menenangi..
Menerima aku seadanya aku..
Tanpa ada alasan..

Dan bila segalanya direntap..
Hilang..
Sentap..
Aku hilang punca..
Perginya tiba-tiba..
disaat aku tak sedia..
Sejak itu segalanya berubah..

Tiada teman bercerita.. disaat adanya dia, aku mampu bercakap tanpa henti, terasa bagai setiap saat ingin dikongsi..
Tiada dia yang sabar melayan usik nakal aku yang suka bergurau.. 
Tiada dia yang setia mendengar semua masalah aku.. aku yang dia kenali sangat mudah menangis, dan dia yang aku kenali sangat setia memujuk dan menenangkan disaat aku memerlukan tanpa mengira masa..

Dan dia telah pergi..
Membawa bersama segalanya..
Yang tinggal.. kosong..

Terasa kosong bila tiada teman untuk bercerita, dah tak reti nak bercakap banyak, menyendiri lebih selesa..
Terasa kosong bila tiada orang yang mampu sabar melayan usik tawa aku, rasa macam tiada yang sudi untuk mendengar..
terasa kosong bila tiada yang mampu membuat aku percaya untuk bercerita segalanya, hanya mampu simpan mnjadi rahsia dihati..

sampai satu masa terciptanya blog ini.. 
mengantikan dia.. 
tempatku bercerita, meluah segala walaupun bukan semua..

tanpa dia aku belajar jadi kuat, 
tanpa dia aku belajar jadi serius, 
tanpa dia aku belajar jadi tak mudah menangis dan tak mudah mengalah, 
hikmahnya aku jadi lebih matang.. 
ditambah dengan faktor usia.. 

aku seorang yang setia ke?
aku tak mampu jadi sesetia dia.. 
memenuhi janji menyayangi hanya aku sehingga akhir hayat.. 

cukuplah jika aku katakan aku cuba menghargai kesan kehadiran dia dalam hidup aku.. 

dan selagi aku masih membenarkan dia untuk berada dalam hati.. selagi itu aku akan cuba hargai.. 
sebelum sampai masa untuk aku meninggalkan dia dalam kotak kenangan dan pergi menjadi setia untuk yang selayaknya.. 

Saturday, June 1, 2013

janji Allah itu pasti.

bila dua tangan menutup dua mata, 
telinga masih mampu untuk mendengar..
dan bila dua tangan cuba menutup dua telinga, 
mata tak mampu untuk terus melihat..
itu mengajar kita untuk tidak lari dari kenyataan..

tipu la kalau kata tak mahu.. 
tapi, siapa aku nak melawan takdir.. 
semua tu kerja Maha Esa..

Memang kita perlu berusaha..
dan aku juga berusaha..
cuma usaha aku orang tak nampak..

yang baik hanya pasti akan dapat yang terbaik..
dan semua orang mahukan yang terbaik..
tapi adakah diri sendiri itu cukup baik untuk yang terbaik?

penat mendengar..
tak sanggup melawan..
sedih bila memikirkan..
keinginan orang-orang tersayang..

seusai solat belum pernah aku terlupa..
untuk berdoa..
segala yang terbaik..
bukan hanya untuk aku..
tapi untuk mereka yang tersayang..
kerana bahagia aku bersama mereka..
gembira aku ada pada mereka.. 

yang aku mahu dan yang aku harap..
DIA mendengar setiap doaku..
dan memberi aku kekuatan..
agar aku mampu untuk menggembirakan mereka..

InsyaAllah, 
janji Allah itu pasti..