Monday, May 20, 2013

kesan sampingan selepas berhenti merokok

tabiat merokok sangat sinonim dengan kaum adam.. tanya je mana-mana lelaki.. majoriti akan cakap diorang adalah seorang perokok..
sejujurnya dulu aku tak ada masalah pun dengan seorang perokok.. cuma.. sekarang, selepas kenangan tu.. aku jadi sangat sensitif dengan isu rokok ni dan bila aku belajar tentang rokok, banyak efek negatif yang aku jumpa dalam rokok ni..
Alhamdulillah, dalam family aku, takde siapa yang merokok.. family mama dan ayah pun bilangan saudara yang merokok pun boleh dibilang dengan jari..
sambil-sambil buat kerja diofis, rasa mengantuk la plak.. maybe sebab malam tadi kot.. tak kisah la.. yang penting aku rasa tenang.. kata mama.. "bila tak boleh tidur malam, rajin-rajinlah buat solat-solat sunat.. jangan sombong dengan Allah"..bukankah 'bercerita' dengan Allah lagi puas dari 'bercerita' dengan manusia.. Alhamdulillah, aku rasa ketenangan itu..
sambil -sambil hilangkan rasa mengantuk, aku buka internet.. aku jumpa 1 artikel yang aku rasa penting dan patut diambil tahu untuk sesiapa saja yang mahu berhenti merokok.. so, here, aku share apa yang aku dah baca :



Kesan Sampingan Selepas Berhenti Merokok
berhenti merokok Kesan Sampingan Selepas Berhenti Merokok

Berhenti menghisap rokok mungkin menjadi satu masalah besar bagi dah ketagihan candu tersebut. Pastinya ada kesan sampingan setelah anda berhenti menghisap rokok. Jangan menyerah sekali pun harus menghadapi semua kesan sampingan ini. Tubuh pasti akan memberi respon positif ketika seorang perokok cuba menghentikan kebiasaan tabiat buruknya itu. Tubuh perlahan-lahan akan memperbaiki diri hingga benar-benar tidak lagi rasa perlunya racun rokok.
Berikut adalah kesan-kesan yang akan muncul sewaktu berhenti dari merokok. Kesan ini biasanya akan berlangsung sekitar dua hari sampai lebih dari dua minggu atau berbulan:
# Depresi atau perasaan sedih, putus asa, atau rendah diri mungkin dialami. Dalam keadaan sebegini, seseorang mesti dijauhkan dari lingkungan perokok dan perlu diberikan sokongan positif.
# Pemarah. Saat ini mungkin akan muncul perasaan mudah marah.
# Perubahan mood yang tidak tidak tentu pasal. Mood menjadi tidak jelas untuk ditafsirkan. Tiba-tiba emosi, marah, gembira, gelisah, dan mood lainnya datang akibat tubuh menginginkan nikotin.
# Tidak sedap badan. Puncanya adalah terjadinya proses pembuangan yang dilakukan oleh tubuh. Selama merokok, nikotin akan mengalir laju oksigen dan nutrisi ke seluruh tubuh. Dan kini, tubuh akan membuatkan semua berjalan seperti biasa tanpa nikotin.
# Usus meragam. Mungkin akan muncul krem, mual, perut kembung dan sembelit. Lakukan senaman dan makan serat untuk mengimbangi masalah ini.
# Masalah hidung dan tekak. Hidung dan tekak akan berusaha menghilangkan lendir dan terakumulasi selama masa merokok. Untuk detoksifikasi bahagian tubuh ini, mungkin Anda mengalami batuk, tekakn kering, dan mulut kering. Cukupkan minum air untuk masalah tersebut.
# Nafsu makan meningkat. Hilangnya racun rokok secara berperingkat boleh menggalakan rasa lapar. Ambil makanan rendah kalori dan sihat, serta air yang mencukupi untuk tubuh Anda.
# Sakit kepala. Keluarnya nikotin turut mengundang sakit kepala. Pijit dan beristirehatlah dikala hal ini terjadi. Jangan lupa untuk minum dengan secukupnya dan mandi dengan air panas atau hangat.
# Kurang tidur. Proses berhenti merokok juga dikaitkan dengan masalah susah tidur. Untuk sementara, jauhi dulu kopi mendekati waktu tidur dan biasakanlah bersenam.
# Berpeluht dingin dengan tangan dan kaki gementar. Ini seperti kesan ketagihan dadah. Jangan menyerah dan bertahanlah hingga kesan kecanduan benar-benar hilang.
# Mengalami masalah kulit. Kulit akan berangsur pulih ke adaan yang lebih baik. Selama menuju proses tersebut, mungkin Anda sedikit mengalami masalah jerawat, lidah, atau mulut. Ini hanyalah proses peralihan.  


hurmmm... bila baca.. apa yang mampu aku cakap hanyalah "oooowwwwhhhh... patut lah"..
dan bila aku baca komen dari orang-orang yang baca artikel ni yang majoritinya lelaki, semuanya bagi komen diorang susah untuk berhenti merokok.. rasanya hanya orang yang mengalaminya je yang tahu macam mana keadaan nak berhenti merokok tu kan..tapi, kalau sesuatu perkara tu baik untuk diri dan masa depan kita rasanya tak salah kalau kita berusaha.. peace!!! (^_^) v

7 comments:

  1. Thx.. bru start quit sejak 1st ramadhan hari tu.. still bertahan untill now.. doakan saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome.. saya just share apa yang saya rasa baik.. insyaAllah.. congrats n hopefully terus istiqamah sampai bila2..

      setiap yang kita lakukan semua bermula dengan niat..

      chaiyo2!!! ^_^

      Delete
    2. skrg dah stop mrokok tp ntah apa yg dnyatakan d atas ada yg brlaku pada sy. kdg emosi tganggu. perasaan takut, mcm2 main kat fkran. kdg rasa bdebar2. mgkn nilah kesannya. bla dah ketagih rokok n berhenti.

      Delete
    3. Saya ada kawan yg rasa kesan yg lebih kurang sama. Rasa berdebar n emosi terganggu..
      Banyak luangkan masa dgn wat aktiviti berfaedah., insyaAllah

      Sudah hampir setahun.., tahniah. ^_^

      Delete
  2. Dah 17 hari stop emosi rasa tertekan. Adakah ini salah satu kesan sampingan berhenti merokok.

    ReplyDelete
  3. Salam semua nak tnya sya dh berhenti merokok dlm 2 bulan lebih,kesan yg sya alami kdg2 nafas pendek,berdebar2 chest pain cuma skjp sahaja,pening2 ada kah itu kesan dri sya berhenti merokok?

    ReplyDelete