Thursday, May 30, 2013

"kakak nak pergi tolong tak?"

lately serious sangat penat..
balik je rumah rasa macam takmo keluar rumah dah..
nak rehat je puas-puas..

weekend ni ada kenduri kat kampung..
pagi tadi ayah dah tanya...

"bila kakak nak pergi tolong kat sana?"

"haa?? ermmm... ermmm.. nanti la, malam ni ada tahlil kan?.. tengok la, elly banyak kerja la.. kalau tak penat, malam ni elly pergi.. kalau tak, elly pergi esok je la"

tetiba mama plak backup

"kalau kakak tak mahu datang malam ni, datang esok pun takpe, malam ni bukan ada apa pun"

lain macam je bunyi... huhuhuhu aku engok mata ayah menjeling je..

"takpe la.. kalau takde pape, malam ni elly pergi"

tu je la untuk hari ni.. :)

Tuesday, May 28, 2013

cinta high class


Alhamdulillah,
finally tamat juga baca novel ni..
almost 2 months baca... baru laa ni nak habis.. ishhh3... lamanyeeee
sampaikan before ni adik aku asyik bercakap je bila dia nampak aku asyik pegang buku ni,
tengok tv pengang buku ni, baca 1 muka, mata terus alih tengok tv..
duduk depan rumah pun pegang buku ni.. baca 2 muka, terus tutup sembang-sembang dengan family..
duduk dalam bilik pun pengang jugak.. baca 6 muka (lebih cikit)... then terus tidur... huhuhu..
dan selama 2 bulan lebih ni jugak adik selalu tegur...
"tak habis lagi ko baca buku tu kak?"
"belom".... sambil buat muka tak tahu je..
"ko baca ke mengeja?"
"hihihihihihi...".... sambil buat muka secomel yang mampu




actually aku tak kisah pun berapa lama masa aku ambil untuk baca 1 buku tu.. yang penting aku baca sampai habis..




novel cinta high class karya Ustazah Fatimah Syarha binti Mohd Noordin dan aku mencintaimu kerana agamamu karya Dr. Farhan Hadi bin Mohd Taib.

 

aku bukanlah seorang yang bijak mengomen pasal karya orang lain.. terasa diri ini tak layak nak komen hasil penat lelah orang lain..

tapi.. pada aku novel ni sangat menarik.. cara penyampaian yang sesuai dengan konsep novel tarbiyah.. dan yang paling penting mesej yang cuba disampaikan.. aku suka!!

novel 2 in 1.. gabungan dua novel..
penceritaan dari kaca mata lelaki dalam "aku mencintaimu kerana agamamu"
dan dari kaca mata wanita dalam "cinta high class"
bila digabung..
jadilah cerita yang perfect dan sangat indah..

terlalu banyak mesej yang cuba disampaikan
disamping memberi inspirasi untuk aku menjadi muslimat yang lebih baik..
insyaAllah..


memilih teman

Kata Luqman Al-Hakim kepada anaknya,

 “Jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah. Jika dia tidak sabar dengan sikapmu itu jauhilah dia,”

Sunday, May 26, 2013

:)

 

sumber: gossip blog.. maybe from fazura's instagram.. ihiks..
#duduk diam-diam.. fikir senyap-senyap.. 

operasi dusty pink

still about wedding.. 
dan kali ni preparation plak.. 
preparation apa?
cari baju.. 
aduusshhh... seminggu je lagi.. 
(sekali baca macam cerita preparation untuk wedding sendiri.. hahaha.. tumpang lalu~~)

waktu jumpa dengan sedara mara time majlis nikah boboy.. my kazen tanya.. 

"melly, ko dah jumpa ke baju keler yang boboy bagitau tu?"
"dusty pink kan? belom la.. takde masa la nak cari.. aku nak pakai keler lain boleh tak?"
"alaaaa.. tak best la nanti.. mira dah beli.. ika pun cakap dia tengah cari, aku esok kot nak cari sebab esok afiq pun cuti.. cari tau"
"ermmm... insyaAllah.. tapi kalau tak jumpa, aku pakai merah boleh tak.. menyerlah sikit dari korang.. hahaha"

so now, nak tak nak kena usaha juga untuk cari baju warna dusty pink.. 




nak pergi tempah pun confirm tak sempat.. lagi-lagi sekarang ni orang dah sibuk tempah baju untuk raya.. 
so mana dan bila nak cari ni?? 

# antara 3 gambar tu, aku suka yang no 2.. simple je.. pakai dengan shawl mesti cun.. kat banting ni ada tak jual yang macam tu? huhuhu

kenduri kawen.. kenduri kawen..

Dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah...

Alhamdulillah, selesai juga weekend yang memenatkan ni.. this weekend merupakan  wedding weekend,  siang malam ada je kenduri kawin yang nak kena attend... dan rata-rata dlm blog, dlm fb ramai yang post pasal kawin.. biasa la tu.. tengah musim cuti sekolah kan.. dan aku pun tak lepaskan peluang tuk memenuhi jemputan 12 rumah dihujung minggu ni.. rekod terbanyak setakat ni.. hihi

this weekend juga ila (mama's side), dan boboy (ayah's side), masing-masing dah pun bertukar status.. pada hari yang sama dan majlis nikah pun pada waktu yang sama.. selepas asar.. congrats to them and their spouse.. hope they will be happy till jannah and be a good wife and husband.. aminnn  

memandangkan belah mama dan ayah masing-masing ada kenduri, so terpaksalah berpecah.. dan aku? sebolehnya takmo jadi berat sebelah.. takut nanti diselubungi rasa bersalah.. so, to be fair.. aku langsung tak balik mana-mana kampung.. huhuhuhu.. jaga rumah je.. tu pun mama dan ayah asyik call je.. takut aku tak berlaku adil letew.. hahahaha...
tapi lastnye, aku pergi jugak majlis nikah boboy.. tu pun sebab dekat dengan rumah.. tapi aku still be fair tau coz aku tak balik kampung.. hihi..
disebabkan aku dah pergi majlis nikah boboy, so untuk kenduri aku pergi kenduri ila.. baru adil kan?
lagipun minggu ni boboy side perempuan, next week baru side lelaki..

bila menghadiri kenduri.. berjumpa dengan ramai orang.. pada yang mengenali pastinya akan menegur dan bertanya khabar.. dan bila ada yang perasan kehadiran aku disisi mama dan ayah.. pasti akan ada yang bertanya.. "yang ni bila lagi?".. "rumah ina bila plak nak menjemput?".. dan minggu ni total ada 4 orang bertanya soalan yang spesis macam tu.... siap kira lagi tu kan.. mampu dengar dan senyum je la..





Wednesday, May 22, 2013

amazing moment in life




baca sambil senyum sorang-sorang... hahahaha...
yes, i admit it.. and i can feel the amazing moment!!!!... hahaha

which moment that i really enjoy the amazed feel? of course la yang no 2, 10 and 13... hehehe
besides that, i also enjoy the no 5, 7, 9,11,12,14,and 15 as my great time..
the rest?? 
tak pernah terfikir akan kepuasan di situ... hihihi

tapi.. memang tak dinafikan, bila kita stress, ada problem, atau penat..
akan ada sesuatu perkara yang kita lakukan dapat membuatkan kita release everything..
and that's will be the best feel we ever had..

dan kalau aku.. hanya makan, tidur dan shopping yang dapat me'release'kan apa yang aku rasa...
waaaa... nikmatnye.. hihihihi (^_^)v

Monday, May 20, 2013

kesan sampingan selepas berhenti merokok

tabiat merokok sangat sinonim dengan kaum adam.. tanya je mana-mana lelaki.. majoriti akan cakap diorang adalah seorang perokok..
sejujurnya dulu aku tak ada masalah pun dengan seorang perokok.. cuma.. sekarang, selepas kenangan tu.. aku jadi sangat sensitif dengan isu rokok ni dan bila aku belajar tentang rokok, banyak efek negatif yang aku jumpa dalam rokok ni..
Alhamdulillah, dalam family aku, takde siapa yang merokok.. family mama dan ayah pun bilangan saudara yang merokok pun boleh dibilang dengan jari..
sambil-sambil buat kerja diofis, rasa mengantuk la plak.. maybe sebab malam tadi kot.. tak kisah la.. yang penting aku rasa tenang.. kata mama.. "bila tak boleh tidur malam, rajin-rajinlah buat solat-solat sunat.. jangan sombong dengan Allah"..bukankah 'bercerita' dengan Allah lagi puas dari 'bercerita' dengan manusia.. Alhamdulillah, aku rasa ketenangan itu..
sambil -sambil hilangkan rasa mengantuk, aku buka internet.. aku jumpa 1 artikel yang aku rasa penting dan patut diambil tahu untuk sesiapa saja yang mahu berhenti merokok.. so, here, aku share apa yang aku dah baca :



Kesan Sampingan Selepas Berhenti Merokok
berhenti merokok Kesan Sampingan Selepas Berhenti Merokok

Berhenti menghisap rokok mungkin menjadi satu masalah besar bagi dah ketagihan candu tersebut. Pastinya ada kesan sampingan setelah anda berhenti menghisap rokok. Jangan menyerah sekali pun harus menghadapi semua kesan sampingan ini. Tubuh pasti akan memberi respon positif ketika seorang perokok cuba menghentikan kebiasaan tabiat buruknya itu. Tubuh perlahan-lahan akan memperbaiki diri hingga benar-benar tidak lagi rasa perlunya racun rokok.
Berikut adalah kesan-kesan yang akan muncul sewaktu berhenti dari merokok. Kesan ini biasanya akan berlangsung sekitar dua hari sampai lebih dari dua minggu atau berbulan:
# Depresi atau perasaan sedih, putus asa, atau rendah diri mungkin dialami. Dalam keadaan sebegini, seseorang mesti dijauhkan dari lingkungan perokok dan perlu diberikan sokongan positif.
# Pemarah. Saat ini mungkin akan muncul perasaan mudah marah.
# Perubahan mood yang tidak tidak tentu pasal. Mood menjadi tidak jelas untuk ditafsirkan. Tiba-tiba emosi, marah, gembira, gelisah, dan mood lainnya datang akibat tubuh menginginkan nikotin.
# Tidak sedap badan. Puncanya adalah terjadinya proses pembuangan yang dilakukan oleh tubuh. Selama merokok, nikotin akan mengalir laju oksigen dan nutrisi ke seluruh tubuh. Dan kini, tubuh akan membuatkan semua berjalan seperti biasa tanpa nikotin.
# Usus meragam. Mungkin akan muncul krem, mual, perut kembung dan sembelit. Lakukan senaman dan makan serat untuk mengimbangi masalah ini.
# Masalah hidung dan tekak. Hidung dan tekak akan berusaha menghilangkan lendir dan terakumulasi selama masa merokok. Untuk detoksifikasi bahagian tubuh ini, mungkin Anda mengalami batuk, tekakn kering, dan mulut kering. Cukupkan minum air untuk masalah tersebut.
# Nafsu makan meningkat. Hilangnya racun rokok secara berperingkat boleh menggalakan rasa lapar. Ambil makanan rendah kalori dan sihat, serta air yang mencukupi untuk tubuh Anda.
# Sakit kepala. Keluarnya nikotin turut mengundang sakit kepala. Pijit dan beristirehatlah dikala hal ini terjadi. Jangan lupa untuk minum dengan secukupnya dan mandi dengan air panas atau hangat.
# Kurang tidur. Proses berhenti merokok juga dikaitkan dengan masalah susah tidur. Untuk sementara, jauhi dulu kopi mendekati waktu tidur dan biasakanlah bersenam.
# Berpeluht dingin dengan tangan dan kaki gementar. Ini seperti kesan ketagihan dadah. Jangan menyerah dan bertahanlah hingga kesan kecanduan benar-benar hilang.
# Mengalami masalah kulit. Kulit akan berangsur pulih ke adaan yang lebih baik. Selama menuju proses tersebut, mungkin Anda sedikit mengalami masalah jerawat, lidah, atau mulut. Ini hanyalah proses peralihan.  


hurmmm... bila baca.. apa yang mampu aku cakap hanyalah "oooowwwwhhhh... patut lah"..
dan bila aku baca komen dari orang-orang yang baca artikel ni yang majoritinya lelaki, semuanya bagi komen diorang susah untuk berhenti merokok.. rasanya hanya orang yang mengalaminya je yang tahu macam mana keadaan nak berhenti merokok tu kan..tapi, kalau sesuatu perkara tu baik untuk diri dan masa depan kita rasanya tak salah kalau kita berusaha.. peace!!! (^_^) v

Sunday, May 19, 2013

mari belajar ilmu ikhlas



"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"
Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.
"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.

Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

Saturday, May 18, 2013

jawapan bagi soalan itu..

hari bertukar bulan..
setiap saat..setiap ketika..
apa yang aku rasa?

sehari tak mendengar berita..
aku rasa tak lengkap..
kenapa?

hati bagai mengiakan..
tapi perasaan tetap cuba menafikan..

aku cuba mencari jawapan..
cuba untuk berfikir..
tapi masih tak dapat jawapan..

kenapa dia tanya macam tu?
terasa ingin ku hebahkan
segalanya..
tapi tak terluah..
bimbang..
risau..
takut..
tak berani..
semuanya bersatu..

andai ia terluah..
apa yang akan berlaku?
adakah semuanya akan berubah?
 

little things by one direction

Your hand fits in mine
Like it’s made just for me
But bear this in mind
It was meant to be
And I’m joining up the dots with the freckles on your cheeks
And it all makes sense to me

I know you’ve never loved
The crinkles by your eyes
When you smile
You’ve never loved
Your stomach or your thighs,
The dimples in your back at the bottom of your spine
But I’ll love them endlessly

I won’t let these little things slip out of my mouth
But if I do
It’s you
Oh, it’s you they add up to
I’m in love with you
And all these little things

You can’t go to bed without a cup of tea
And maybe that’s the reason that you talk in your sleep
And all those conversations are the secrets that I keep
Though it makes no sense to me

I know you’ve never loved
The sound of your voice on tape
You never want
To know how much you weigh
You still have to squeeze into your jeans
But you’re perfect to me

I won’t let these little things slip out of my mouth
But if it’s true
It’s you,
It’s you they add up to
I’m in love with you
And all these little things

You’ll never love yourself half as much as I love you
And you’ll never treat yourself right, darling, but I want you to.
If I let you know I’m here for you
Maybe you’ll love yourself like I love you, oh.

And I’ve just let these little things slip out of my mouth
‘Cause it’s you,
Oh, it’s you,
It’s you they add up to
And I’m in love with you
And all these little things

I won’t let these little things slip out of my mouth
But if it’s true
It’s you,
It’s you they add up to
I’m in love with you
And all your little things


** one of my favo song.. kenapa aku suka lagu ni?? sebab.... best.. best.. dan best.. maybe untuk sesetengah orang, dia akan cakap lagu ni sangat bosan coz music dia yang slow.. but that's what i like..and  from my understanding,  it was meaningful.. LOVE IT!

selamat pengantin baru

Assalamualaikum..
Salam hujung minggu..

apa aktiviti ujung minggu ni? hurmm.. aku jalan-jalan kat Alamanda dengan Erry and Fikri.. lama tak hang out dengan diorang..
Actually lama sangat tak datang Alamanda ni.. sebabnya sejak dapat tahu my ex kne tukat kat putrajaya ni.. tak berani dah nak datang sini.. takut terserempak.. huhuhu.. tadi pun mata meliar je.. huhuhu.. siap bagitahu kat erry lagi..

Aku : wei, aku takut la kalau terjumpa dia kat sini

Erry : Alaa.. wat xtau je..

Fikri : Watpe nak takut kak, ko kan ada 2 orang bodyguard ni.. klo nampak pun mesti dia tak berani dekat..

hahahaah... bangga aku dengan adik sendiri.. maka dengan itu aku pun jalan tengah-tengah diorang.. kata bodyguard kan.. hihihihi.. terserlah la kepoyoan aku bila diorang berdua sama tinggi dan aku jalan tengah hanya paras bahu diorang je.. hahahah

ok... back to the title of entry..
bila dihitung balik.. hari ini 18hb..
hari ni Fatin dan Sani akan bernikah.. begitu juga Ridhwan dan Khadijah..
hurmmm... dah kahwin dah diorang... fatin awal-awal lagi update gambar kat whatsapp.. untuk tatapan kawan-kawan yang tak dapat datang termasuk aku.. she looks so beautiful.. pelamin dia sangat cantik..
then balik je rumah terus bukak FB.. abang idir update gambar nikah ieja dengan wan... serba hijau muda.. sejuk mata memandang..
semoga diorang bahagia melalui bahtera rumah tangga.. saling sayang menyayang.. dan sentiasa dilimbahi berkat ilahi... insyaAllah.. :)
Selamat Pengantin Baru...

...

Thursday, May 16, 2013

rushing, mushing, and nothing... 0_o

Assalamualaikum...

lately terasa sangat la penat dan penat..dunno why.. bila tanya mama, mama cakap maybe sebab cuaca panas yang buat badan jadi cepat letih.. or maybe sebab efek dari gestrik haritu yang buat badan jadi lemah, biasanya seminggu baru hilang ni..

petang semalam erry ajak joging kat jugra.. so kitorang pergi empat beradik.. agak eksaited la coz dah lama tak joging kan, beside terfikir mana tahu kalau joging boleh kuatkan stamina ke.. hehehehe.. 

but, resultnye sangatlah men'dissapointed'kan.. sampaikan last night, after solat isyak.. time tu dah rasa tak larat sangat.. nak angkat tangan pun tak larat.. tanpa bukak telekung, aku terbaring atas sejadah.. Ya Allah.. wha's wrong with me?? handphone berbunyi.. ada mesej masuk.. dari dia.. balas macam biasa.. tapi... beberapa kali aku terlelap.. sampai la mama panggil.. mama suruh makan.. tapi aku nak bangun pun tak larat.. so, just jawab "taknak la, elly penat".. sampai la pukul 11.22pm.. baru aku larat nak bangun.. kenapa? sebab dah terasa lapar.. after minum milo baru terasa ok sikit.. huhu..


this morning aku terlewat bangun.. solat subuh pukul 7 pagi.. subuh dinasor tu.. ishhhhh~~..
and disebabkan keadaan yang sangat rushing sebab pagi ni ada perhimpunan..and tanpa sedar rupanya both my phone tertinggal.. hurmmm.. nasib la.. hope takde sape call aku sebelum pukul 12.30pm ni..

telatah murid-murid tadika

antara crita suka dan sedih masa tadika baru buka tu.....

crita satu - sesi berkenalan. 

cikgu : what is your name?
murid x : err...errr...
cikgu : what is your name?
murid x : tak tau...
cikgu : siapa nama adik?
murid x : nama saya roslan.

nota : kes tak faham bahasa inggeris.


crita dua - sesi berkenalan. 

cikgu : siapa nama adik?
murid y : marsha
cikgu : kamukan lelaki, kenapa nama perempuan.
murid y : itu nama adik saya. cikgu tanya nama adik.
cikgu : ok. siapa nama kamu?
murid y : kamal

nota : soalan kena betul. budak2 jawab mengikut ajaran ibubapa mereka.


crita tiga - sesi berinteraksi / penerangan

cikgu : murid2, dalam kelas siapa nak buang air besar beritahu cikgu. nanti cikgu bawakan.
murid z : cikgu, buang air besar tu apa?
cikgu : berak.
murid z : cakap la berak, kenapa buang air besar.
cikgu : ok. kalau nak berak, beritahu cikgu. nanti cikgu bawa pergi bilik air.
murid z : kenapa berak pergi bilik air cikgu, orang pergilah tandas.
cikgu : ok. siapa nak berak, bagitau, cikgu bawa ke tandas.

nota : cikgu sentiasa sabar dengan telatah murid2. didikan dirumah berbeza. murid2 perlu dididik dengan betul.


cerita empat - sesi beri makan

cikgu : murid2, semua pergi ambik minuman dan koko crunch masing2. kalau tak cukup, minta lagi dengan cikgu.
murid xyz : cikgu, kat rumah saya, koko crunch dah abis. ayah cakap tunggu gaji baru beli.
murid xxray : cikgu, saya tak pernah makan koko crunch. mak saya cakap mahal.

nota : anak2 sebesar ni terlalu naif. cakap ikhlas je walaupun ibubapa yg turut berada disitu jatuh air mukanya.

Selamat Hari Guru

Guru Malaysia : 1 inspirasi.. 1 agenda..
What's that?? of course la itu tema hari guru untuk tahun ni..

Bila sebut pasal hari guru.. biasanya murid-murid la yang paling eksaited.. especially murid sekolah rendah.. why? because time ni la masing-masing akan sibuk nak cari hadiah untuk dihadiahkan kat cikgu-cikgu kesayangan.. hadiah mahal atau murah itu belakang cerita.. yang penting rasa eksaited nak bagi hadiah tu.. itulah yang aku rasa time aku sekolah rendah dulu.. hihi

aku dulu last bagi hadiah hari guru time sekolah rendah la.. tak ingat bagi cikgu sape.. huhu.. time sekolah menengah ada gak.. tapi kitorang 1 kelas collect duit and bagi hadiah kat cikgu-cikgu on behalf of our class..

time hari guru... acara wajib.. af course la cikgu-cikgu menyanyi lagu guru malaysia tu kan? camne lagu dia??
ehem ehem... kaaaa...(tetibe kat luar bunyi guruh... T_T ) hihihihi
tapi aku memang suka dengar lagu tu.. kenapa? sebabnya zaman sekolah.. lagu tu hanya dapat dengar sekali je dalam setahun.. sangat eksklusive   eklusive esklusiv exclusive... (ok.. dunno how to spell it in malay.. sangat minah saleh celop.. ouuuchh! malu dengan cikgu BM)

setiap kali sambutan hari guru kat sekolah.. dah jadi kewajipan untuk diadakan persembahan dari murid-murid.. and sepanjang beberapa tahun bersekolah.. seingat aku 2 kali aku join wat persembahan hari guru.. ehem-ehem.. first time sekolah rendah.. kalau tak silap time darjah 5.. aku join boria.. hihi.. and the next time form 4.. time tu aku memang aktif dengan persembahan pentas.. and untuk hari guru, aku join koir.. everything for you cikgu!

and today aku rasa bangga sangat sebab pernah diajar oleh cikgu-cikgu yang sangat baik, penyayang, yang tak jemu layan kerenah aku yang sangat nakal dulu.. and insyaAllah aku takkan lupa semua kenangan aku dengan cikgu-cikgu since aku tadika sampai lah sekarang.

So here, aku nak ucapkan selamat hari guru to all my teachers in my life...
especially to cikgu-cikgu
Sekolah tadika PGA Ulu Kinta, Perak
Sekolah Kebangsaan Tanjung Rambutan, Perak
Sekolah Agama Rakyat PGA Ulu Kinta, Perak
Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta, Perak
Sekolah Menengah Teknik Ipoh, Perak

dan tak lupa juga kepada semua pensyarah..
Kolej Poly-Tech Mara, Kuala Lumpur
UiTM Kota Bharu, Kelantan.

And Special Thanks to cikgu dunia akhirat aku..
Mama dan Ayah yang jadi cikgu untuk subjek kehidupan aku selama 24 tahun lebih ni..
insan pertama yang mengajar aku bercakap, menyebut mama dan ayah,  membaca ABC, 123 dan alif ba ta.. sampailah aku mampu berdiri diatas kaki sendiri berbekalkan basic ilmu yang ada..


**semua orang mampu untuk mengajar.. tapi tak semua orang mampu jadi cikgu yang baik.. dan aku respek sangat dengan cikgu-cikgu dalam dunia ni.. sebab aku tak mampu jadi macam diorang.. meletakkan diri dalam hati anak murid sambil memberi ilmu demi masa depan mereka..
tugas guru antara tugas yang mulia.. bekerja sambil mengumpul pahala yang berpanjangan, disamping keikhlasan... Alhamdulillah..

terima kasih cikgu.. (sebak~~)

Sunday, May 12, 2013

Selamat hari ibu..... n ouuchhh!!!

First of all, Selamat hari ibu, especially to my lovely mama.. Y.M Puan Sri Sarinah binti Majidin.. tak lupa buat my sweet granny an all my maklong, angah, alang, andak, acik sue, and acik cikin.. seterusnya buat semua mama, amk, ibu, ma, umi, mummy yang ada dalam dunia ni.. love semua!!

like usual, setiap tahun sambutan hari ibu kat rumah wan.. biasanya setiap tahun semua adik beradik mama akan datang bawa makanan masing-masing dan makan sama-sama kat rumah wan.. cuma tahun ni special sikit.. ada BBQ.. tapi, makan-makan bawa dari rumah still on..

andak awal-awal dah request laksa kat mama.. sememangnya laksa mama terbaik.. lama tak makan laksa ni.. yummy!!

so, siang-siang lagi aku dah busy kat rumah.. weekend dimulakan dengan 'bersih'kan rumah, then mama pergi beli ikan kat econsave and aku plak prepare for lunch.. then terus sambung siapkan kuah laksa..

after siap semua..... penatnyeeeeeee... selepas solat zohor, aku terlelap sekejap.. adalah 10 minit.. then terjaga sebab dengar suara kimi marahkan fikri kat bilik sebelah.. macam-macam la diorang ni... grrrr~

aku tengok jam.. dah pukul 3.45 petang.. baru sedar aku belum lunch lagi.. patut la lapar.. pagi tadi pun makan sikit sangat.. tak selera.. sejak akhir-akhir ni tak tahu kenapa, macam takde selera nak makan.. kalau makan pun ala kadar je.. buat alas perut..

turun ke dapur, nampak erry tengah makan laksa dengan mama.. waaa... macam best je.. aku terus ambil semangkuk, siap perahkan sebiji limau kasturi.. perrrggghhh... dengan rasa pedas, masam-masam limau dan kuah yang pekat.. terlupa sekejap yang sebelum tu perut ngah kosong..

selepas makan aku terus sambung siapkan bahan-bahan sampingan laksa untuk dibawa ke rumah wan malam ni.. after siap semua aku terus naik ke bilik untuk solat asar.. selesai solat niat hati nak mengaji sebab aku sedar malam ni aku takkan berpeluang untuk mengaji sebab lepas maghrib InsyaAllah aku akan terus gerak kerumah wan.

sementara tunggu maghrib, aku duduk di tepi katil.. rasa tak selesa.. aku capai bekas air yang sentiasa tersedia di tepi katil.. makin tak selesa.. azam maghrib bergema.. tanpa berlengah aku terus solat maghrib.. kemudian bersiap untuk pergi kerumah wan..

sampai je kat rumah wan.. alang, angah dan keluarga tengah potong-potong buah.. aku cuba tolong apa yang patut sambil menahan rasa tak selesa yang semakin menyiksa..

"kenapa time ni???"

aku terus pergi kedapur, dan minum air suam segelas dan makan ubat yang aku bawa..

semua adik beradik mama dah pun sampai, selepas semuanya terhidang, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ucu.. dan potong kek..

waktu ni aku dah tak tahan.. semua saudara sibuk mengambil makanan.. aku hanya mampu melihat.. tiba-tiba andak tegur..

"kak melly kenapa? muka pucat ni?"

"hurmm.. elly sakit perut"

"Ya Allah.. gestrik ke ni?? kenapa tak makan tadi? kan dah sakit.. dah makan ubat ke belum ni?"

"tadi dah makan ubat.. kejap lagi kalau tak ok elly makan lagi"

ketika ini aku rasa macam nak nangis pun ada.. Allah je tahu macam mana rasa.. aku terus pergi ke sofa dan baring tanpa menghiraukan saudara mara yang seronok makan ramai-ramai... nak makan jugak.. tapi sakit.. hurmmm..

tak lama lepas tu mama datang bawa air milo panas.. Ya Allah, terharunya.. sepatutnya hari ini aku yang buatkan air untuk mama.. tapi ni terbalik plak..

aku cuba berlagak macam biasa.. tak mahu la tunjuk yang aku sakit sangat.. dan setakat ni dah 4 biji ubat aku telan.. ishhhhh...

rasa nak tidur .. tapi.. takkan aku nak tidur time semua saudara mara tengah berkumpul ni? tak manis la plak..
sambil mesej dengan dia aku cuba menahan mata.. tapi akhirnya aku tewas juga...



**hurmmm... lama tak kena gestrik.. tiba-tiba time hari yang tak sepatutnye plak dia nak serang.. spoil mood la..
**moral of the story... jangan makan laksa  time perut kosong!!!
**ubat gestrik dah nak habis.. so ubat gestrik kena masuk dalam list 'items need to buy'

Saturday, May 11, 2013

today my life begins

I've been working hard so long,
Seems like pain has been my only friend,
My fragile heart's been done so wrong,
i wondered if i'd ever heal again.

just like all the seasons,
never stay the same,
All around me i can feel a change.

I will break these chains that bind me
happiness will find me
leave the past behind me
Today my life begins

A whole new world is waiting
Its mine for the taking
I know i can make it
Today my life begins

Yestreday has come and gone
And i've learn how to leave it where it is
And i see that i was wrong
For ever doubting i could win

Life too short to have regrets
So i'm learning now to leave it in the past
And try to forget only have one life to live
So you better make the best of it




siapa dia, siapa kita

lumrah manusia takkan lari dari membuat silap,
dan mungkin aku tersilap sebab terlalu memaksa sampai aku terlupa siapa aku pada dia dan siapa aku untuk buat dia macam tu..

but... why i feel sad???

hurmmmm... lisa control yourself.. dont be too much!

but..

is it a mistake if i just want all the good for him?

hurmmm.. if the answer is YES.. i'm sorry.. and i'll promise it will never happen next time..

Friday, May 10, 2013

bersangka baik kepada Allah..

Bila ALLAH cepat memakbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Bila ALLAH lambat memakbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
Bila ALLAH tidak memakbulkan doamu, mungkin DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun.. sesungguhnya kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya..


Thursday, May 9, 2013

andai itu satu peluang

andai itu satu peluang,
bukakanlah pintu rezekiMu seluas-luasnya untukku,
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap sesuatu..

today is thursday..

Assalamualaikum.. harap semuanya terus dilimpahi kesihatan baik.. insyaAllah..
pagi ni sekali lagi aku sampai awal ke ofis.. cemerlang sunggguh minggu ni.. asyik datang awal je.. ada orang cakap aku nak bodek bos.. tapi.. kalau aku sampai ofis pukul 7.30 am.. bos plak masuk ofis pukul 9.. camne aku nak bodek?? huhuhu

awal pagi aku dah diuji dengan masalah kat ofis.. actually pening jugak sebab aku bukan budak IT tapi kena tau every single thing pasal sistem tu.. baru nak faham sistem lama, dah suruh guna sistem baru pastu, problem  plak.. sedihnye akak-akak tu takmo tolong pun.. hurmmm... "saya ni junior.. tolong la backup sikit"
nak nangis pun ada.. nasib baik vendor tu datang hari ni.. tapi yang tak bestnye ada plak suara-suara yang tak sedap di dengar.. hurmmm.. nampaknye next time kena request vendor perempuan la.. tak pun kalau nak  hantar vendor lelaki pun, yang sebaya macam ayah baru oke kot.. (i hate gossip!!)
Alhamdulillah, vendor dah janji nak setelkan problem yang ada secepat mungkin..

setel with that prob.. tengok jam.. tunggu pukul 12.40pm.. terus gerak keluar ofis.. buat muka innocent je keluar rehat awal.. nasib bos tak ada.. hihi.. actually ada temu janji dengan someone.. (sweet tak guna ayat temu janji?? ahaks..).. oke.. janji nak jumpa pukul 1, but nak keluar awal sebab tak mahu dia tunggu.. lagipun last date haritu dia dah tunggu lama sangat.. so, why not try be fair dengan dia kan coz dia sangat baik hati datang dari jauh untuk jumpa aku.. 

then bila orang yang ditunggu sampai, terasa nak tergelak pun ada.. macam dah berjanji plak.. baju sama warna.. ermmm.. actually tak terlalu sama.. but matching la sebab warna baju dia soft and baju aku plak more strike but still in the same colour.. mesti semua yang pandang akan fikir yang sebaliknya dari apa yang kitorang fikir.. coz seriously aku terasa agak segan time tu.. oke.. enough!! 

niat hati lepas balik kerja nak pergi joging.. badan ni dah rasa lemau sangat sebab dah 2 hari tak bersenam 'plus' banyak tidur.. tu yang rasa malas je.. tapi terasa banyak pulak halangan.. cuaca panas la.. cerita adam dan hawa yang dah 5 kali aku tengok tu tapi still nak tengok lagi.. lastnye duduk depan rumah sembang-sembang dengan mama.. topik petang ni, 'segala yang kita buat haruslah disertakan dengan niat yang baik'

sesungguhnya berkongsi pendapat dapat membuka minda kita untuk mendengar dan mengetahui pandangan orang lain yang mungkin lebih faham dari apa yang kita faham.. 

**again dilanda ketiadaan idea untuk tajuk entry =,="


Wednesday, May 8, 2013

:)

sebaik-baik hati adalah hati yang bersangka baik,
sebaik-baik kata adalah zikirullah
sebaik-baik kesedihan adalah mengenang dosa yang lalu..



Tuesday, May 7, 2013

:)

Atas Nama Cinta

Tika mata diuji manisnya senyuman..
Terpamit rasa, menyubur harapan
Dan seketika terlontar didunia khayalan..
Hingga terlupa singkat perjalanan

Tersedar aku dari lena,
Dibuai lembut belaian cinta

Rela kupendamkan
Impian yang tersimpan 
Engganku keasyikan 
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada DIA yang lebih SEMPURNA

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba

Dan kucuba 
Menghindarkan pesona maya
Kerana tak upaya kuhadapinya
Andai murkaNya menghukum leka..

Diatas nama cinta
Pada yang selayakNya
Kunafikan yang fana

Moga dalam hitungan setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya..

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasihNya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya.. DIA yang ESA

Saratnya hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga kurasai 
NikmatNya
Syurganya
CintaNya.. 



 

Sunday, May 5, 2013

jadikan aku wanita Syurga

wanita adalah makhluk yang istimewa dijadikan Allah.
Biarpun dimasa zaman Jahiliyah, kanak-kanak perempuan dibunuh namun islam mengangkat darjat kaum wanita. bersyukurlah sesiapa yang dilahirkan sebagai insan istimewa ini.

wanita yang beruntung semestinya wanita yang menjaga auratnya, bagi yang sudah berkahwin wajib untuk mentaati suaminya, menjaga maruah dan yang paling utama beriman dan mentaati perintah Allah SWT dan Rasulnya.

Bagi wanita yang sudah berkahwin, suami mereka adalah sumber pahala yang paling mudah untuk dikaut setiap hari. setiap tanggungjawab yang ditunaikan semuanya berpahala. Beruntungnya wanita..

wanita

Bagaimana cara mudah wanita untuk masuk Syurga Allah??

wanita mudah untuk menikmati syurga yang Allah jadikan asalkan dirinya melakukan perkara-perkara yang membawa seseorang wanita itu kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat

Pertamanya : Hendaklah melaksanakan kewajipan agama.
Dalam sebuah hadis riwayat Al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud :
"Jika seorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan maksud syurga"

Kedua : hendaklah seseorang wanita itu mentaati suaminya.
Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat At-Tabarani daripad Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Sebaik-baik wanita adalah yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kamu menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu jika engkau tidak bersamanya.

muslimah

Ketiga : selalu mengingati Allah
dalam sebuah hadis riwayat at-Tarmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"hendaklah kamu (para wanita) memperbanyakkan bertasbih, mambaca tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jarimu kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. dan janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah"

Keempat : Rajin bersolat malam
dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Sais r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.

Kelima : Berbuat baik dan banyak bersedekah.
dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasanmu sekalipun, sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka"

Demikianlah kelebihan seorang wanita islam. Tidak sukar untuk merasai nikmat syurga asalkan menjaga kelima-lima perkara diatas tadi. Tapi rasanya dia zaman sekarang kita lihat sepertinya perkara-perkara ini sukar untuk dilakukan oleh kaum wanita.. kenapa ye??

renung-renungkanlah.. InsyaAllah syurga Allah milik semua.. ^_^


kenapa macam ni??

Alhamdulillah..  selesai sudah jalankan tanggungjawab kepada negara..

serious rasa nervous sangat nak tunggu keputusan PRU 13 yang dianggap paling extream ni..
hari ni aku perasan sana sini orang duk komen pasal SPR.. kenapa? isu dakwat kekal yang tak kekal la..
haih la deme ni.. itu pun bole jadi isu ke??
yang deme pergi sental iye-iye sampai sakit jari tu kenapa?? teringin nak undi lagi?? pergi je la.. tu pun nak kecoh ke?? (tarik nafas dalam-dalam.. sabar...sabar...)

dalam FB tu satu hal.. masing-masing duk kutuk parti lawan.. BN kutuk Pembangkang, Pembangkang kutuk BN.. FB tu kan laman sosial.. 1 dunia boleh baca.. tak rasa malu ke dengan orang negara lain yang baca acara kutuk mengutuk dalm internet tu?? malu rakyat Malaysia...  kalau nak bercerita isu-isu pasal parti.. try la komen secara berhemah.. ni tak.. kutuk maki semua ada keluar semua bahasa @$^$##@ la.. ^@$^&#^ la... semua ada..

satu lagi berkempen kat luar.. gantung bendera, banner, bunting.. pandang la secara positif side.. cantik gak..  meriah.. berlawan secara sihat.. nice!
tapi yang tak bestnye bila ada yang dengki g bakar plak bendera parti lain.. haiyoooo... pastu bergaduh la.. belasah ahli parti lawan la.. semua nak budget hebat.. tak fikir.. malu mak ayah tengok anak diorang bergaduh macam tu.. mula-mula mungkin orang akan cakap " budak parti ni berlasah parti tu"..tapi orang yang kenal akan cakap "anak si A gi belasah anak si B"... tak kesian kat mak ayah ke??

semalam pun kereta ayah kena langgar dengan motor yang berasak-asak bawa bendera... jalan sesak pastu bawa moto laju-laju... dah langgar kereta orang, pastu wat tak tahu je... hurmmm.. nasib baik just calar je.. tapi teruk gak la calar tu..

bila jadi macam ni.. serious pagi tadi rasa confuse sangat... apa aku nak tanda ni???
time beratur tu pun still fikir lagi.. nak tanda yang mana ek??  which one the best?? tell me tell me!!!
sejam lebih tu beratur..

hurmmm.. takpe la.. semuanya dah setel.. hope malam ni semuanya berjalan lancar..
tak kira lah parti mana yang menang hope dalam conduct negara dengan cara yang terbaik..
and one more tak kira lah sape yang menang jangan la rakyat nak tunjuk rasa tak puas hati jika yang menang tu bukan pilihan kita.. semua keputusan kita yang buat, so, kenapa nak marah??

para pengundi please behave youself..
para bakal pemimpin please bersedia memikul amanah anda..
selamat mengundi.. ^_^

Saturday, May 4, 2013

PRU 13

selepas beberapa lama, baru harini tergerak hati nak post entry pasal PRU ni..
dan beberapa minit lagi bermulalah debaran untuk semua calon-calon pemimpin yang ada kat Malaysia ni...
gudluck semua!!

actually i'm not a politician,
so, tak berani la nak cakap lebih pasal something yang aku rasa aku sendiri tak tahu betol atau tak..
bukan apa, takut kalau semua tu sebenarnya fitnah.. bukan ke dah jadi 1 dosa..
aku teringat kata-kata mama
"kita tak tahu apa cerita sebenarnya, yang kita dengar semuanya dari 3rd, 4th, 5th parties, tak tahu mana satu yang betol.. buatnya apa yang kita percaya dan cerita tu sebenarnya salah.. boleh ke kita nak jumpa orang tu mintak maaf dengan dia sebab kita dah burukkan dia?? atau kita rela nak tanggung dosa sampai mati??"

dan bila fikir, betol juga cakap mama tu..  so, aku pilih to be silent..

melihat cara orang-orang ni berkempen, macam-macam cara ada..
bila jalan-jalan round banting, rasa macam nak sambut raya pun ada.. seronok plak..
sepanjang jalan penuh dengan bendera parti yang bertanding.. siap ada buat replika lagi.. kereta kebal la, kapal terbang, basikal, replika khemah, kereta.. macam-macam lagi la.. memang meriah

bila musim kempen macam ni..
macam-macam cerita keluar.. sampai kan tak tahu nak pangkah yang mana esok..
camne ni???

kalau esok lisa guna baling dadu agak-agak aci tak???hihihi..


Wednesday, May 1, 2013

:)

Banyak kita titiskan air mata untuk manusia yang kita rindu,
tapi berapa banyakkah air mata kita titiskan kerana rindukan Allah?

Banyak masa kita habiskan untuk manusia yang kita sayang yang belum pasti menjadi milik kita,
tapi berapa banyak masa kita habiskan untuk menyayangi Allah yang pasti kita mulikNya?

kita sanggup bersusah payah untuk orang lain,
tapi kenapa kita tak sangggup bersusah payah untuk Allah?

di saat kita lupakan Allah,
pastinya Allah tak pernak lupakan kita.

disaat kita kufur dengan nikmat Allah,
pastinya Allah sentiasa limpahkan nikmatNya kepada kita.

Dimanakah Allah dihati kita?





** thanks to the person who giving me this quote..

kasih seorang ayah


Assalamualaikum..

1 mei.. selamat hari pekerja untuk semua.. semoga terus amanah dan ikhlas dalam memikul tanggung jawab dalam mencari rezeki..

Harini duduk rumah.. plan nak masak spegetti bolognese untuk makan petang.. hurmmm... kejap lagi la start.. huhu

Sambil dengar lagu, aku teringat 1 kisah.. time aku masih belajar dulu.. aku sempat mengenali seorang pakcik ni.. dia selalu bawa aku dan rumet kemana je kitorang nak pergi.. yang biasa orang paggil kereta sapu..

Pakcik ni peramah dan baik sangat.. biasanya setiap kali nak balik banting aku akan call pakcik ni mintak dia tolong hantarkan aku ke stesen bas.. walaupun dalam 1 semester cuma 2x je aku balik selangor, pakcik ni macam dah kenal dengan aku..

Dulu, setiap kali naik je kereta pakcik ni, dia mesti bercerita tentang sorang anak dia ni.. walaupun dia ada anak yang lain, tapi dia kerap sangat cerita tentang anak dia yang sorang ni.. dia selalu cakap, anak dia pandai, sibuk belajar, jarang balik, macam-macam lagi la.. mungkin sebab dia bangga dalam beberapa orang anak dia, sorang ni je yang berjaya sambung belajar sampai UiTM S.Alam.. sampai kan kadang-kadang tu pakcik tu cerita benda yang sama sampai 2x.. jelas nampak dia bangga dengan si anak..

Tapi.. last time aku jumpa pakcik tu.. tahun lepas.. dan tak tahu bila lagi boleh jumpa.. time tu aku pakcik tu cerita anak dia pun dah habis belajar yang mana anak dia atas 1 sem je dari aku.. tapi time jumpa tu pakcik tu banyak tanya pasal aku je.. “lama tak jumpa, buat apa sekarang, kerja kat mana..blablabla..” langsung takde cerita pasal anak dia.. sampai la aku tergerak hati nak tanya..

“anak pakcik yang dulu tu buat apa sekarang?”.. pakcik tu terus terdiam.. 

“hurmmm.. tak tau la dia tu.. dah lama dia tak balik, pakcik pun dah lama tak jumpa dia”

“dia pergi mana?”

“dia bagitahu adik dia dia dah kerja kat kl.. tapi tak tahu kat mana.. dia langsung tak telefon.. bulan lepas dia ada balik sini melawat sedara sakit.. tapi langsung tak balik rumah.. dia tido rumah makcik dia.. dia datang jumpa pakcik pun kat tempat kerja pakcik je.. pakcik suruh dia balik rumah jumpa mak dia, dia cakap tak sempat”

Tak semana-mena air mata pakcik tu meleleh... dan pakcik tu terus sambung cerita

“pakcik bukan mintak dia balik selalu.. telefon sekali sekala pun jadi la.. ni tak de.. langsung tak telefon tak dengar berita.. mesej adik dia pun tak selalu”

“sabar la pakcik... mungkin dia sibuk kerja kot”.. sebersalah aku dibuatnya.. pakcik tu menangis

“kalau sibuk pun takkan sampai lupa keluarga.. kl tu dah la ada macam-macam.. buruk baik semua ada kat situ...kita dah bagi dia belajar pandai-pandai.. dah pandai dia boleh lupa kat mak dia..  kamu pernah tengok gambar anak pakcik kan? Mana tahu kot-kot kamu jumpa dia kat kl tu ke.. ada?”

“eh... memang la pakcik pernah tunjuk saya gambar dia.. tapi rasanya saya tetap tak boleh nak cam la pakcik”

“hurmm.. ye tak ye kan.. dalam gambar mana nak sama dengan kat luar”

Sampai je di stesen bas.. terasa berat hati plak nak tinggalkan pakcik tu dalam keadaan macam tu..
Tapi... aku tahu pakcik tu sangat merindui anak dia..

Biasa orang cakap, ibu je yang mudah tunjuk kasih sayang.. ayah biasanya seorang yang tegas.. dan terbukti bila tengok mama dan ayah.. ayah seorang yang cool je.. susah nak tengok kasih sayang ayah.. kalau call pun tak sampai 2 minit.. hanya untuk tanya sihat ke? Ada masalah tak? Duit cukup?.. compare dengan mama.. memang jauh beza..

Tapi kasih ayah dapat dilihat dalam keadaan-keadaan tertentu je..

Macam pakcik tu.. sungguh aku kesian dengan pakcik tu.. apa khabar dia sekarang ek? Semoga Allah bukakan hati anak dia untuk menghargai kedua mak ayah yang setia untuk terus sayang dia selagi hayat diorang ada.. InsyaAllah.. 

*peringatan untuk diri sendiri supaya jangan pernah lupa kepada mama dan ayah.. 
InsyaAllah mama dan ayah akan jadi nombor satu dalam apa setiap yang elly lakukan..