Tuesday, April 30, 2013

Selamat Pengantin Baru


Alhamdulilah syukur kerana hari ini masih lagi ALLAH berikan kesempatan untuk hidup di dunia ini, dan  dapat bernafas dan melihat kehidupan yang begitu indah.

Semalam, balik je dari kerja tgk atas meja ada sampul surat untuk aku.. and bila buka, kad jemputan dari khalisah, kawan sekolah dulu..  senyap-senyap dah nak kahwin rupanya dia..

Bila dikira-kira.. bulan ni ramai sangat kawan-kawan yang akan bina masjid.. tapi semuanya kat perak, nak pergi pun takde kawan.. erry busy je memanjang..  kalau dekat mesti aku pergi.. rasa bersalah plak kat diorang.. hurmmm.. 

Hujung minggu ni, turn Hani dan pasangan.. kawan 1 batch time kat kolej dulu..

pastu ridhwan ngan ieja plak.. pasangan yang paling aku rasa kagum sangat.. dua-duanya bestfren aku since sekolah rendah, sek menengah, sekolah teknik and tak sangka sangat habis sekolah diorang mula bercintan-cintun, bertunang bln 3 aritu n now dah nak kawin dah..  

fatin dan sani.. teringat time mula-mula kenal diorg dulu.. tahun 2009.. and time tu gak diorang baru rapat.. bertunang tahun lepas.. and now after lama tak dengar cerita.. dah nak kawin..

and yang lain semuanya kawan-kawan sekolah dulu

tahniah untuk taufik, abang rasyid, shidah, abang hakim, syue,  fizah , miza , ekin, khalisah,and lastly sue.. semoga semuanya bahagia till jannah dengan pasangan masing-masing..

meriahnya bulan ni.. Alhamdulillah.. dah sampai jodoh diorang.. aku pun tumpang happy bila tengok diorang happy..

bila cerita dengan mama.. macam biasa la.. aku hanya mampu senyap dan dengar.. cukup time angkat kaki, masuk bilik.. huhuhu.. 

Sunday, April 28, 2013

bila Allah sentuh hati dengan hidayahNya

assalamualaikum..

dalam perjalanan mencari redhaNya.. sering kali aku terfikir.. aku masih beruntung kerana setiap hari aku masih diberi kesempatan untuk terus bernafas.. kenapa? kerana Allah masih beri peluang kepada aku untuk terus mendekatiNya dan terus memperbaiki diri..

ada yang pernah menegur.. aku dah berubah seperti ingin menjadi seorang ustazah..
sambil tersenyum.. aku terfikir...
ustazah?? terasa malu dikata begitu.. kerana aku sedar diri tak layak dapat gelaran itu..

tapi... salah ke kalau aku ingin menjadi baik? ermmmm...bukan beerti selama ni aku tak baik.. cuma.. ingin menjadi yang lebih baik..

bila diingat balik.. Allah telah menguji aku sejak beberapa tahun yang lalu.. rasa tanggungjawab dan amanah yang diletakkan secara tidak sengaja sepanjang mereka bersamaku.. Alhamdulillah, kini perubahan bukan lagi sementara dan diharap mereka terus istiqamah.. ^_^

Hidayah itu adalah milik Allah SWT.  Hanya Dia yang berhak memilih siapa sahaja hambaNya untuk diberikan hidayah, dan berjalan dijalan Islam yang sebenar. Bersyukurlah dengan sepenuh hati milikNya itu andai terasa diri sudah diberi hidayah dariNya. Tiada siapa yang dapat merasainya kecuali dirinya yang telah dipilih Allah itu.
Subbhanallah, hebatnya Dia.

Allah, segala pujian hanya untukMu. Tidak puas memuji Dia. Syukur tidak terhingga.
Alhamdulillah ya Allah. Andai aku antara orang yang telah dipilihNya, berilah aku kekuatan untuk meneruskan perjalanan ini.

Pastinya pahit, namun kaki harus terus melangkah. Pujian hanya untukNya lagi, Tuhan Yang Maha Hebat. Melihat insan-insan sekeliling yang telah diketuk hatinya dengan hidayahMu.
Allah..Allah..Allah.. Andai dulu dia seorang yang panas baran, sekarang seperti telah menjadi insan lain. andai dulu dia seorang yang tidak menjaga solat, sekarang menjadi gelisah jika terlewat melakukan solat. Andai dulu dia merempit, sekarang dia telah bergelar ustaz, memberi ceramah di masjid-masjid..

Subhanallah.. Hebatnya Allah... Hebat hidayahNya.. Hanya dengan setitis hidayah, mampu mengubah seseorang menjadi orang yang berbeza...
*sebak*


Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka; bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.
(Surah al-Fatihah, Ayat 6-7).

Dalam diri setiap insan itu pasti ada terdetik niat ingin berubah. Ini kerana fitrah manusia adalah baik. Semua manusia inginkan kebaikan.

 

semoga hidayah Allah jadi milikku.. aminnn..

Saturday, April 27, 2013

Allah Maha Mengetahui

hati rasa bunga-bunga... tapi masih tak yakin...
kenapa?
sebab mungkin belum tiba masanya..
tapi.. aku senang begini..
apa yang aku rasa.. aku lebih seronok meluahkan kepadaNYA..
sebab aku tahu.. hanya DIA je yang faham apa yang aku perlukan..

walaupun adakalanya aku terasa sedih sebab masih belum mampu untuk memenuhi keinginan mama dan ayah..
namun aku yakin.. esok pastinya ada yang baik menanti aku.. ^_^




Ya Allah...

Kuinginkan seseorang yang mampu membuat aku menjadi diri sendiri, mampu membuat aku ikhlas dalam perbuatanku, ikhlas dalam kata-kataku, ikhlas dalam senyumanku.. dan yang paling penting, mampu membuat aku bahagia sampai syurga.

Wednesday, April 24, 2013

am i too bad?

setelah beberapa bulan kenangan hitam itu berlalu..
aku rasakan hati aku was totally changed!!
after beberapa orang menegur
"macam tak de perasaan"
dan aku pun terfikir
"teruk sangat ke??"

i'm just being myself

cinta itu perlu
yeahh.. tak nafikan
cuma biarlah dia datang sendiri
tak perlu terlalu mengejar... ceehhhhh... ayattt... ngeeee~
bila tiba masanya
pasti semuanya akan berubah
janji Allah itu pastikan?
dan ia masih menjadi rahsia yang hanya Allah je yang tahu.

and for this mean time
aku prefer camni
hanya fikirkan family and life yang selalu rasa macam 24hours per day tu sangat tak cukup
enjoy learn lots new thing..
menjahit.. my new interest
memasak.. just on weekend and i'm love it
keep a good relationship with people around me and appreciate every second moment with famly.. before this tak sempat nak spend time banyak-banyak ngan diorang coz since skola lisa duduk jauh ngan famly.. 

biarlah apa orang nak cakap..
even famly pun bercakap benda yang sama gak.
sampaikan mama pun dah naik penat.. tapi tetap tak bosan.. thats my lovely mom..

mama cakap
"biar apa pun yang kakak rasa.. semua tu dah lepas.. semua tu kan pengalaman.. mengajar kita untuk lebih berhati-hati.. bukan untuk serik.. banyakkan berdoa, supaya ditemukan dengan lelaki yang baik"

insyaAllah mama..
masa itu akan tiba.. :')

mata hati jiwa

Maafkan aku mengganggumu
Cuma kuingin kau tahu
Ruangan di hatiku hanyalah untukmu
Hari-hariku yang berlalu
Riang ceria kernamu
Mana adanya aku,
Pasti ada kamu

Andainya engkau tahu
Perasaan hatiku
Pastinya engkaukan tersenyum
Sewaktu manis hariku

Biarkan dunia tahu
Keteguhannya cintaku kerna kamu
Kau sentiasa, berada dimataku, hati dan jiwa

Maafkan aku mengganggumu
Dilewat malam-malammu
Inginku temanimu
Sebelum lenamu

Izinkan aku kehatimu
Inginku tawan cintamu
agar dapat ku jadi dewata hatimu



* lagu ni lagu pertama yang zam nyanyi untuk lisa time first and only time kitorang pergi karaoke.. just karaoke jamban.. huhuhu... but it is our moment coz time tu zam nyanyi ngan penuh semangat n dia cakap lagu ni untuk lisa.... i miss that time.. :')





Sunday, April 21, 2013

evergreen...

macam lagu lama yang masih segar dalam ingat peminatnya..
kenangan lama tetiba kembali..
semuanya gara-gara dia yang minta aku untuk bercerita..
tapi.. aku rasa seronok.. bila ingat balik semua kenangan tu..
bercerita pun rasa happy je..
Alhamdulillah dah tak macam dulu..
hati semakin matang menerima takdir Allah..


kenapa?
entah... hati rasa selesa sangat dengan apa yang aku tengah rasa sekarang..
tapi... tak mahu terlalu mengharap.. sebab kita pun tak tahu apa yang akan jadi esokkan?
andai Allah dah sediakan seperti yang diharap.. aku bersyukur sangat..
andai sebaliknya.. hurmmm... yang penting aku akan doakan dia bahagia..
dia happy.. insyaAllah aku pun akan happy..