Monday, January 14, 2013

selamat hari lahir..


14 januari...
tarikh yang tak mungkin aku lupa,
walau kini dia telah pun kembali bertemu yang Esa,
namun kenangan dia tetap tersemat dan sentiasa dingati..

andai dia masih berada disini,
hari ini genap usianya 29 tahun,
namun aku redha dengan kepergiannya,
pergi bertemu penciptaNya,
dikala umur baru mencecah 25 tahun.
Ya, sebaya dengan usiaku kini..

4 tahun sudah berlalu,
kenangan bersama masih diingati,
dan dihari ini, aku hadiahkan sekalung doa dan Al-Fatihah,
semoga engkau damai disana..



# Zam, lisa sangat rindukan Zam, lisa rindukan kenangan kita, tak ada satu pun yang lisa lupa, dan lisa harap, lisa akan terus ingat semua kenangan kita sampai akhir hayat lisa..

 

Saturday, January 5, 2013

kenangan yang samar

assalamualaikum..
dah lama blog ni tak diusik
tak tahu apa yang patut dicoretkan
tiada lagi wajah dalam bayangan
hanya kenangan dalam ingatan yang hanya tinggal samar-samar

selepas mengenali erti kecewa dan benci
aku susah untuk percaya kata-kata cinta lelaki
yang aku fikirkan
setiap kata cinta itu mesti berakhir dengan kecewa yang teramat
walaupun aku sedar hakikat sebenar
bahawa jodoh itu kuasa ALLAH