Thursday, July 5, 2012

terima kasih YA ALLAH.. :')

seorang diri dalam bilik..
sesudah solat zohor..
kupanjatkan doa kepada yang MAHA PENCIPTA..
agar diampun segala dosa-dosa silamku..
kedua ibu bapaku,
keluargaku,
sahabatku, 
serta mereka-mereka yang telah tiada,

tiada lain yang kudoakan,
melainkan agar dipanjangkan umurku,
dan diberi kesihatan yang baik,
dan dikurniakan jodoh dari kalangan hambaMU yang baik,
agar aku dapat menyenangkan hati kedua ibu bapaku,
dan dapat menggembirakan mereka..

sunggguh terasa diri ini sangat kerdil..
sambil berzikir munajat.
memuji kebesaran yang ESA..
air mata ku tak berhenti mengalir..
terasa terlalu sayu..

Ya Allah...
terima kasih Ya Allah.