Sunday, June 24, 2012

buah salak...

kenapa buah salak??
sebab harini jari lisa luka sebab buah salak..
hurmmm... :(

dulu... zam yang kenalkan lisa dengan buah salak..
masa tu kitorang jalan-jalan kat klang..
time tu zam datang tuk jumpa lisa kat klang..

tengah jalan-jalan.. lalu dekat sebelah kedai buah..
lisa cakap dekat zam.. lisa terasa nak beli buah..
tengah pilih-pilih buah, lisa ternampak buah salak..
time tu lisa tak kenal pun buah salak ni..
zam yang kenalkan lisa..
time tu zam beli buah tu RM 2..
just untuk kitorang rasa je..
adalah beberapa biji.. tak sampai pun 10 biji..
kitorang duduk dekat tepi stesen bas sambil makan buah salak..

zam suruh lisa kopek buah tu..
sumpah lisa tak reti..
kulit dia tajam..
sampai jari lisa luka..
zam marah..
zam cakap lisa gelojoh sangat..
hurmmm.. lisa mana tau macam mana nak kopek buah tu..
so llisa pun pulas-pulas buah tu..
habis luka jari..

lastnya zam yang kupas semua buah-buah tu untuk lisa.. lisa tukang makan je.. hehehe
and lisa de jugak kupas.. tapi jari dah sakit.. so tak boleh nak kupas banyak-banyak..

Tuesday, June 19, 2012

apa yg mampu aku pilih?

sedih...
terlalu sedih...
kenapa mesti aku yang menjadi mangsa atas kebahagiaan orang lain??

aku dah cuba yang terbaik..
selama ni aku banyak yang aku korbankan..
menyenangkan orang dengan menyakiti diri sendiri..
sampai bila??

aku disuruh memilih... tapi aku hanya diberi 1 pilihan..
apa yang mampu aku pilih??
Ya Allah... kau tunjukkan lah kebenaran..
aku sedih bila soal jodohku dijadikan isu..
apa daya aku nak melawan takdir jodoh aku belum tiba?
kenapa tak ada yang mampu faham apa yang aku rasa??

mana ada orang yang tak mahu bahagia?
mana ada orang yang tak mahu dicinta??
cuma, bukan mudah untuk menemui yang dinamakan jodoh..
ia tak sama macam cari baju dekat kbmall..

YA ALLAH.... aku berdoa padamu.. permudahkanlah segala urusanku Ya Allah....



Saturday, June 16, 2012

sandiwara hidup


Mata terpejam…
Rasa ingin menangis… serius… terasa sangat penat..
Kenapa manusia terlalu mudah berkata-kata??
Kata-kata yang manis untuk memerangkap hati manusia..
Kata-kata yang pedas untuk menyindir perbuatan manusia yang kita sebenarnya tidak arif..
Kata-kata yang penuh makna hanya dapat difahami maksudnya jika mendengar sambil berfikir..

Kita ada mata untuk melihat..
Telinga untuk mendengar..
Dan akal untuk berfikir dan menilai..

Kenapa kita harus meletakkan diri sebagai mangsa??
Kalau dari awal kita dah tahu semua itu ada maksud tersirat..
Membiarkan diri diambil kesempatan oleh orang lain..
Manusia, selalu alpa..
Selalu lupa..
Selalu salah guna kelebihan yang ada..
Selalu lupa akan kebaikan yang diterima..

Dalam kepala hanya ada ‘AKU’
Bukan ‘KITA’..
So, wujudla sifat pentingkan diri sendiri..
Mereka hanya memikirkan  seronok tanpa fikirkan akibat pada orang lain..

Mungkin mereka fikir mereka hebat..
Mereka fikir mereka mampu untuk memiliki segalanya..
Tanpa mereka fikir ada lagi yang MAHA HEBAT..

pergilah sayang.. part 8

Lisa sampai Klang tepat pukul 9 malam, ketika itu mama, ayah dan adik-adik sudah pun menunggu untuk menjemput lisa.. dari jauh lisa tak dapat menyembunyikan perasaan seronoknya sepanjang 2 hari ini.. senyuman meleret sentiasa melekat dibibir.

Sebaik bas tiba di terminal tadi lisa sempat menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada zam memaklumkan bahawa dia telah selamat tiba di Klang.

Sebelum pulang, ayah membawa mereka sekeluarga pergi makan malam. Sepanjang makan malam itu lisa asyik bercerita mengenai dia lewat mengambil keputusan SPM dan layanan baik ibu bapa angkatnya. Cuma, cerita mengenai dia dan zam masih menjadi rahsia dan yang pasti lisa tak sabar untuk menanti panggilan dari zam malam ini.

Beg sudahpun dikemas, esok lisa akan mula bekerja selepas 3 hari bercuti.. walaupun badan masih terasa penat tapi kerja tetap kerja.. lagipun lisa bukan jenis yang suka main-main ketika bekerja walaupun dia tahu dia bekerja disitu hanya untuk sementara.

sambil bersandar di birai katil, lisa cuba mengingati semula segala kenangan sepanjang berada di Ipoh, mengenai keputusan SPM yang bakal menentukan masa depannya, dan mengenai kata-kata zam ketika mereka di depan Ipoh Parade.

Sejak dari petang tadi telefon bimbit lisa tak berhenti berbunyi, semuanya dari kawan-kawan yang bertanyakan tentang keputusan SPM miliknya. Bagi lisa tiada apa yang boleh dibanggakan dengan keputusannya kerana keputusan rakan-rakan yang lain kebanyakkannnya jauh lebih baik dari dia.

Mengenang kembali saat menghadapi SPM tempoh hari, ketika itu lisa menghadapi demam yang teruk, lebih-lebih lagi sewaktu kertas sejarah, matematik tambahan dan pengajian keusahawanan. Sampaikan sewaktu berada di dewan peperiksaan pun beberapa kali dia terpaksa berlari ketandas kerana muntah-muntah.. dugaan sungguh.. walaupun begitu, dia tetap gagahkan diri untuk mengulangkaji sampaikan dia pernah tertidur sambil memeluk buku kerana tak larat untuk bangun dan mengulangkaji.

kini dengan keputusan yang ada, dia kena memikirkan  kemana hala tuju selepas ini. Walau apa pun yang terjadi, dia tetap akan sambung belajar. Memikirkan dia merupakan anak sulung, semestinya dia patut memberikan contoh yang terbaik untuk adik-adik.

Lebih kurang pukul 12.30pm.. telefon bimbit lisa berbunyi.. lisa tersenyum, seperti dapat mengagak panggilan dari siapa.

"hello, Assalamualaikum.." Lisa memulakan bicara.

"Waalaikumussalam..hai lisa"

"hai"

"lisa buat apa tu?"

"takde buat apa pun, beg semua dah siap kemas, sekarang rehat-rehat je"

"zam mengganggu ek?"

"tak lah.. kan ada ornag dah janji nak call, so lisa pun kira dah janji nak tunggu la"

"penat tak naik bas tadi?"

"hurmmm.. takde la penat sangat, 3 jam je pun.. zam buat apa ni?"

"takde buat apa, tadi tengah pasang butang baju.. tapi tak siap lagi.. leceh la pasang butang ni.. nanti la sambung"

"eiii, suka buat kerja sekerat-sekerat tau.. pasang  butang baju je pun .. butang baju ayah pun lisa selalu pasangkan.. senang je..huhu"

"laaaa... nape tak cakap siang tadi? kalau zam tahu zam dah bawa baju ni tadi.. boleh lisa tolong pasangkan butang baju zam"

"ishhh.. mana boleh.. buatlah sendiri"

"hehe.. hurmmmm... lisaaa"

"yup, nape zam?"

"lisa ni dah ada pakwe ke belom?"

"errmmmm... kenapa tanya macm tu?"

"saja nak tahu.. kalau dah ada.. zam taknak kacau makwe orang"

"hurmmm... kenapa zam tak tanya soalan ni sebelum kita kawan dulu?

"sebab time tu zam tak rasa apa-apa.. time tu zam just nak kawan dengan lisa.. tapi sekarang ni, zam rasa.. zam dah mula sayang lisa"

"errmmm... then?"

"ermmm.. sudi tak lisa jadi teman dihati zam?"

"ermmmmm"

"zam mungkin tak hensem dan tak kaya macam orang lain.. tapi zam janji zam akan sayang lisa dan zam akan jaga lisa selagi zam hidup"

"eh, jangan main janji-janji"

"tapi zam serius"

"hurmmm.. lisa tak tahu nak cakap apa"

"selama ni, sepanjang kita berkawan, apa yang lisa rasa?'

"ermmm... lisa rasa selesa"

"selesa macam mana?"

"ermmm... selesa la.. lisa boleh jadi diri sendiri, takde rasa perlu hipokrit"

"so, lisa sudi tak jadi teman dihati zam?"

"ermmmm... zam, bagi lisa masa boleh tak? esok lisa bagi jawapan"

"hurmmm.. takpe la.. zam ganggu lisa nak rehat ye?"

"boleh tak lisa bagi jawapan esok?"

"hurmm.. takpe la, lisa amik la masa berapa lama sekalipun.. zam tunggu"

Lisa lega sangat mendengar jawapan itu walaupun sebenarnya niatnya hanya nak menguji keikhlasan dan kesabaran zam.. lisa tersenyum..

"ok.. errrmmm.. zammmm.."

"ye, kenapa?"

"lisa dah ngantuk la.. lisa tidur dulu ye.. nyte.. Assalamualaikum"

"ok.. sweet dream.. Waalaikumsalam"

malam itu lisa tidur dibuai mimpi indah... waaahhh, banyaknya yang berlaku hari ini.. huhu

Keesokkan harinya lisa terlewat sampai ke tempat kerja.. ni la akibat kalau tidur balik selepas solat subuh..
sampai je tempat kerja bos nya terus tegur..

"saya ingat you mau sambung cuti lagi"

"hihihi.. sorry bos, badan penat la bos, saya lambat bangun tadi"... sambung lisa

"tak apa.. ermmm.. lisa, kejap lagi saya mau pergi klang.. you jaga kedai ye".. bos dah mula la tu bagi arahan.

"bos pergi lama ke?"

"tak sure la.. tapi nanti malam saya ada.. don't worry"

"malam? ni baru pagi bos.. alaa.. bos dah nak pergi ke?? saya belom breakfast lagi la"

"takpe kejap lagi i call pizzahut, i mau cepat ni"

"pizza??? hehehe.. best tu.. thanks bos"

begitulah kerenah lisa setiap kali berjumpa dengan bosnya... semoga murah rezeki bos.. hihihi
teringat apa yang berlaku malam tadi membuatkan lisa tersenyum.. jam menunjukkan pukul 11.15 pagi..

"dia beru balik kerja ni"

sejak mengenali zam, lisa sudah arif dengan waktu kerja lelaki itu.. dan dia akan pastikan dia tidak sekali-kali menghubungi lelaki itu ketika waktu kerjanya.. takut mengganggu..

Tiba-tiba lisa teringat akan niatnya untuk sambung belajar.. dan teringatkn perbualannya dengan nabil, rakan sekelasnya yg menelefonnya semalam.

"mel, ko nak sambung kat mana?"

"hurmmm, entahlah.. result aku dah la tak best.. matrik confirm tak lepas.. aku dah blur ni.. tak tahu apa-apa pun.. ko takpe la, mak ayah ko cikgu, boleh tolong surveykan.. aku nak survey dengan sape? kakak takde, abang pun takde.. mak ayah aku harap aku cari sendiri"

sememangnya lisa buntu untuk memikirkan bagaimana untuk memilih tempat belajar yang sesuai dengan result yang dianggap cukup-cukup makan.

"relax la.. result ko ok lagi la.. lagi ok dari aku kot.. ko ada apply swasta tak?

"swasta? tak ne yang ok?? info plissssss"

"hurmmm... aku try PTPL dengan KPTM.. tapi aku rasa aku nak KPTM la."

"kenapa plak? KPTM tu apa? best ke?"

"laaaaa... KPTM pun ko tak tahu?"

"jangan la cakap macam tu... aku zero ni.. tak tahu mana yang bagus, yang tak bagus... cuak pun ada ni"

"haiihhhh.. ok.. KPTM tu Kolej Poly-Tech Mara.. aku nak masuk situ sebab.. aku nak amik CAT.. senang sambung ACCA kat situ je.. aku baru je apply online tadi"

"ACCA??? hurmmm.. best gak.. nak tiru boleh? hihihi"

"aku tak kisah pun.. tapi ada banyak lagi kos yang ada.. try la tengok dalam website dia"

"okeee... nanti aku bukak"

"ko tak minat nursing ke? budak perempuan kan suka amik nursing"

"issshhhh... tak nak la.. tak masuk jiwa la.. aku dah la takut luka.. kang jadi lain plak"

"hahaha.. ok la tu"

"hurmmm... ok la.. thanks tau tolong aku.. nanti kalau aku tak faham apa-apa aku tanya ko ye"

"no probs.. ko kan adik aku.. ahahaha"

dan lisa dah pun isi online permohonan masuk ke Kolej Poly-Tech Mara.. Lisa tertarik dengan tawaran jurusan Franchais yang adadan lisa berhasrat untuk meneruskan bidang yang telah dia belajar di sekolah... Perakaunan..

Selain dari itu, atas permintaan mama, lisa juga ada mengisi permohonan masuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dalam bidang kejururawatan.. sekadar memenuhi permintaan mama.. tapi tak mengharap pun... nursing?? lisa dah mula terbayangkan uniform putih, darah, luka... No Way!!!

pergilah sayang.. part 7


Jam berbunyi,  menandakan pukul 630pg.. mama cakap duduk rumah orang kena rajin bangun awal.. 
sesudah solat subuh dan mengemas bilik, lisa terus kedapur.. kalau kat rumah ni, mesti sekarang dia sambung tidur balik.. huhuhu..

Didapur, lisa melihat ibu angkatnya sedang memotong ayam..

“selamat pagi mak”
“selamat pagi… awalnya bangun”
“mak nak masak apa ni?? Boleh lisa tolong??”
“mak ingat nak masak mi goreng je.. lisa tak kisah kan??”
“kenapa mak tanya macam tu?? lisa tak kisah la.. lisa makan je semua.. errmmm.. ayah lan mana mak?”
“ayah lan keluar jap.. pergi pasar”
“owhhh… ermm.. mak, biar lisa buat air ye”
“boleh jugak.. lisa buat la air teh,  teh dengan gula ada dekat rak tu”

Sememangnya lisa sudah biasa membuat kerja-kerja  rumah membuatkan dia tidak kekok untuk menolong ibu angkatnya itu..
Setelah semuanya siap, lisa mengangkat mi goreng yang sudah siap dimasak oleh emak angkatnya dan 1 teko air teh ke meja makan.. bapa angkatnya yang baru pulang dari pasar tersenyum melihat lisa membuat kerja..

“hurmm.. rajinnya dia..”
“ayah lan baru balik?? Jom makan.. mak masak mi goreng ni”
“hurmmm… macam sedap je.. baru ingat balik ni nak tolong”

Dari dapur terdengar suara mak angkat lisa menyahut..   

“semuanya dah siap pun, awak tolong makan je la”

Tiba-tiba mak angkat lisa muncul dari dapur dengan piring kecil dan beberapa pinggan ditangan

“awak beli apa tadi?”
“saya beli ikan kembung dengan udang je.. niatnya nak beli sotong, tapi harini sotong takde pulak.. saya ada jugak beli kuih sikit, saya beli kuih karipap, kuih lapis dengan seri muka.. yang lain tengok macam tak menarik je”

Lisa yang dari tadi senyap menyusun pinggan dan cawan, serta menuang air kedalam cawan bersuara

“eh, ada kuih karipap ek?? Favret lisa tu”
“ayah lan tahu.. tu yang ayah lan beli tu”

Lisa tergelak, dalam hati dia bersyukur sangat makcik rosnah dan pakcik roslan sudi menjadikan dia sebagai anak angkat dan melayan dia dengan baik sekali.
Jam menunjukkan pukul 945am.. sebentar lagi zam akan datang menjemput lisa, dan petang ni zam akan menghantarnya ke terminal.. hal itu sudah pun dimaklumkan kepada kedua ibubapa angkatnya..  walaupun mereka cuma ibu bapa angkat, namun lisa tetap menghormati mereka sepertimana lisa hormatkan mama dan ayah .. jadi awal-awal lagi lisa sudahpun minta izin mereka untuk keluar bersama dengan zam..

Sedang lisa bersiap.. handphonenya berbunyi..
Panggilan dari zam..

“hallo, Assalamualaikum..”
“Waalaikummussalam… lisa, zam dah sampai ni”
“kejap ye.. lisa baru nak pakai tudung.. “
“oke.. zam tunggu lisa kat depan rumah”

Lisa bersiap seadanya..  tak perlu bermakeup tebal-tebal.. setakat memakai bedak nipis, sedikit celak dan pelembap bibir sudah mencukupi..
Pagi itu lisa mengenakan kemeja lengan panjang  berwarna hitam, jeans dan tudung berwarna biru muda..
Apabila lisa keluar dari bilik, lisa lihat zam sedang rancak berbual dengan ayah angkatnya diruang tamu..
 Dalam hati lisa bertanya .. ‘bila masa dia masuk?’
  
“takpe la pakcik, lisa pun dah siap.. saya rasa kami pergi dulu la”.. 

zam bersuara meminta izin kepada ayah angkat lisa..

“hurmm.. ye lah.. jaga lisa elok-elok ye.. lisa, balik nanti kirim salam kami kat ayah dan mama ye”
“baik ayah lan.. terima kasih ye layan lisa baik sangat”

Selepas bersalam dengan kedua emak dan ayah angkat lisa, lisa dan zam terus keluar..
Lisa baru perasan hari ini zam serba biru muda.. sama warna dengan tudung lisa..
Dalam hati lisa tersenyum dan berkata.. ‘harini kita sedondon’
Dan lisa perasan motor zam dah bertukar…
Harini zam membawa motor RXZ 125 warna biru muda, sama warna dengan baju yang dia pakai..  lisa terasa pelik..  ‘ni motor siapa pulak?’
Sepanjang perjalanan, lisa hanya senyap… tiba-tiba zam bersuara..

“uit org belakang, senyap je… tido ye”
“ishh.. takde la.. zam nak bawa lisa pergi mana ni??”
“hurmm.. ntah… lisa nak pergi ne?”
“pergi ipoh parade nk??”
“parade ek..? oke.. “

Sebaik sahaja sampai di tempat parkir motosikal, zam meminta izin untuk membukakan topi keledar lisa.. sambil tersenyum, lisa merelakan.. ‘nak tunjuk romantik la tu’..

“zam, lisa nk tnye boleh?”
“tnye pe?”
“yang ni moto siapa?”
“motor zam la..”
“yg semalam?”
“tu motor member”
“nape semalam naik motor member?”
“semalam zam baru cuci motor ni.. tu yang naik motor member… tapi lupa plak motor member tu de box.. kesian lisa semalam kan? Hehehe.. lagipun, zam nak tengok, sudi tak lisa naik motor buruk tu dengan zam”
“ada pulak cakap macam tu.. “
“nape? Tak boleh??”
“hurrmmm… oke.." 

 lisa agak terasa dengan kata-kata zam.. baginya zam sedang  memandang dia sebagai perempuan yang materialistic..

“alalalaaaa… merajuk pulak… zam bergurau je la.. zam tau lisa tak macam tu.. dari kat giant haritu lagi zam dah boleh agak lisa ni macam mana… sebab tu zam nak sangat kawan dengan lisa”
“boleh plak main agak-agak.. nak cakap dia hebat la tu”
“hahahaha”

Mereka berdua berjalan-jalan di dalam ipoh parade..  sesekali mereka tergelak bila saling mengusik.. bila penat berjalan, mereka duduk dikerusi yang diletakkan disekitar kawasan dalam ipoh parade itu..

“zam, boleh tak japgi lisa nak jumpa kawan lisa?”
“lisa nak jumpa dia katne?”
“kat sini jugak.. dia cakap dia on the way”
“errrrmmmm laki ke perempuan?”

Lisa tersenyum mendengar soalan zam.. 

“kalau lelaki??”
“kalau lelaki… boleh tak zam nak jeles??”
“jeles?? Nape plak??”

zam memusingkan kepala sambil berbisik di belakang telinga lisa… 

“sebab…. I love u”

lisa terkedu… betol ke apa yang dia dengar??... tiba-tiba bunyi  handphone mengejutkan lisa dan zam..  panggilan dari fatehah..

“hello Assalamualaikum”
“waalaikummussalam.. lisa, ko kat mana??”
“aku… kat depan  kedai novelhut.. ko kat ne? ko ngan sape tu?”
“aku baru masuk parade ni.. aku ngan hairil la.. takpe la.. ko tunggu situ.. aku pergi kat ko.. eh, ko ngan sape?”
Sambil tersenyum memandang zam di sebelah.. “aku ngan kawan aku”
“kawan??? Jeng jeng jeng… k la.. tunggu situ tau”
“oke, see u”

Panggilan dimatikan.. lisa memandang zam.. sambil tersenyum..

“kawan lisa tunggu kat mana?”
“dia suruh tunggu kat sini je.. jap lagi dia sampai”
“owhhh.. dia tu perempuan ke laki?”
“hahaha.. perempuan la.. so, tak payah jeles-jeles ye.. dia bestfriend lisa dari form 1 lagi”
“owhhh.. hehehe.. oke”

Dari jauh lisa nampak fatehah berjalan laju manghampirinya sambil tersengeh-sengeh.. disebelahnya hairil, buah hati pengarang jantung fatehah..

“hai dear… rindu gilerr kat ko, lama tunggu?? Sorry la.. aku terlupa kat mana novelhut ni, pusing-pusing baru jumpa”
“rindu kat ko jugak.. takpe.. kitorg memang dari tadi lagi duduk kat sini.. tak tahu nak pergi mana dah”

Sambil berbual mereka berdua berjalan masuk ke dalam novelhut, kedai menjual buku-buku terpakai..  tinggal lah zam dan hairil berdua diluar kedai.. biasalah.. sesekali berjumpa..

“lisa, sape tu.. ko tak cite pun ko de dah de boyfriend.. diam-diam je kan”
“pe plak diam-diam.. aku kawan dengan dia baru lagi la.. baru 3bulan”
“3 bulan ko cakap baru?? Ye la.. dah 3 bulan baru nak cerita kat aku.. tu pun sebab jumpa arini.. kalau tak.. hurmm”
“alalala.. tacheng plak… sebelum ni tak confirm lagi.. tu yang aku rasa macam tak perlu nak cerita..  dah confirm baru la boleh cerita”
“so sekarang dah confirm ke?”
“errrmmm…” ... lisa hanya tersenyum..
“haaaa.. tengok… kata nak cite?”
“nanti la.. in progress lagi”
“oke.. nanti aku tuntut cerita oke.. dari A sampai Z tau”
“hahaha..”
“tiket ko pukul brape ni?”
“pukul 530 ptg”
“pasni dia hantar ko balik terus ke??”
“haah, japgi pergi makan.. pastu balik la”
“okeeee… aku faham dah.. memang dah confirm la ni ek??”
“hahaha… no comment”
“eiii, ko ni main-main la… nak rahsia-rahsia plak.. aku tak kira nanti aku nak tuntut cerita dari A sampai Z”
“dun worry la.. ko kan kawan baik aku.. mesti la aku cerita.. tapi kena la tunggu aku balik nanti baru cerita dari A sampai Z”

Setelah lama berada dalam kedai, mereka berdua keluar… zam dan hairil pula sedang seronok bergelak ketawa.. ntah apa yang disembangnya pun tak tahu…

“hurmm.. lisa aku tak boleh lama ni.. hairil nak pergi cari hadiah untuk birthday adik dia”
“owhhh.. kalau camtu takpe la, korang pergi la”
“sory tau.. nanti aku turun sana kita jumpa lagi”
“takpe.. dapat jumpa ko ni pun dah kira oke sangat”

lisa tersenyum memandang zam..  harini dia terasa sangat seronok..  mendapat keputusan SPM yang tidak mengecewakan, walaupun tidak sehebat orang lain.. dapat berjumpa sahabat yang lama dia tak jumpa dan yang paling penting, dapat bertemu dengan zam selepas 3bulan saling berhubung melalui telefon..
selepas menjamu selera di food court.. lisa dan zam berjalan keluar dari ipoh parade.. jam menunjukkan pukul 430ptg.. ketika menuju keluar, lisa perasan diluar hujun turun renyai-renyai.. 

“alaaaaa… hujan.. camne ni??” ...lisa mula risau..
“hurmm..baru pukul 430, awal lagi ni..rasanya kejap lagi berenti la ni..tengok pun macam dah lama dah hujan ni”

Mereka berdua duduk ditepi tangga hadapan shopping mall tersebut sambil menunggu hujan yang bakal berhenti.

“nanti mesti zam rindu kat lisa kan?”..  tiba-tiba zam bersuara..
“ermm zam.. thanks ye sebab layan lisa, bawa lisa jalan-jalan dua hari ni”
“zam pun nak ucap terima kasih juga sebab lisa sudi kawan dan keluar dengan zam”

Lisa hanya tersenyum mendengar kata-kata zam..

“lisa..”
“ye?”
“ermmm.. sudi tak lisa jadi kekasih zam?”
“ermmm…”
“xpe la.. jangan jawab sekarang..  malam ni zam call lisa, baru lisa jawab oke.. hujan pun dah berenti ni.. jom.. nanti lambat pulak”

Zam terus bangun dan bergerak menuju ke motor.. lisa hanya mengikut dari belakang.. sepanjang perjalanan menuju ke terminal mereka hanya diam.. masing-masing asyik melayan perasaan.. lisa sendiri juga tak tahu apa yang ingin dibualkan.
Ketika mereka sampai di terminal, jam menunjukkan pukul 5.15 petang..
Lisa menuju ke kaunter untuk cek tiket miliknya sementara zam mencari tempat duduk di bahagian menunggu..
Selepas cek tiket, lisa terus mendapatkan zam.. lisa berdiri dihadapan zam sambil memandang zam sambil tersenyum.. 

“alaaa… nape zam monyok je ni?? Cuba senyum sikit”
“bas lisa dah sampai ke?”
“orang tu cakap bas lisa dah nak sampai”
“nanti kirim salam kat mama dengan ayah tau”
“insyaAllah”

Seketika kemudian kedengaran pengumuman bas ke klang sudah tiba di platform..

“zam, bas lisa dah sampai tu”
“jom, zam hantar”
“zam, takmo la wat muka camtu.. senyum la sikit”

Akhirnya lisa dapat juga melihat senyuman dari zam… apa lah masalah dia ni??
sebelum  menaiki bas..

“zam, lisa tunggu zam call malam ni tau.. Assalamualaikum”

Zam hanya tersenyum.. 

“waalaikummussalam”

Beratnya rasa hati hendak meninggalkan Bandar ipoh ni.. namun, untuk soalan yang zam beri padanya ketika di ipoh parade tadi, lisa sudah pun ada jawapan.. hanya menanti panggilan dari zam malam ni untuk menerangkan apa yang lisa rasa zam patut tahu..