Friday, April 27, 2012

pergilah sayang... part 6


Lisa tak nampak siapa-siapa pun di sekelilingnya, hanya ada beberapa buah kereta je yang terparkir digaraj guru..  sememangnya semua pelajar sudah pun pulang..  Mana taknye.. dia sepatutnya ambil keputusan SPM pukul 9pg.. tapi jam sekarang dah pun pukul 2.30 ptg..

Lisa masuk pejabat  sekolah dengan 1001 perasaan, yang pasti persaan gementar sedang mengungguli carta.. terus lisa teringat macam mana dia menjawab soalan SPM subjek Sejarah dan subjek Pengajian keusahawanan dalam keadaan demam teruk dan muntah-muntah.. malam itu murid lain tekun mengulang kaji pelajaran.. dia pula terbaring lesu diatas katil sambil memeluk buku, tetap mahu mengulang kaji…  dan kini dalam hati lisa tak henti berdoa.. 

“Assalamualaikum”...lisa memberi salam..
“waalaikumussalam..ye dik, cari siapa?”..jawab seorang kerani
“saya nak amik keputusan SPM”
“owhhh… lambatnya ambil”
“saya baru sampai dari Selangor”
“owhhhh… kejap ye..”

kerani tersebut menuju ke bilik penolong kanan.. 

“dik, masuk la.." 

kerani tersebut mengarahkan lisa untuk masuk ke bilik penolong kanan..
Sambil mengetuk pintu lisa memberi salam…

“masuk..” 

puan penolong kanan mengarahkan lisa untuk masuk..
Debaran makin terasa..

“kenapa lambat ni?? Orang lain semua dah amik pagi tadi”
“saya baru sampai dari Selangor puan”
“awak orang Selangor ke?
“ye puan..”
“hurmmm… ada lagi 10 orang tak amik keputusan lagi ni…. Nama awak sape? kelas apa?”
"Ellisa binti Aziz, kelas 5 Perdagangan ”

Sambil menarik keluar sehelai kertas dari dalam fail…. Puan penolong kanan tersenyum.

“tahniah…” 

kata puan penolong kanan sambil menghulurkan kertas itu kepada lisa..
Tahniah???? Lisa terkejut sambil teragak untuk mengambil kertas yang dihulur…
Lisa memerhati kertas yang dihulur…. Sambil tersenyum…  lisa mengucap syukur dalam hati… walaupun keputusannya bukan lah yang terbaik, namun dia sangat bersyukur… dan kini dia faham maksud tahniah puan penolong kanan tadi.. lisa mendapat A untuk subjek  matematik moden walaupun puan penolong kanan bukan guru yang mengajar lisa subjek matematik, namun beliau mengajar subjek itu untuk kelas kejuruteraan awam..

“terima kasih puan… saya mintak diri dulu”
“sama-sama”

Lisa bergegas keluar dari pejabat sekolah dan menuju ke bilik guru.. harapannya adalah untuk berjumpa dengan guru-guru yang telah mengajarnya sepanjang 2 tahun dia disekolah itu..
Dari jauh lisa ternampak cikgu victor, guru bahasa melayunye sedang bersembang dengan cikgu anand yang mengajarnya subjek kimia..

“selamat petang cikgu”.. lisa menegur..
“selamat petang… awak lisa kan?? Kelas perdagangan??”..balas cikgu victor..
“cikgu ingat saya??  Cikgu apa khabar?? Cikgu anand??”
“owhh.. saya ingat.. lisa.. yang selalu mengadu dekat saya susah nak hafal formula kimia tu kan?? Kami sihat je..  awak baru amik keputusan ke?” sahut cikgu anand..
“hahaha.. cikgu pun ingat saya? Iye cikgu… saya baru sampai.. tapi semua orang dah balik.. tu yang datang bilik guru ni.. nak tengok kot-kot  ada cikgu yang tak balik lagi”
“macam mana keputusan awak??” Tanya cikgu victor..
“saya nak ucap terima kasih banyak kat cikgu victor dan cikgu anand.. saya dapat A+ subjek cikgu victor.. tapi… sory sangat-sangat cikgu anand.. subjek cikgu saya dapat B- je.. “
“takpe la.. awak dah usaha dah kan… saya suka ajar kelas awak..” kata cikgu Anand..
“terima kasih cikgu.. ermmm.. cikgu-cikgu yang lain semua dah balik ke??”
“haahh.. awak lambat la.. tinggal kami berdua je.. ni pun kami nak balik dah.. “
“alaaaa… takpe la.. takde rezeki la nak jumpa.. hurmmm… takpe la cikgu.. kalau macam tu saya balik dulu la ye.. terima kasih cikgu victor, cikgu Anand."

Lisa berlalu sambil tersenyum… rasa terharu dan tak sangka cikgu-cikgu masih ingat kat dirinya.
‘ yang selalu mengadu susah nak hafal formula kimia tu kan?’.
 sememangnya dulu subjek kimia antara subjek yang tidak digemari lisa dan lisa selalu sahaja pergi berjumpa cikgu anand dimakmal dan mengadu masalahnya yang susah nak faham formula kimia.. sampaikan cikgu Anand ciptakan 1 lagu menggunakan formula kimia sebagai lirik bagi memudahkan lisa untuk menghafal disaat akhir sebelum hari peperiksaan..
lisa yakin… dia akan merindui semua itu..

Lisa berjalan menuju ke taman polo yang terletak bersebelahan dengan sekolahnya..
Dari jauh lisa nampak zam duduk di kerusi di tepi padang sedang ralit melihat orang bermain bola.. dengan perlahan-lahan lisa berjalan kearah zam..

“hye awak.. nak kacau boleh??” ..lisa menegur zam dari balakang..
“hissshhhhh.. lisa ni… terkejut zam tau”… zam mengurut dada.. betul-betul terkejut tu… 
“hehe.. sory la.. saje je nak usik zam… hurmm.. boleh tak kita nak kacau awk??”
“nak kacau ekk??? Hurmm, camne result?? Tgk muka macam bahagia je."
“hahaha.. ye ke?? Mana ada.. muka biasa-biasa je ni.. hihihi”
“ada yang kena duku japgi ni… main-main ye.. camne result??”
“errrmmmm.. zam, lisa tengah happy.. jom makan eskrem”
“happy ek??.. jom..”

Mereka berdua bergerak menuju ke kedai yang berada ditepi taman tersebut.. zam membeli dua aiskrim cornetto.. perisa coklat untuk zam dan perisa vanilla untuk lisa..
Berjalan berdua sambil mengelilingi taman polo.. walaupun ni merupakan pertemuan rasmi mereka yang pertama.. lisa rasakan macam mereka dah lama kenal.. sedangkan baru 3bulan mereka kenal dan mereka hanya berhubung melalui telefon.. namun mereka dah boleh saling mengusik dan bergelak ketawa macam dan kenal lama.. lisa terasa seronok sangat.. dia tak pernah rasa seronok macam ni.. adakah ini cinta??

petang itu zam menghantar lisa kerumah mak angkat lisa yang terletak di Ulu Kinta.. dan zam berjanji akan mengambil lisa pukul 10pagi esok.. zam dah pun mintak izin dengan bapa angkat.. senang hati lisa melihat zam mesra dengan bapa angkatnya.. rupanya mereka saling kenal kerana bapa angkat lisa selalu datang balai polis ipoh tempat zam bekerja atas urusan kerja.. biasalah sama-sama kerja polis..

malam itu lisa menghabiskan masa berbual dengan ibu dan bapa angkatnya.. kadang kala lisa kasihan melihat ibu bapa angkatnya, keduanya sudah berumur lewat 40an, tapi masih belum dikurniakan anak.. namun begitu, lisa kagum dengan kasih sayang mereka.. bapa angkat lisa terlalu menyayangi ibu angkatnya dan semuanya terlihat jelas dari cara bapa angkatnya melayan ibu angkatnya.. sangat romantik.. dalam hati lisa berharap agar satu hari nanti dia dikurniakan suami yang penyayang seperti bapa angkatnya itu... Agak-agak zam macam tu ke?? Hihihi..

sebelum tidur, lisa menghantar SMS kepada zam..

- gud nyte, take care, sweet dream.. 

Tak sampai lima minit, balasan mesej diterima..

- nk tdo dh?? Zam xbleh tdo la.. tringat lisa.. xsbar nk jmpe esok..

- haha.. ngada2 la 2.. tdo2.. nnt esok de yg jd bruang panda hohoho.. 0.o

- de smekan zam ngn bruang panda.. huhu.. k la.. jmpe esok..

Lisa hanya tersenyum membaca SMS yang diterima dari zam.. sememangnya dia juga tak sabar untuk menunggu hari esok..
Lisa menaip SMS lagi..

- Salam teha.. esok jgn lpe ye.. kt ipoh parade.. miss u like org gilak la.. hehe

Mesej dihantar…
Lisa bercadang untuk berjumpa dengan fatehah, rakan sekelas sejak dari sekolah rendah dan mereka mula rapat bila masuk ke sekolah menengah.. walaupun selepas lisa bertukar ke sekolah teknik, persahabatan mereka tetap utuh.. malah mereka kerap berutus surat dan ada kalanya lisa akan menelefon fatehah menggunakan public phone di sekolah..

- oke dear, tak sabar gilak nk jumpe ko… hehehe.. miss u too…

Lisa hanya tersenyum.. siang tadi lisa dapat tahu, fatehah mendapat keputusan SPM yang cemerlang dan dia merupakan antara pelajar terbaik disekolah.. sebagai sahabat.. lisa turut rasa gembira.. 

*to be continue..