Friday, February 3, 2012

pergilah sayang.. part 5


Masa berlalu.. setelah  3 bulan menanti, 2hari lagi merupakan hari yang sangat ditakuti lisa… 
keputusan SPM akan keluar..

Sudah seminggu lisa melakukan solat hajat, berharap semoga semuanya akan berjalan dengan lancar dan dia dapat membawa keputusan yang cemerlang untuk mama dan ayah..

Esok lisa akan bertolak ke ipoh.  lisa akan tidur dirumah mak angkatnya selama 1 malam..

“mama, lisa takut la.. doakan lisa ye..”  kata lisa ketika bersalam dengan mama  sebelum dia menaiki bas di klang..
“insyaAllah, yakin pada diri.. doa mama sentiasa ada untuk Lisa..” balas mama.
“ayah, doakan Lisa”.. Lisa bersalam dengan ayahnya pula
“jangan risau, anak ayah kan hebat” kata ayah sambil menepuk-nepuk belakang lisa.
Lisa hanya tersenyum..

Keputusan SPM dah pun keluar pukul 9am,  tapi waktu tu, lisa baru je menaiki bas untuk ke ipoh.. perjalanan memakan masa 3 jam.. dalam masa yang sama bertubi-tubi panggilan dan mesej dari kawan-kawan bertanyakan bila lisa akan sampai.. terutamanya dari sarah..

“makcik, bila ko nak sampai?? Kitorang semua dah tunggu lama ni.. tu la, aku suruh ko dtg semalam tak nak.. takut sangat bos comel ko tu marah nak mntak cuti..”
“hehehe, sabar la.. bas ni macam faham je aku takut.. dia gerak slow-slow.. “
“alaaaa… aku tak boleh la nak tunggu ko, mak aku sibuk dah ajak balik ni, petang ni aku nak balik kampung.. budak lain pun semua dah balik.. adam cakap dia nak tunggu ko.. so, nanti ko roger-roger dia la ek”
“alaaaa… hurmmm… takpe la.. sory sangat-sangat tau..  aku sebenarnya nak sangat jumpa korang.. tapi.. takpe la.."...

Jam menunjukkan pukul 11 pagi.. perjalanan  masih lagi jauh.. 
‘hurmmm  silap la amik bas pukul 9 pagi.. patut aku gerak malam tadi’
Handfon lisa berbunyi..
Panggilan dari adam..

“hello, Assalamualaikum..”
“Waalaikummussalam.. lisa dah dekat mana tu? Jauh lagi ke??”
“hurmmm.. jauh lagi la adam.. sape lagi yang de kat sekolah??”
“hurmm.. tinggal orang dengan nabil je.. nabil pun jap lagi kawan dia datang, dia balik la.. orang rasa, orang pun nak balik gak kot, lisa datang dengan sape jap g??”
“ermmm, kawan orang amik jap lagi.. orang datang dengan dia”
“hurmmm.. kalau macam tu takpe la.. sory tau tak dpat tunggu”
“its oke.. orang pun faham.. takkan adam nak tunggu sorang-sorang kan”

Dari atas bas, lisa Nampak simpang ke terminal gopeng..
Handfon dicapai, dan lisa terus mendail..

“hello, Assalamualaikum… lisa dah nak sampai”

Seperti yang dijanjikan, zam akan menjemput lisa di stesen bas, hal ini dah pun dimaklumkan kat mama dan ayah sebelum lisa bertolak ke ipoh, dan mama dan ayah tidak melarang.. Cuma, nasihat agar sentiasa jaga diri dan nama baik sentiasa lisa pegang..
Lisa menunggu sambil duduk di kerusi yang terdapat di terminal.. lisa pandang kiri dan kanan.. mencari insan yang dinanti.. sambil tengok jam ditangan… 

“hurmmm.. mana dia ni??”

Lisa tunduk sambil menekan2 butang handfon ditangan…

-zam dh sampai ne? jauh lg ke?

Butang hantar ditekan…
Dalam masa yang sama lisa terasa ada seseorang yang duduk disebelah lisa..  lisa angkat kepala sambil memandang lelaki itu tersenyum kepadanya.. 

“Assalamualaikum..”
“waalaikumussalam”..

lisa membalas salam yang diberi
Tiba-tiba handfon lelaki itu berbunyi..  ada mesej masuk..

“jap ye..”

Lelaki itu membaca mesej yang diterima dengan senyuman..

“zam dah sampai.. tak jauh pun.. depan mata lisa je..”

Tergelak lisa mendengar ayat zam..

“mak ayah lisa tahu tak lisa jumpa zam kat sini??”
“tahu… mama dan ayah kirim salam kat zam”
“waalaikummussalam….. ermmm… jom..ermmm, lisa tak kisah kan naik moto dengan zam??”

Sambil tersenyum lisa menjawab 

“tak pun… lisa tak kisah”
“kalau macam tu… jom laa”

Zam membawa beg lisa dan bergerak ke motor sambil lisa ikut dari belakang..
Zam membawa lisa ke motor EX5 warna hitam..
Lisa memandang motor itu dengan rasa sebersalah..

“kenapa?? Tak biasa naik motor ye??”  zam bersuara..
“eh,  bukan.. Cuma.. camne nak naik, ada box belakang ni??”

Sememangnya ini pertama kali lisa naik motor yang ada box dibelakangnya..  dan pertama kali juga dia naik motor dengan lelaki yang tiada talian darah dengannya..  rasa segan dan takut menyelubungi diri.. tapi lisa tak mahu buat zam kecil hati..

“owhh… sory la.. zam lupa nak bukak.. lisa naik la slow-slow”

Dengan bantuan zam, akhirnya dapat juga lisa naik motor tu… rasa macam tak percaya yang dia sekarang bersama dengan zam..  dan dia rasa lain sangat.. seperti orang baru jatuh cinta…. Jatuh cinta?????
Motor zam berhenti betol-betol dihadapan sekolah lisa..

“lisa nak zam tunggu lisa kat mana??”
“takkan zam nak tunggu lisa kat sini je??  Errrmmmm… zam pergi la memana dulu.. nanti dah setel semua lisa call.. boleh??”
“lama ke lisa amik result??”
“tak la.. lisa ingat lepas amik result  nanti lisa nak pergi jumpa cikgu-cikgu lisa jap.. tu pun kalau cikgu tak balik lagi..”
“owhh.. kalau camtu zam tunggu kat taman polo je la”

Taman polo merupakan antara taman rekreasi yang popular di ipoh dan ia terletak betul-betul  di sebelah sekolah lisa..

“hurmm.. kalau macam tu.. pas setel nanti lisa terus pergi dekat zam ye.. zam tunggu je kat situ tau”
“oke… good luck tau.. baca doa banyak-banyak sebelum amik result tu”
“insyaAllah… thanks zam”

Lisa masuk ke kewasan sekolah dengan perasaan yang berdebar-debar…

pergilah sayang.. part 4

2bulan dh berlalu… 
lisa kini bekerja di salah sebuah butik pakaian berdekatan dengan rumahnya sebagai pembantu kedai..
sekadar menimba pengalaman sementara menunggu keputusan SPM yang bakal keluar  tak lama lagi.. 
rutin harian lisa dikedai, mengemas stok-stok pakaian yang baru sampai, menyapu sampah dan melayan para pelanggan yang datang..
dengan sifat lisa yang suka tersenyum dan ringan tulang, lisa disenangi ramai pelanggan yang datang.. 
 
satu hari bos lisa uncle wong datang berjumpa dengan lisa,

Uncle Wong : Lisa, minggu depan kedai baru saya dekat klang nak buka, so.. if u don't mind, saya mahu kamu tolong jagakan kedai ni boleh? kira saya naikkan pangkat kamu la.. gaji kamu pun saya naikkan juga.. kamu setuju??
Lisa : haa??? kenapa saya?? saya kan baru lagi.. kenapa tak suruh ita atau syikin??
Uncle Wong :saya percaya sama u, lagi pun saya tengok customer ramai suka sama u, tak apa, saya datang jenguk kedai juga
Lisa : kalau dah bos cakap macam tu, tak pa la..

lisa happy, baru kerja 2 bulan dah naik pangkat... weeeee... tu la namanya rezeki..
untuk bulan ni, uncle wong bagi gaji baru kat lisa.. gaji yang sepatutnya lisa dapat bulan depan.. 
katanya... nak bagi lisa semangat kerja.. hihihihi... thank you uncle wong!!! u memang baik laaaaa!!

namun begitu, lisa tak pernah bagitau kat uncle wong yang dia hanya bekerja sementara dikedai tu..
takut kalau dia bagitau, uncle wong takkan terima dia untuk kerja disini..


Dalam masa yang sama, hubungan lisa dan zam juga semakin rapat.. dan lisa tak nafikan dia sangat menyenangi sikap zam yang agak matang dan sangat menyenangkan..  sudah beberapa kali zam meluahkan hasrat untuk mengikat hubungan mereka sebagai kekasih.. tapi lisa selalu menolak, dengan alasan lisa mahukan mereka bertemu dahulu..
Demi sayang yang semakin dalam kepada lisa.. zam hanya mengikut dan sabar menanti untuk bertemu ketika lisa datang ke ipoh untuk mengambil keputusan SPM nya bulan hadapan..
‘kalau ada jodoh tak kemana… ‘

Satu hari ketika lisa sedang bercuti, sambil  berehat dirumah menonton tv bersama mama..

Lisa : hurmmm.. lamanye rasa tak duduk rumah macam ni ma..
Mama : dah kamu tu sibuk sangat keje.. kalau tak keje pun selalunya jarang nak duduk kat rumah.. asyik nak keluar je.. beli barang la.. pergi rumah aida la, rumah mak long la.. macam-macam.. mananya nak rehat kat rumah.”
Lisa hanya tersenyum mendengar bebelan dari  mama tersayang..
Tiba-tiba handphone yang diletakkan dimeja sebelah tv berbunyi.. 
Adam..? kenapa tetibe dia kol??

“hello assalamualaikum..”
 “waalaikummussalam.. hye Lisa..”
 “hye adam… lama tak dengar cerita.. watpe tu?? Sihat ke??”

Lisa bertanya dengan suara yang riang.. rindu juga nak jumpa dengan adam dan kawan2.. 

“Lisa… orang nak bagitau ni..”.. suara adam kedengaran lain sangat..
“bagitau apa?”..
“ermm.. orang eksiden”
“haa?? Eksiden?? Bila? Kat mana?? Teruk ke??”
“orang oke, luka cikit-cikit jer.. tapi motor, side mirror pecah, handle bengkok”
“nasib la tak pa-apa.. camne boleh eksiden ni?? Berangan apa tadi?”
“hurmmm… tadi orang nak anta barang kat rumah member.. ngah bawak motor handphone bunyi, time nak tengok sape yang kol 2, orang tak perasan ada biawak melintas kat depan.. nak elakkan biawak tu, orang terjatuh”
Mendengar cerita pasal biawak tu, dengan tak sengaja Lisa tergelak besar kerana teringat kenangan ketika naik basikal waktu kecil, dia juga pernah terjatuh dan masuk longkang disebabkan mengelak biawak melintas..

“orang tengah sakit, dia boleh gelak??” adam bersuara..
“sory2.. orang tak sengaja.. orang just terfikir pasal biawak tu jer.. sory..”
“orang rasa macam sia-sia je orang sayang Lisa selama ni, orang ingat Lisa akan amik berat pasal orang.. tapi tak .. rasa macam orang je yang beria sayang Lisa, tapi Lisa tak pernah amik peduli pasal orang!”… 

teeeeettt...tett...tett… panggilan dimatikan..
Lisa terdiam..
'Apa yang aku dah buat ni?? Adam suka aku?? Kenapa selama ni dia tak pernah bagitau??  Sia-sia?? Apa maksud dia??'
Lisa terus menaip mesej dan terus dihantarkan kepada si penerima..

- orang mintak maaf kalau orang dah sakitkan hati adam.. orang tak sengaja.. dan orang mintak maaf kalau orang penyebab adam buat kerja sia-sia ni.. sesungguhnya orang tak pernah mintak pun adam sayang orang.. dan kalau adam rasakan menyayangi orang adalah 1 kerja sia-sia.. lupakan je.. sebab orang tak pernah mintak untuk disayangi.. 

Adam membaca mesej yang dibalas oleh lisa..
"Arrrhhh!!!"  
Adam melepaskan rasa tertekan yang dirasainya sekarang..  terasa menyesal kerana memarahi Lisa begitu.. walaupun dia sedar semua tu bukan salah Lisa.. walaupun hubungan mereka cuma kawan, namun dia sangat menyayangi lisa.. banyak kali dia cuba luahkan apa yang ada dalam hati, namun, lisa macam tak mahu mengerti.. dulu dia pernah cuba meluahkan apa yang dirasa, namun jawapan yang diterima.. 

" terima kasih, orang pun sayang kat adam, sama macam orang sayang kat sarah... dan orang selesa sangat kita macam ni.. so, orang tak rasa nak ubah apa-apa pun.. orang harap adam faham"

namun dia tetap dengan kasihnya pada lisa, dan disaat ini dia mengharapkan Lisa ada bersama dengannya.. tak dapat berada disisi, dapat teman dalam telefon pun jadilah.. tapi sekarang dia telah melukakan hati gadis kesayangan dia tu.. 
"macam mana la aku boleh cakap macam tu kat dia??!!"… 

berkali-kali dia membaca SMS yang telah diterima dari Lisa.. rasa menyesal  yang teramat dirasakan sekarang..

Lisa melihat handphone nokia 2600 miliknya yang berbunyi.. panggilan dari adam.. sengaja tidak mahu dijawab.. Lisa sangat tersinggung dengan kata-kata adam itu.. 
'sampai hati dia cakap macam tu'...
Lisa terasa hati dengan kata-kata adam.. walaupun dia tau mungkin adam tak sedar dengan apa yang dikatakan tadi.dia faham adam kan tengah sakit dan baru lepas  eksiden.. mesti masih terkejut.. tapi adam tak patut cakap dia begitu, mereka bukan baru kenal....
Tak sampai lima minit, handphone Lisa berbunyi, menandakan ada pangilan, ntah yang keberapa.. Lisa buat tak tahu, dia tahu panggilan tu dari siapa.. Lisa betul-betul kecil hati dengan adam..  handphone di silentkan
-38missed call, 3 messege received

“Huhhh..”  
Lisa mengeluh kecil melihat missed call yang banyak dari adam..
Mesej yang diterima dibuka..  
3 mesej dari adam..
Mesej dibuka..

Mesej 1
- kenapa tak angkat kol??

Mesej 2
- Lisa, please angkat kol… orang tak sengaja marah Lisa tadi, orang tertekan sangat.. fikirkan eksiden tadi, fikirkan keadaan motor… orang tak sengaja..

Mesej 3
- orang mintak maaf sangat kalau kata-kata orang tadi dah wat Lisa kcik ati.. orang tak sengaja nak cakap macam tu.. tapi jujur orang cakap, orang memang sayang kat Lisa.. sejak kita sekolah  lagi.. dan sampai sekarang orang masih sayangkan Lisa..

Lisa meraup muka dengan kedua tapak tangan.. cuba mencari ruang untuk bernafas.. tanpa disedari air matanya mengalir..  
lisa sedih dengan apa yang jadi sekarang, lisa sangat sayang persahabatan mereka..mereka dah berkawan lama.. sukar untuk lisa terima adam sekarang lebih dari seorang kawan… ditambah dengan kata-kata adam kepadanya tadi… 

-AsSalam.. xpe, orang tak marah pun.. just kecik hati jer….. hurmmm, Adam, kita kawan dah lama n orang dah anggap kita ni macam adik beradik.. susah rasanya orang nak ubah hubungan ni menjadi lebih dari tu.. orang mintak maaf sebab terpaksa menolak untuk kali kedua sebab orang sayangkan persahabatan kita dan orang harap ia dapat kekal sampai akhir hayat kita.. n orang mintak maaf sangat sebab tadi tu.. orang tak sengaja.. 

Mesej dihantar..

Ntah buat kali keberapa Lisa mengeluh…. Bukan ini yang diharapkan..
Tiba-tiba handphone ditangan berbunyi menandakan ada panggilan masuk..
Lisa melihat skrin… “zam…”

“hello, Assalamualaikum..” lisa memberi salam..
“Wa’alaikummussalam… hye, buat apa tu?”
“tak buat apa pun.. zam buat apa?”
“ngah tgk tv.. tp xde cite best.. hari ni cuti kan? tak pergi memane ke arini?”
“haah.. harini cuti.. tapi duduk umah je.. tak rasa nak pergi memane pun.."
"Lisa, lisa oke ke tak ni?? kenapa suara macam lain je??"
"tak de apa, lisa oke, dun worry la."

Tak dinafikan lisa semakin menyenangi kehadiran zam dalam hidupnya..
Zam seorang yang pandai amik hati dan seorang yang tenang..  mungkin kerana beza umur yang membuatkan lisa terasa macam tu.. zam tua 4 tahun darinya..  
zam merupakan seorang anggota polis yang berasal dari pahang dan kini bekerja di balai polis ipoh..
buat masa ni hanya handphone yang dapat menghubungkan mereka dan lisa telah merancang untuk bertemu dengan zam ketika dia ingin mengambil keputusan SPMnya tak lama lagi kerana kebetulan sekolah lisa tidak jauh dari tempat kerja zam. Atas permintaan lisa, pertemuan itu nanti akan menjadi pertemuan kedua mereka selepas pertemuan berkenalan di Giant ipoh beberapa bulan lalu..


*to be continue.

pergilah sayang.. part 3

sekejap je dah 3 hari lisa berada di rumah.. ada lagi 3 bulan sebelum keputusan SPM keluar dan lagi 6 bulan sebelum dia diterima untuk melanjutkan pelajarannya ke mana2 pusat pengajian...

petang itu lisa duduk dibangku dihadapan rumah, melihat motor dan kereta yang lalu lalang.. itu dah kira aktiviti wajib lisa setiap petang bila dia dirumah..

'apalah aku nak buat cuti lama2 ni ek?? takkan nak duduk rumah jer??'...

mama :  Lisa, kamu tak nak cari kerja ke??
Lisa :  kerja?? terfikir gak... tapi nak cari kat mana ma?? Lisa bukannya reti nak cari kerja ni..
mama :  kalau tak reti, kena la belajar... cuba la cari.. kerja yang biasa-biasa je pun tak pe.. tuk sementara je kan...
Lisa : hurmmm... mama ni macam tak suka je org duk kat rumah ni... (sambil menarik muncungnye panjang..) 
mama :  hehe.. bukan la macam tu.. sekurang-kurangnye kamu tak la bosan.. kalau kerja nanti ada jugak kawan.. dapat gak duit..
Lisa :  hurmmm.. ye la... nanti org cari...

tiba-tiba Lisa teringatkan sesuatu...

Lisa :  mama, mana mama letak handfon Lisa??
mama :  ada dalam almari kaca dalam bilik mama tu.. kamu nak ke?? pergi la amik...

handphone yang hampir 2bulan tidak disentuh itu dihidupkan..

selama di sekolah,  Lisa memang jarang menggunakan handphone pemberian ayahnya itu..
handphone yang diterima dari ayahnya sebagai hadiah selepas lisa berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR 2 tahun lalu..
tapi, sepanjang 2 tahun jugalah Lisa lebih selesa meninggalkan handphone itu dirumah sahaja kerana polisi sekolah melarang pelajar membawa handphone ke asrama..

teet..teet.. teet.. teet...
'banyaknya..'

Lisa melihat ada 5 mesej yang masuk kedalam inboxnya..

mesej 1 (
-from maxis-
3 missed call from 017 513xxxx
4 missed call from 012 507xxxx
2 missed call from 012 425xxxx

mesej 2
-from adam (012 507xxxx)
'salam, hye Lisa.. dah smpai umah???'

mesej 3
-from adam (012 507xxxx)
'Lisa, nape snyap jer???'

mesej 4
-from sarah (017 513xxxx)
'salam Lisa mucuk!!! hey, ko xon hp ke?? abg adam ko dh rndu ni... dr smalam asyik tnye kt aku psal ko je.. so plzz on ur phone ASAP... ko watpe skrg?? aku dh dpt keje.. kat kdai dobi dpn umah aku.. pasni aku pro basuh baju... hehe.. jgn jeles..'

tergelak Lisa membaca mesej dari sarah.. tak habis-habis sarah mengusiknya dengan adam..
walaupun hakikatnya Lisa sendiri perasan kelainan pada cara layanan adam terhadapnya, tapi Lisa cuba mengelak untuk jatuh cinta dengan adam..
pada Lisa cukup la adam menjadi kawan baiknya.. sebolehnya Lisa tidak mahu perkara yang pernah terjadi antara Lisa dan izham dulu berulang lagi..

cinta monyet..
Lisa tidak pernah terfikir persahabatannya dengan izham akan mewujudkan rasa kasih walaupun ketika itu mereka baru di tingkatan 4.. izham yang terkenal sebagai pelajar terbaik didalam kelasnya dalam diam menyimpan perasaan terhadap Lisa.. kedudukan kelas mereka yang bersebelahan memudahkan mereka untuk diam-diam berutus surat cinta.
hubungan mereka berterusan selama 3 bulan..
namun akhirnya izham meminta untuk memutuskan perhubungan, alasan yang diberi kononnya sejak mereka berkawan pelajarannya semakin terabai... alasan yang langsung tak masuk akal, kerana hampir setiap hari setiap kali prep petang meraka akan meluangkan masa mengulang kaji bersama..
namun akhirnya lisa tahu sebenarnya izham dah bertemu dengan perempuan lain yang jauh lebih cantik dan seksi berbanding lisa.
Lisa terima semua keputusan izham dan bertekad untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya..

mesej yang terakhir diperhati...
"siapa plak ni??"

from 012 425xxxx
-salam, awk Lisa kn?? salam perkenalan.. :)

'haaaa??? dia kenal aku???'

-salam, sory, sape ni??
Lisa balas.. Pelik, sape plak ni??.. namun tak sampai beberape minit..
teet..teet..
Ada SMS..

-awk Lisa ek??  Sye nk kenal dengan awk bleh x??

-ermm? Tapi awk sape?? Sye knl awk ke??

-kte pnah jmpe.. dekat giant..time 2 sye dgn kwn2 sye.. n awk dgn famly awk…

Haaaa???  Lisa terfikir.. bila masa plak aku pergi giant dengan famly??  Setahu aku giant kat banting ni baru nak bukak bulan depan..
Tibe2 Lisa teringat…...... mungkin….

-Giant?? Ermmm.. awk ni org ne ek??

-sye org phang.. tp keje dekat ipoh.. 

Hurmmm… baru la Lisa teringat…. 

-owh…. Yg 2 bukan famly sye la.. 2 famly kwan sye.. hurmm… lme dh tu.. awk still ingat sye???

-mesti la.. tiap hari sye tggu awk reply msg sye.. sye btol2 nk kwan dengan awk.. awk dh habis exam ke??

-dh.. sye pn dh balik banting..

-banting?? Banting tu kt mane ek??

Laaaa… mamat ni duk ceruk mana ni?? Banting pun xtau…

-haa??? Awk xtau??? Banting tu kat slangor la…

-owhhh… awk ni org slangor ke??

-yup…

-nama pnuh awk pe ek??

-Ellisa binti Aziz.. ermm.. awk  zulkifli kan?? Bin???

-zulkifli??? Sape zulkifli???

Alamak! Salah orang ke?? Sape lg yg aku jmpe kat giant klo bkan mamat tu… dan aku rasa memory aku ni kuat lagi.. aku ingat la.. dia cakap nama dia zulkifli…

-haaa?? Bukan haritu awk cakap nama awk zulkifli ke??

-errmmm… mungkin sye tersilap cakap kot… sbb time tu neves sgt… hihihi

-ermm? Abis 2 nme awk pe??

-sye mohd afrizam ghazali..  ermmm, boleh saya panggil awk Lisa?? 

- :)  boleh.. ermmm  abis tu saya nk pnggil awak apa ek??

-apa2 pun boleh.. :)

-ok.. ermm… nk pggil awk zam bleh??

-suka hati awk la.. tapi kawan-kawan sye rmai pggil sye riz..

-xkira.. nk pggil awk zam jugak… ngeee~~

Sejak itu lisa kerap berSMS dengan lelaki yang dia kenal di Giant itu.. setakat berkawan.. apa salahnya kan??
Teett..teett… 1 messege received

-salam, hye Lisa… apa khabar?? sihat?? Harini adam rindu Lisa la…

SMS dari adam… lisa tersenyum… sejak akhir-akhir ni semakin kerap pula si adam ni menghantar mesej yang berbaur jiwang-jiwang macam ni.. namun bagi lisa kata-kata adam itu tidak lebih dari rindu seorang kawan kepada kawannya… lagipun mereka kan dah lama tidak berjumpa… miss u too la adam!!!



**to be continue

pergilah sayang.. part 2

cuti hujung minggu sekejap je dah berlalu.. lisa kembali ke sekolah, minggu depan SPM akan bermula.. debaran semakin terasa.. semua murid tingkatan 5 seakan berada di dimensi yang lain..
masing-masing kelihatan sangat sibuk.. perpustakaan setiap malam sentiasa penuh.. 'samseng-samseng' sekolah pun dah mula bercuti.. masing-masing berusaha untuk dapatkan keputusan yang cemerlang...
begitu juga dengan lisa.. pantang ada waktu terluang, kelas akan dijadikan tempat pilihan untuk mengulang kaji.. tak kira siang atau malam ataupun hujung minggu.. kala ini perpustakaan hanyalah tempat untuk meminjam dan memulangkan buku-buku rujukan yang dipinjamnya sahaja sebab lisa memang tak suka ulangkaji kat tempat yang ramai orang.

pejam celik- pejam celik, kertas hari ini merupakan kertas terakhir untuk murid jurusan perdagangan, subject matematik moden merupakan antara subjek kegemaran lisa.. dia telah berusaha, dan sangat berharap dia akan dapat keputusan yang cemerlang.

"merdeka!!!!"...

riuh suara murid-murid Sekolah Menengah Teknik Ipoh sebaik sahaja mereka keluar dari dewan.. ada yang melompat, ada yang bersorak kegembiraan dan juga yang membakar mercun sebagai tanda mereka sangat gembira selepas berhempas pulas selama beberapa bulan..

bagi lisa, sisa-sisa waktu yang ada dihabiskan bersama kawan-kawan, bergambar, bercerita...
Sarah dan Adam merupakan antara rakan yang paling rapat dengannya didalam kelas..

Sarah : lisa, family ko sampai sini pukul berapa??
lisa : tak tahu lagi, diorang on the way, tadi aku telefon, ayah aku cakap mungkin sejam lagi diorang sampai.
Sarah : owh... lisa, errmm.. tadi aku jumpa Adam, dia cakap sebelum ko balik nanti dia nak jumpa ko kejap.. kat pondok depan kantin tu..
lisa : jumpa aku?? kenapa?? tadikan kita dah jumpa dia..
Sarah : (sambil tersenyum..) adalah tuuu.. pergilah, pasni tak tahu lagi bila korang boleh jumpa..
lisa : Emmm?? hurmmm oke, aku pergi sekarang je la.. jap lagi family aku nak sampai..
Sarah : haa.. pergilah, aku rasa dia pun tengah tunggu ko tu...


Dari jauh lisa nampak Adam sudahpun menunggunya dipondok berdekatan kantin itu... bila semakin hampir, lisa perasan ada kotak berbalut kemas disisi Adam..

lisa : Assalamualaikum,
Adam : Waalaikumussalam..
lisa : lama tunggu??
Adam : tak la.. aku pun baru je sampai..
lisa : Sarah cakap, ko nak jumpa aku... kenapa?
Adam : ermmm, tak ada apa, sebenarnya aku nak bagi ini..

Adam menghulurkan kotak yang berbalut itu kepada Lisa,

Adam : happy belated birthday Lisa..

memang minggu lepas merupakan hari jadi lisa yang ke 17, namun disebabkan sibuk dengan peperiksaan.. lisa langsung tak hiraukan hari yang berlalu itu.. tapi tak sangka pula ada yang akan bagi dia hadiah.. hihi..

Lisa : terima kasih Adam..
Adam : sama-sama kasih.. hehe.. ermmm, lisa, pukul brapa keluarga ko datang amik ko??
Lisa : family aku on the way.. kejap lagi diorang sampai la..
Adam : owh.. lisa, boleh tak kalau lepas ni aku nak contact ko?
Lisa : apa pulak tak boleh?? ko ada ada simpan nombor aku kan??
Adam : ada.... ermmmm, lisa, sebenarnya ada lagi yang aku nak bagi kat ko..
Lisa : ada lagi????
Adam : aku nak bagi ni....

Adam menghulurkan seutas gelang yang terukir nama 'LISA' diatasnya..

Lisa : cantiknya......

Lisa cuba mengacukan gelang tersebut ke pergelangan tangannya..
'cantik' 

Adam : tengok ni...

Adam menggoyang-goyangkan seutas lagi gelang yang sama.. namum diatasnya terukir nama ADAM..

Lisa : eh, sama...
Adam : yang tadi tu, hadiah hari jadi.. yang ni hadiah ikhlas dari adam, dan adam harap, lisa tak akan lupakan adam disini..

Lisa terasa kelainan disebalik ayat Adam itu.. namun dia cuba untuk tidak salah faham.. '
'ntah-ntah aku je yang perasan kot'

Lisa : ermmm, Adam, aku rasa mak ayah aku dah nak sampai ni, barang- barang aku ada lagi yang belum siap kemas.. kirimkan salam aku kat budak-budak lelaki kelas kita ek.. nanti bila-bila kalau ko free, ko contact la aku.. aku tak akan lupakan ko..
Adam : tak apa la.. ko pergi la balik sambung kemas dulu.. kirim salam kat budak-budak dorm ko tau..
Lisa : oke, thanks tau pasal hadiah ni.. selamat habis sekolah.. :)




**to be continue...

pergilah sayang... part 1

jadual balik kampung sekolah asrama.. 2minggu sekali semua pelajar diwajibkan untuk balik rumah masing-masing.. tak boleh stay lelame kat sekolah tu.. 
untuk yang rumahnyer dekat2 tu, best la.. tapi.. untuk lisa yg  umahnye jauh beratus batu ni??? fuhhhh... minggu balik kampung merupakan minggu yang sangat merunsingkan jiwa.. sebab selalunye lisa akan balik rumah mak angkatnya yg terletak kat Ulu Kinta, tak jauh pun dari sekolah.. nak balik Selangor.. terasa jauh la pulak.. sedangkan cuti 2hari jer..

So, kebetulan minggu ni Ieja, kawan a.k.a jiran lama lisa ajak balik rumah dia... hurmmm sekali sekala tumpang rumah orang lain pulak apa salahnyer kan?? lagipun lisa rapat je dengan ayah ieja, pakcik harun, dan mak ieja, makcik faridah... lisa dah call mama dan mama pun cakap oke, yang penting jangan buat hal kat rumah orang, rajin2kan diri tolong mak ieja kat rumah, dan kirimkan salam mama dan ayah kat family ieja.. 
'baik mama' :)

sampai jer rumah ieja, semuanye dah tersedia.. mak ieja dah siap masak tomyam.. waaa, makcik faridah macam tahu tahu jer lisa suka makan tomyam.. lagipun kat dewan makan sekolah jarang diorang masak tomyam, so ni la peluang lisa nak makan homemade tomyam..

selepas makan, mandi dan solat.. kitorang rehat2 jap.. sembang2 pasal sekolah, pasal kawan2 lama kitorang.. ye la, sejak pindah, lisa dah tak jumpa dengan kawan2 sekolah lama...
tiba2 makcik faridah masuk bilik..

mak ieja : ieja, petang ni mak nak pergi giant.. nak ikut tak?? ajakla lisa sekali..
ieja : lisa, jom la... :)
lisa : tapi.... kita tak bawak baju lawa la.. cuma bawak seluar trek ngan baju duduk rumah jer.
ieja : errrmmm... nak pinjam seluar kita... confirm tak muat sebab kamu lagi kecik dari kita.. ermmm... sekejap ek...

ieja selongkar rak baju Ibrahim, adik lelaki ieja... dengan pakai seluar jeans lelaki yang agak besar jugak tu, nasib ieja bagi tali pinggang... dan baju pulak lisa pinjam baju ieja.. t-shirt lengan panjang wrna pink saiz L, besar cikit dari baju lisa yang kebanyakannya saiz S dan M.... pastu pakai tudung bawal plain cotton putih.. tudung tu lisa selalu pakai dengan baju batik sekolah..

sambil belek2 rupa kat cermin.. "hurmm.. oke la ni".. lisa mengeluh sambil dalam hati berkata... 'nampak sangat pakai baju pinjam ni....hurm, tak pe la.. selamber je la, bukan ada orang yang kenal pun'.. petang itu lisa ikut ieja dan family pergi membeli belah kat giant.

sampai je giant, makcik faridah dah bersedia dengan troli.. Ibrahim dan amin, adik2 ieja setia ikut mak diorang sambil mintak itu dan ini.. begitu jugak dengan ieja, manja betul dia dengan keluarga dia.. teringat pulak lisa dekat keluarga.. rindu nak membeli belah bersama mama, ayah dan adik2..

'takpe la... tak nak kacau diorang... baik aku jalan sendiri'...
selepas mintak izin kat ieja untuk jalan sendiri.. dengan alasan.. nak cari barang2 untuk bawak balik asrama... lisa pun jalan seorang diri kat dalam giant yang agak besar tu...

dari tempat buah-buahan, setiap jenis buah lisa belek.. sambil dalam hati berkata.. 'hurmmm... macam sedap epal ni...tapi mahal la pulak'... rm7++ untuk budak sekolah macam lisa memang agak mahal la kan..

dari area buah-buahan, lisa bergerak ke area keropok dan biskut.. biskut dah sememangnyer stok wajib untuk lisa.. begitu jugak dengan gula-gula.. senang untuk dimakan time dalam kelas.. sampaikan dalam kelas pun lisa digelar 'supplier gula2'.. coz selalu jer budak kelas mintak gula2 kat lisa.. lebih2 lagi dalam kelas sejarah yang semamangnye bosan..

waktu tengah belek biskut tiger dan chipsmore.. tiba-tiba ada 1 kumpulan lelaki lalu kat sebelah lisa.. dalam hati lisa berkata.. 'hurmm, mesti duk rumah sewa ni.. 1 rumah sama2 pergi shopping sambil tolak 1 troli, hihihih'... pada masa yang sama, lisa terasa sangat la segan, mana taknyer.. lisa sorang-sorang  je dengan sekumpulan lelaki kat situ...

tiba-tiba, lisa terasa ada mata yang memerhati.. makin la tak senang lisa nak pilih biskut..

lisa terus bergerak kat area coklat pulak.. 'hish... kacau je orang nak beli biskut'... lisa membebel sorang2.. sambil tangan membelek coklat cadbury yang ada kat rak...

ketika lisa leka membelek coklat yang ada, tetiba dia parasan ada lagi mata yang memerhati..
'hah! diorang lagi??? hishhh...'... dan lisa perasan sepasang mata tadi masih tetap memerhatikan dia... dengan rasa segan yang agak banyak, lisa terus bergerak pergi ke bahagian makeup wanita... 'mesti diorang takkan datang kat area ni'... sambil dalam hati tertanya.. 'mana ieja ni??? aku dah takut ni... ntah2 mamat2 tu orang jahat kot...eiiii...'

dari jauh lisa ternampak ieja sedang asyik memilih sabun mandian seorang diri.. cepat-cepat lisa pergi mendapatkan ieja.. lisa risau kalau-kalau kumpulan mamat-mamat tadi tu buat apa-apa kat lisa.. mana tahu diorang ada niat nak culik ke kan..

eija : eh, lisa, kamu gi mane tadi???
lisa : kita nak beli biskut tadi.. tapi tak jadi la...
eija : ermm? kenape plak??
lisa : ermmmmm....

"Assalamualaikum" 
 tiba-tiba lisa dengar ada suara yang bagi salam dari balakangnya..

"Waalaikumussalam"..
 hampir serentak lisa dan ieja menjawab... lalu lisa menoleh,

"ehh..."

lisa ingat mata itu.. mata itu la yang dari tadi asyik memerhatikan dia.. dan kerana mata itu la dia tak jadi nak beli biskut.. huh!!
tapi pemilik mata itu datang dengan kawan dia..

'alaaa... dia nak apa ni???'... kata lisa dalam hati..

"maaf lah ganggu.. sebenarnya kawan saya ni nak kenal dengan awak".. kata kawan pemilik mata itu yang dari tadi asyik betol memandang lisa.. macam nak telan!..

"ermm? awak nak kenal dengan kawan saya?? nama dia eija.." tercangang ieja bila lisa cakap macam tu... 

"eh, kita pulak"

"bukan-bukan, kawan saya nak kenal dengan awak yang pakai baju pink ni"

"ermmm... tapi saya tak kenal awak".. lisa tak tahu macam mana nak control rasa segan yang teramat sangat ni.. sesungguhnya lisa seorang yang pemalu..
dari jauh lisa nampak mak ieja sedang asyik memilih sesuatu, tak jauh pun dari tempat mereka..

'kalau makcik faridah nampak, mesti dia fikir aku yang bukan-bukan' 

laju je lisa bergerak pergi ke bahagian minuman... tapi dua orang lelaki tu sedang bersembang-sembang dengan ieja.. 

'lantak diorang la... '

sambil lisa berjalan-jalan seorang diri.. tiba-tiba ada suara yang menegur..

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.."... 'hah.. dia lagi???? 

 "awak, errrmmm... boleh tak..ermm.. saya nak kenal dengan awak??".... tergagap-gagap lelaki itu bersuara..

"kenapa awak nak kenal dengan saya??"

"hah?? errrmmm... ermmm..."... tergagap lagi... memang gagap ke apa mamat ni?? dalam hati lisa tak henti-henti membebel..

"ermm.. sebab saya suka tengok awak"

"hurmmm... nama awak sape??"

"ermmm.. saya zul.. zulkifli.. awk?"

"hurmmm... oke, saya lisa"

"awakkk.. boleh tak saya nak nombor awak, sebab kawan-kawan saya dah nak balik dah tu"

"awak nak buat apa dengan nombor saya??"

" nanti saya nak kol awak la.."

"errrmmm..."
'alaa.. bagi je la, kesian pulak kawan dia dah tunggu tu.. lagipun nombor aku kan off.. handfon pun ada dekat mama.. nanti bila dia kol tak dapat mesti dia givup punya'.. lisa bersuara dalam hati..

"boleh la awak..".. lelaki itu bersuara seakan merayu..

"ermmm...012-404xxxx"

"oke thanks awak".... dengan pantas lelaki itu menyalin nombor lisa dihandphonenya kemudian berlari mendapatkan kawan-kawannya yang telah selesai membayar dikaunter..




*to be continue..